Timang cahaya mata pertama pada usia 80 tahun, Pak Yob terharu selepas 10 tahun menanti. Lelaki yang mesra disapa Pak Yob itu tidak dapat menahan rasa gembira dan sebak apabila mendapat zuriat pertamanya pada usianya sudah mencecah 80 tahun.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @ummimakhapakyob, kelihatan Pak Yob sedang mengiqamatkan bayi perempuan yang baru lahir itu. Video Pak Yob mengiqamatkan anak perempuan sulungnya mendapat perhatian warga maya sehingga tular di media sosial.
Menurut Ummi, cahaya mata yang dinantikan itu dilahirkan pada 31 Mei yang lalu di Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh, Pulau Pinang.
“Kurniaan zuriat dari Allah di usia ayahnya umur 80 tahun, 9.30 malam hari Jumaat 31 Mei 2024 puteri kami dilahirkan,” tulis Ummi menerusi ruang kapsyen.
Difahamkan jarak usia antara suami isteri yang menetap di Seberang Perai, Pulau Pinang adalah 38 tahun.
Video tersebut menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang berkongsi kegembiraan dengan kelahiran tersebut. Ada juga yang tidak menyangka Pak Ayob sudah berusia 80 tahun.
@ummimakhapakyob
Berikut antara komen-komen warga maya:
Sumber: TikTok ummimakhapakyob
Baca artikel lain juga: Bila Anak Dah Besar Menjadi Seorang Remaja Memang Struggle Buat Mak-Mak.
Nur Izzara Hadir Dalam Hidup Kami Datin Alyah Perkenalkan Anak Pada Semua
Aidid Marcello Rakam Anak Gadis Baru Dapat Lesen Memandu, Sweet Sangat Gelagat Dua Beranak Ni
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my