Tindakan Matang & Bijak Wanita Ini Lakukan, Buat Suaminya Tidak Jadi Berpoligami Dua Kali.

Share

Kehidupan berpoligami tidak mudah diterima oleh setiap wanita yang bergelar isteri. Apabila suami membuat keputusan untuk berpoligami, terasa bagaikan diri dikhianati dan tidak lagi disayangi.

Kisah perkongsian wanita ini mengenai bagaimana dia tangani suaminya yang mahu berpoligami wajar dijadikan panduan buat wanita lain. Kematangan ilmu rumahtangganya dan tindakan bijak wanita ini, berjaya membatalkan hasrat suaminya untuk terus berpoligami, bukan hanya sekali tetapi dua kali.

Salam admin. Minta hide profile saya yer. Sekadar ingin berkongsi pengalaman saya mengendalikan seorang lelaki bernama suami yang ingin berpoligami.

Saya seorang perempuan, saya tahu naluri orang perempuan (saya berumur 40 tahun) dan suami berumur 46 tahun. Saya selalu cuba memahami dan mendalami perasaan suami saya. Alhamdulilah, saya telah berumahtangga lebih dari 22 tahun (saya kahwin ketika umur saya 18 tahun seusai saja tamat SPM) dan telah dikurniakan 10 orang cahayamata.

Untuk pengetahuan puan, semenjak kawin saya tak pernah bergaduh dgn suami saya, petuanya ringkas, ikut kehendak suami dan jangan bantah selagi tidak bertentangan dengan perintah agama sekalipun ia mungkin bertentangan dengan kehendak kita. Lepas tu baru kita beri pendapat kita dan kehendak kita pulak, tentu suami akan sejuk hati dan juga akan mengikut kehendak kita. (of course pilihan awal pun kena lah tepat, nak pilih suami pun janganlah main sapu jer, mentang mentang tengok dia keter besar terus setuju. Kalau dah cari suami hidung belang, kena lah tanggung sendiri akibatnya).

Orang lelaki juga kadang-kadang seperti budak budak perangai dia. Lagi kita resist, selagi tu dia akan insist. Sama dengan newton’s law of motion i.e action equals to reaction. So kalau kita ikut kehendak dia, dia akan lebih tenang dalam membuat keputusan dan segala urusan akan lebih mudah.

Suami seorang jutawan

Untuk makluman, suami saya ni dah jadi jutawan pada umur 40 tahun walaupun pada asalnya ketika kami mula mula bernikah dia cuma memandu proton saga. Beliau seorang yang berjimat dalam segala hal. Memang duit cash simpanan dia dah melebihi jutaan ringgit dan dia ada beberapa buah rumah sewa dan sebagai isteri saya tak pernah meminta apa-apa pun dari dia, semuanya atas ihsan pemberian dia.

Saya bersyukur kerana Allah temukan saya dengan sorang suami yang baik bila saya compare dengan orang lain yang mendapat suami yg tak bertimbangrasa.  Alhamdulillah, sejak kami kawin dan dikurniakan ramai anak, hidup kami tak pernah kesempitan kerana saya percaya berkatnya rezeki kami dan saya qanaah dengan apa yang ada.

Walaupun saya tak bekerja sejak kawin, rezeki kami sentiasa bertambah especially selepas kami menunaikan haji. Semasa pergi ke mekah menunaikan haji 10 tahun lalu, yang saya minta cuma hidup aman yang berpanjangan bersama kasih sayang anak dan suami. Dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.

Tapi kita kena faham, orang laki ni bila banyak duit, banyak pula cabarannya. Memang ada kawan kawan dia yang menawarkan perempuan lawa dan janda muda untuk di jadikan isteri kedua. Tetapi seperti yang saya cakap, kalau kita berterus terang dgn suami kita, dia juga akan berterus terang dgn kita.

Dia pernah mengajukan pada saya hasrat nak kawin lagi atas alasan nak menolong seorang janda muda anak tiga. Saya dengan tenang cakap pada dia, kalau itulah yang lebih membahagiakan hidup dia, saya izinkan dan saya redha.

Seperti yang saya cakap, kita jangan lawan. Hati perempuan mana yg ingin berkongsi suami. Samalah seperti saya. Tapi kita kena simpan perasaan kita tu dulu, kita kena setuju dulu dengan kehendak dia. Kemudian kita kena tunjuk pada dia kasih sayang kita yg tak berbelah bahagi walaupun dia telah menyatakan hasrat dia untuk kawin lagi. Kita pelu cuma memenangi hati dia kembali. Mungkin ada kekurangan pada kita menyebabkan dia cuba mengalih arah.

Berikan Layanan Yang Lebih Baik

Nak tahu apa yang saya lakukan selepas dia menyatakan hasratnya untk tambah cawangan? Tak ada piring terbang…. Tak saya suruh dia tidur di luar….. Tak saya tidur membelakangi dia…tapi ….. Saya cuba untuk memberikan dia layanan yang lebih baik.

Kalau biasa bangun pagi-pagi kita take for granted..makan-minum pagi suruh dia ambil sendiri atas meja, kali ni saya hidangkan..buat yang terbaik untuknya. Utamakan dia dari anak-anak. Buat seketika tu jer….

Sebelah malam pulak, pakai pakaian cantik cantik dan berwangi wangian …Semasa tidur peluk dia jangan lepas lepas sampai pagi …biar dia tercungap cungap pun tak apa….kalau dia tanya, cakap kata yang kita sayang sangat kat dia. so selagi dia masih ada kita seorang dalam hidup dia cakaplah kita nak ambil peluang sebanyak mungkin untuk bersama dia, sebab bila dia kawin lagi satu, kita akan berkongsi suami. Jadi masa tu nanti kita cuma ada separuh masa denagn dia (Lupa nak cakap…sebenarnya sebelum itu saya telah meminang calon isteri untuk suami saya atas permintaannya).

 Sambung cerita tadi…. Buat macam tu berterusan selama 2 minggu, dan jangan lupa bangun sembahyang malam, minta doa pada Allah. InsyaAllah, selepas 2 minggu dia akan berubah hati dan membatalkan niatnya. Saya telah buktikan. Selepas 2 minggu perempuan itu minta diputuskan tunang.Itu cerita masa saya ada anak 5. (Masih lawa lagi aih…pun suami dah menggatal).

Hasrat poligami Kali Kedua

6 tahun kemudian, suami berkenalan pulak denagn seorang anak dara umur 25 tahun. Masa tu saya dah umur 35 tahun. Saya di uji lagi. Dengan zaman internet yg canggih, dia diperkenalkan dengan anak dara yg 15 tahun lebih muda darinya oleh seseorang dan mereka berhubung melalui FB.

Kali ini saya tidak mengetahui kerana dia sudah berjanji dgn saya kalau dia nak tambah cawangan dia tak akan beritahu saya lagi kerana dia kesiankan saya. Dia kata kalau dia beritahu saya, mesti tak jadi punya. So, dalam senyap senyap dia berhubung melalui applikasi FB messenger sampai ke peringkat dia telah menetapkan tarikh pernikahan dengan gadis itu. Mereka bercadang untuk melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand.

Tetapi Allah Maha Kaya. Sehari sebelum hari yang mereka rancangkan ditakdirkan saya jatuh sakit dan terpaksa di admit ke hospital Kuantan. Maka suami pun memberitahu si gadis minta menunda rancangan perkahwinan mereka (tanpa pengetahuan saya).

Si gadis tak bersetuju dan menekan suami saya supaya meneruskan juga rancangan. Bila suami berkeras mengatakan dia perlu menjaga saya di hospital, si gadis mula menggunakan kata2 kesat terhadap suami yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang anak dara.

Dari situ barulah suami mulai sedar siapa sigadis itu. Suami terus memutuskan hubungan dgn gadis tersebut dan barulah diceritakan semuanya pada saya. Saya cuma ucapkan kata2 syukur pada Allah, walaupun saya dimasukkan kehospital, rupanya ada hikmatnya dan sekali lagi Allah telah menyelamatkan saya dari menjadi madu.

Kalau sekarang pun suami saya kata nak kawin lagi, saya tak akan larang, tapi of course saya tak akan menggalakkan. Kalau kita benar benar sayangkan suami kita, kita kena berkorban. Dan inilah sebesar besar pengorbanan sebagai seorang isteri.

Poligami adalah sesuatu yang dibenarkan. Ia juga mempunyai hikmat dan manfaat yang besar kepada umat Islam khususnya dan manusia umumnya. Sama ada cintakan suami orang tu boleh membawa kebahagiaan atau tidak bergantung kepada sistem pengurusan keluarga kita.

Kita kena hapuskan anggapan-anggapan ini:-

(i) bahawa seseorang mencintai “suami orang” itu suatu tindakan “merampas”; Allah jadikan suami itu unutk dikongsi.So apa yang nak dirampas?

(ii) bahawa berpoligami itu sebenarnya akan membawa kepada ketidak-adilan. Bini satu pun kalau jenis suami tak adil, memang tak adil punya.

(iii) bahawa bagaimana hendak “membahagikan” kasih-sayang. Sebenarnya “kasih-sayang” ibarat hujan. Ia tidak dibahagikan tetapi semua orang akan basah jika ditimpa hujan walaupun berada di tempat yang berlainan. Bukan bererti dua orang yang berada di suatu padang akan basah separuh sahaja apabila ditimpa hujan;

(iv) berpoligami itu akan menimbulkan masalah. Apakah perkahwinan monogami tidak menimbulkan masalah?

Walau apapun, adalah lebih elok jika perkahwinan berkenaan bermula dengan kerelaan semua pihak. Isteri pertama jangan menganggap bahawa dia lemah, tak pandai jaga laki dsb apabila ada “kawan” baru. Dan paling penting, suami yang mempunyai lebih daripada satu keluarga mestilah berlaku adil.Walaupun tidak mudah untuk berlaku adil tetapi tidak mustahil, jika dimulakan dengan niat atas dasar iman. Adil bukan maksudnya semuanya sama (equal) tetapi setiap pihak mendapat haknya mengikut keperluan dan kedudukan (equitable).

Akhir sekali, perlu ada kesepakatan tentang “conflict resolution mechanism” kerana setiap kehidupan akan terdedah kepada konflik. Banyak konflik besar bermula daripada konflik kecil yang tidak terkendali. Apatah lagi jika emosi menjadi perkasa semasa konflik.Mohon komen yang murni murni saja yer. Yang elok jadikan teladan, yang buruk kadikan sempadan.

Kredit: Kisah Rumah Tangga