
Dah menjadi kebiasaan bila hadirnya insan berpangkat cucu dalam hidup nenek atuk, semestinya akan menjadi manusia yang paling disayangi ketika itu. Bukan sahaja ditatang bagai minyak yang penuh, malah boleh jadi bila cucu di marah ibu bapanya, silap hari bulan ibu ayah itu pula dimarahi oleh nenek atuk!
Sebagai contoh, boleh kita lihat pelakon dan juga pengarah drama terkenal, Shiela Rusly (Nanna) dan Jinggo (Dadda) yang tidak lepas dari memuat naik berkenaan cucu mereka, Bunga Elhaq dengan pelbagai jenis content.
Terbaru, Shiela yang lebih mesra digelar ‘sis’ telah memuat naik gelagat cucu mereka ketika bermain bersama. Dalam video tersebut, Bunga bukan main lagi ketawa tidak berhenti ketika bermain dengan Nanna.
Namun sebaliknya berlaku apabila bersama Dadda di mana anak kepada Uzair Haqimy dan pelakon Elisha Sandha hanya terdiam kaku walaupun Jinggo membuat reaksi yang sama.
Shiela sempat menyakat suaminya di ruangan kapsyen ‘Kalau sayang Nanna lebih jangan tunjuk sangat Bunga.. Kesian Dadda”.
Meninjau di ruangan komen, Daddanya sempat membalas komen ‘Ok that’s it… esok suruh Nanna jer tolak Stroller Bunga , Dadda esok editing masuk pagi, jangan suruh Nanna call minta u turn yeee’.
Ramai terhibur dengan cara mereka melayani cucu sulung mereka itu. Malah, ada juga yang bersimpati pada Jinggo segala usahanya tidak mendatangkan hasil demi membuat cucu ketawa.
Sumber : @shielarusly_jspicture
Mustajabnya Doa Seorang Isteri. Menjadi Asbab Rezeki Suami Dimurahkan!

Sedar atau tidak, kuasa doa bagi seorang isteri besar kesannya terhadap kesejahteraan suaminya. Bukan sahaja untuk memperolehi kejayaan di dunia malah daripada doa seorang isteri yang solehah akan menjadi asbab membawa suaminya hingga ke pintu syurga.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin betapa doa seorang isteri itu sangat mustajab. Ikuti perkongsiannya.
Besar kesan doa seorang isteri dalam kehidupan seorang suami…Asbab doanya, rezeki suami dimurahkan…asbab doanya, urusan suami dipermudahkan…asbab doanya, suami diberikan kesihatan yang baik…asbab doanya, suami dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan kemudaratan…asbab doanya, suami dipelihara oleh Allah s.w.t…
Doa seorang isteri itu sangat mustajab…
Jika rumahtangga diuji, berdoalah…jika suami tidak seperti yang diimpi, berdoalah…jika suami berpaling hati, berdoalah…jika isteri dizalimi, berdoalah…jika hak-hak isteri tidak dipenuhi, berdoalah…
Allah akan mendengar doamu itu wahai isteri…jangan pernah putus asa untuk berdoa…
Ini pula perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita. Ikuti perkongsiannya.
“Macammana nak lembutkan hati suami, dia baran dan selalu bersikap kasar sangat. Kadang-kadang tangan naik sekali. Saya sedih betul.” Luah si isteri.
Ini yang selalu berlaku. Pernah juga saya dapat soalan begini. Termenung panjang nak menjawab. Rasa bercampur baur.
“Ada tak doa untuk lembutkan hati keluarga sendiri? Doa yang bagi terbuka hati untuk berubah ke arah kebaikan. Kadang sedih sangat ahli keluarga sendiri tak solat, tak puasa…”
Soalan begini pun selalu ditanya. Saya faham situasi yang dialami, sememangnya suami atau isteri akan tertekan dan susah hati bila pasangannya begitu.
Walaupun hensem, harta berjuta sekalipun kalau perangai buruk, panas baran, kaki pukul apalagi derhaka pada Allah SWT dan gemarkan maksiat, mestilah si isteri akan gusar hati bukan?
Begitu juga kalau anak-anak degil dan keras hati, sudah tentu ibu bapa akan runsing.
Sebenarnya banyak doa yang sangat baik diamalkan. Khususnya yang diambil dari ayat al-Quran. Al-Quran itukan Kalamullah, di dalamnya terkandung penawar.
Antaranya firman Allah SWT:
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
“Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada yang di kehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
[Surah Asy-Syura: 19]
Juga dari firman Allah SWT:
طه.
مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ.
إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ.
تَنْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى.
الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ.
“Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.”
[Surah Taha: 1-5]
Bacalah dan niatkan agar Allah SWT lembutkan si dia. Semoga Allah SWT memakbulkan doa yang baik-baik itu. Insya-Allah, biiznillah.
Bantu share untuk manfaat semua ya.
Asal Bincang Je, Gaduh! Ni Teknik Berbaik Suami Isteri, Elak Sifat 3M

Sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah juga suami isteri. Tak semestinya dalam sebuah perkahwinan hanya perlu bahagia sentiasa, sesekali perlu juga momen bait-bait bergaduh manja untuk mengharmonikan lagi hubungan.
Tetapi… Tak elok juga bermasam muka berhari-hari. Setiap pergaduhan semestinya ada jalan untuk berdamai. Apa yang penting untuk berdamai semestinya komunikasi antara suami isteri, iaitu berbincang semula. Nak tahu teknik berkesan untuk berbincang suami isteri? Ikuti teknik yang diberikan oleh puan Wawa Shauqi ini untuk panduan bersama.
_________________________________________________________________________
“Dengan laki aku tu, tiap kali ajak berbincang je bergaduh.”
Dalam satu episod rancangan temubual bersama Steve Harvey, ada satu pasangan dijemput. Umur mereka, 100 dan 103 tahun. Mereka dah kahwin sejak umur 21 tahun. Maknanya dah 83 tahun bersama!
Amazing kan! Nasihat dari pasangan tu adalah,
“Be nice to each other.”
“Talk things over.”
TALK THINGS OVER’ – BERBINCANG UNTUK SETIAP PERKARA
Bab TALK THINGS OVER ni.
Tahun-tahun pertama perkahwinan saya dan suami, payahnya nak praktik yang ini. Setiap kali bincang, mesti jadi gaduh.
Pernah beberapa kali, suami akan keluar dari rumah bila bibit perbincangan nak tukar ke pergaduhan. Ingatkan kami berdua je gitu. Rupanya bila gosip sesama geng mak minah, isu ni rupanya isu sejagat.
Ada yang dah 10 tahun kahwin pun, masih tak boleh berbincang. Bincang je gaduh. Bincang je buat muka. Akhirnya, tak ada improvement pun berlaku dalam perhubungan.
Masing-masing simpan perasaan. Bila dah simpan sakit di hati, masing-masing semakin jauh. Satu isu kecil, mudah je jadi meletup.
Kami laki bini pun, kaki gaduh juga. Tapi syukurlah, bila buka ruang perbincangan, banyak perkara kami dapat improve. Bila dapat berbincang, benda yang asalnya nampak rumit, boleh je selesai.
SELALULAH BERBINCANG DARI SEKECIL PERKARA SEHINGGA SEBESAR ALAM…
Memang sangat tepatlah apa yang atok dan nenek umur 100 tahun tu pesan. Kita laki bini ni, belajarlah berbincang.
- Nak makan kat mana, bincang.
- Nak sekolahkan anak kat mana, bincang.
- Macam mana nak hangatkan semula hubungan, bincang.
- Apa bahagian diri kita yang perlu kita improve, bincang.
- Sampai ke hal nak masuk syurga bersama pun kita kena bincang.
3 TEKNIK BERBINCANG BERDASARKAN 3 INDIVIDU BERLAINAN:
Cuma bab bincang ni, tak boleh main redah. Kena ikut kekdah (kaedah). Tak ikut kekdah, tudung periuk pun boleh melayang.
Ini 3 Teknik Berbincang yang saya peroleh dari 3 orang yang berlainan.
1. TEKNIK I
Teknik oleh Psikologis Akif Basri.
CONTOH:
✔ I penat. Boleh tak nak rehat?
❌ Tau tak I ni penat?
✔ I seronok dapat discuss dengan you sebelum buat keputusan.
❌ You memang tak boleh bawak berbincang eh?
Mulakan teguran dengan perkataan ‘i’ atau ‘saya’. Nyatakan apa yang kita rasa. Bukan serang pasangan kita.
2. TEKNIK BURGER
Teknik oleh Kaunselor Fadzli Aziz.
Sebelum tegur, carilah 1 perkara untuk dipuji. Kemudian barulah tegur apa yang boleh dibaiki. Kemudian, dilapisi kembali dengan pujian.
Puji – tegur – puji
CONTOH:
✔ “Saya suka penampilan awak. Segak je. Sebab mulut awak berbau je. Kalau setel bau mulut, mesti A+.”
✔ “Wah, bagus awak kemas rumah. Jangan lupa mop tau. Lepas mop, komfem tip top!”
3. TEKNIK BELI JIWA
Teknik oleh Tuan Badrul Sani.
Perempuan ni, kalau nak beli jiwa dia adalah dengan pujian. Lelaki pulak, nak beli jiwa dia kena bagi ayat penghargaan.
SUAMI PERLU…
Maka suami, rajin-rajinlah pandang mata isteri. Kalau berselisih tu, mata bertentang mata, hadiahkanlah senyuman.
Puji sikit pilihan baju atau gaya rambut yang disikat. Rajin-rajin mesej walaupun semata-mata nak kongsi lawak yang kalian jumpa di FB.
ISTERI PERLU…
Isteri pulak, rajin-rajinlah ucap terima kasih. Up sikit suami tu macam mereka dah buat kerja paling heroic atas muka bumi. Walaupun kerja yang dibantu sekadar angkatkan sampah keluar rumah.
Buat benda simple macam ni pun, kita sebenarnya tengah bina connection. Bila ada connection, nak buat correction jadi mudah.
SUAMI ISTERI ELAKKAN 3M INI!
Yang penting, elakkan 3M ni :
- Menyindir
- Merendah-rendahkan
- Meninggikan suara
Kalau awal-awal dah guna 3M ni, bukan nak ajak bincang namanya. Tapi ajak berperang.
Bila 2 nakhoda kapal berperang, bukan anak kapal je tak aman. Takut-takut tak sempat berlayar jauh, kapal karam di tengah jalan.
Semoga kita mampu latih diri untuk berbincang sebaiknya. Mudah-mudahan, dapat rezeki jadi pasangan till jannah.
Sumber: Facebook Wawa Shauqi
PU Azman Jelaskan Persoalan Tali Pusat Dengan Mudah. Tali Caption Yang Akhir Tu Lucu!

Tahukah anda bahawa Umbilical cord atau tali pusat adalah sebahagian daripada struktur penting yang menyalurkan nutrien dan oksigen melalui uri yang lekat pada dinding rahim.
Manakala panjang tali pusat itu akan terus berfungsi dengan menghubungkan bayi dan uri setelah dilahirkan. Justeru, jika penyaluran nutrien dan oksigen terhenti, maka, ia harus dibuang namun bukan dengan mencabut begitu sahaja, tapi dengan tertib yang betul.
Namun, ia menjadi persoalan bagaimana penjagaan tali pusat ini serta hukum untuk menyimpannya.
Dalam perkongsian instagram PU Azman, menjelaskan hal ini dengan ringkas dan mudah difahami.
View this post on InstagramA post shared by Azman Syah (@pu_azman) on
Perkongsian yang bermanfaat.
Sumber: Instagram PU Azman