Sekolah bukan sahaja tempat untuk anak-anak menuntut ilmu, tetapi boleh dikatakan rumah kedua bagi mereka kerana kebanyakan masa mereka terluang di sana. Bila dah ibarat rumah, guru semestinya ibarat sebagai ibu bapa kedua mereka, tanpa mereka siapalah anak-anak kita.
Menjadi seorang guru ni, bukan sahaja dapat melihat pelbagai telatah anak-anak, malah mereka dapat melihat kenyataan hidup sebenar di luar sana terutamanya susah senang seseorang individu tersebut. Mana tidaknya, nak belajar pun perlu keluarkan modal untuk beli keperluan sekolah, seperti beg, kasut, alatan tulis dan sebagainya.
Guru mana yang sanggup melihat anak murid mereka berada dalam situasi serba kekurangan. Baru-baru ini tular di Facebook, Jebat Arrasie Jebat, tindakan seorang guru menghadiahkan sebuah beg galas kepada salah seorang muridnya.
“Sopan budak ni, mulut tak putus-putus ucap terima kasi kepada cikgunya. Semoga cikgu dimurahkan rezeki, adik ni pula terus bersemangat untuk terus belajar dan menimba ilmu,” tulisnya di ruang kapsyen.
Difahamkan, guru ini menghadiahkan beg galas kepada anak muridnya setelah melihat beg yang dibawa olehnya telah lusuh dan usang.
Meninjau di ruangan komen, tindakan guru telah menyentuh hati ramai pihak. Malah, mereka juga memuji guru tersebut dan mendoakannya.
Sumber: Facebook Jebat Arssaie Jebat