Timang cahaya mata pertama pada usia 80 tahun, Pak Yob terharu selepas 10 tahun menanti. Lelaki yang mesra disapa Pak Yob itu tidak dapat menahan rasa gembira dan sebak apabila mendapat zuriat pertamanya pada usianya sudah mencecah 80 tahun.
Timang Cahaya Mata Pertama Pada Usia 80 Tahun
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @ummimakhapakyob, kelihatan Pak Yob sedang mengiqamatkan bayi perempuan yang baru lahir itu. Video Pak Yob mengiqamatkan anak perempuan sulungnya mendapat perhatian warga maya sehingga tular di media sosial.
Menurut Ummi, cahaya mata yang dinantikan itu dilahirkan pada 31 Mei yang lalu di Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh, Pulau Pinang.
“Kurniaan zuriat dari Allah di usia ayahnya umur 80 tahun, 9.30 malam hari Jumaat 31 Mei 2024 puteri kami dilahirkan,” tulis Ummi menerusi ruang kapsyen.
Difahamkan jarak usia antara suami isteri yang menetap di Seberang Perai, Pulau Pinang adalah 38 tahun.
Pak Yob Terharu Selepas 10 Tahun Menanti
Video tersebut menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang berkongsi kegembiraan dengan kelahiran tersebut. Ada juga yang tidak menyangka Pak Ayob sudah berusia 80 tahun.
Mengekalkan kebahagiaan dan melalui hidup yang damai dalam rumahtangga dari awal perkahwinan hingga hujung nyawa, bukanlah semudah menyebut A B C.
Hakikatnya, ia perlu diusahakan oleh kedua-dua belah pihak dan salah satu kuncinya adalah kepercayaan.
Segalanya bermula dengan kepercayaan, hubungan boleh retak kerana hilangnya kepercayaan dan kuatnya cinta juga kerana percaya!
Menyentuh tentang kepercayaan, turut terpanggil untuk Firdaus Shakirin berkongsi pandangan tentang kesannya pada suami bila isteri masih percaya atau sudah hilang kepercayaan.
Ini perkongsiannya.
Selagi masih diberikan kepercayaan…
Hidup suami ni tenang selagi isteri masih percaya…walaupun tak sepenuhnya, tapi kalau 80% to 90% peratusan dia letak kepercayaan tu, maka insyaAllah, pergerakan dan perbuatan suami tu masih bebas…bebas bersyarat, bukan bebas untuk buat apa saja…
Syaratnya masih kena jaga pergaulan, jaga tingkah laku, dengan siapa kita berkawan, berhubung…ada had di setiap kebebasan yang isteri bagi…
Mungkin hari ni dia tengok kita pegang HP, dia tak mintak HP untuk check…mungkin hari ni dia tak tanya kita keluar ke mana, kenapa balik lambat dan sebagainya…mungkin hari ini dia takde cakap bukan-bukan, sangka bukan-bukan kepada kita…
Asbab dia masih percaya…dia masih ada kepercayaan terhadap apa yang kita buat di depan dan di belakang dia…
Andai kata satu hari nanti, ada perbuatan kita yang menghilangkan kepercayaan dia, maka kita tak boleh nak salahkan dia jika dia mintak HP untuk diperiksa, dia tanya kenapa nak keluar, dengan siapa kita keluar, pukul berapa nak balik…
Selagi hidup tu masih tenang, belum kucar kacir, maka jagalah dan hargailah…permintaan isteri tu simple, jangan dihancurkan kepercayaan dia…once dia dah lagi tak percaya, maka apa yang kau buat pun dia tetap ragu-ragu walaupun ianya betol…
Sumber : Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Keenakan rasa buah blackberry yang lezat, manis dan sedikit asam seakan sudah ramai yang sedia maklum dengannya. Pun begitu, bila bab menanam pokok blackberry ini mungkin ada yang belum tahu. Bahkan mungkin ada antara kita yang telah beberapa kali mencuba namun gagal.
Jadi buat anda yang masih mahu mencuba atau pertama kali ingin menanam pokok blackberry ini, bolehlah menanamnya berpandukan info yang dikongsikan daripada Pyan Sempoy. Difahamkan lelaki ini sudah banyak pengalamannya dalam menanam pokok buah di dalam pasu dan cepat pula berbuah.
Ini perkongsiannya.
Tanam Pokok Blackberry Dalam Pasu
Nak tanam pokok blackberry dalam pasu? Carilah variety yang dah terbukti mudah berbuah dan tahan lasak dengan iklim di Malaysia..
Saya syorkan variety Prime Ark Freedom (tak berduri) & Black Butte (berduri)
Bila sudah ada pokok nanti boleh lah ikut tips yang saya kongsikan di bawah.
1) Pilih pasu yang besar berdiameter 40cm ke atas
2) Guna media tanam yang sangat gembur. Contoh saya guna tanah hitam sawit + topsoil atau tanah bekas + cocoapeat + sekam mentah + sekam bakar + kompos rumput
3) Letak tempat yang kena cahaya matahari penuh (minimum 5-6 jam sehari)
4) Siram air secukupnya. Tak lebih atau tak kurang
5) baja kena cukup dan konsisten
– npk 16.16.16 setiap 2-3 minggu sekali
– mol buatan sendiri dari sisa-sisa dapur disiram seminggu sekali
– baja tahi kelawar atau lain-lain yang organik sebulan sekali
– baja MKP (Monopotassium Phosphate) 2 minggu sekali (tabur dan sembur)..mula bagi baja ni bila pokok sudah betul-betul subur dan ready berbunga (3-4 bulan ke atas)
6) kawalan serangga perosak / kulat secara konsisten 1-2 minggu sekali..saya guna s-trex dan cuka kayu selang seli..bila dah ada buah saya cuma guna cuka kayu sahaja
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sebagai ibu ayah sejujurnya kita mengharapkan anak-anak yang menuntut ilmu akan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peringkat atau sesi pembelajaran mereka.
Sama ada ketika di peringkat sekolah rendah hinggalah ke universiti, setiap kecemerlangan yang diraih oleh setiap anak pasti akan membuatkan ibu ayah rasa bahagia dan tumpang bangga. Sekali gus menjadi inspirasi buat yang lainnya.
Memetik kisah hebat keluarga yang dilaporkan di Sinar Harian ini umpamanya, seorang hafizah yang dikenali sebagai Dr Hanah Alam Faizli, 27 yang berasal dari Shah Alam menerima pelbagai anugerah kecemerlangan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa di sini pada Ahad lalu, dianggap cukup luar biasa.
Difahamkan daripada pencapaian kecemerlangan yang diperolehi telah melayakkan Dr Hannah membawa pulang wang tunai keseluruhannya berjumlah RM11,250, sijil dan trofi.
Pencapaian yang diraih adalah Anugerah Kijang Emas (RM5,000), Anugerah Terbaik Projek Tahun Akhir (RM2,000), Anugerah Terbaik Paraklinik (RM1,500), Anugerah Terbaik Latihan Klinikal (RM1,000) Anugerah Kepimpinan (RM1,000) dan Anugerah Kecemerlangan Hill’s Pet Nutrition – Terbaik Peperiksaan Komprehensif (RM750).
Amal Baca Al Quran
Berkongsi rahsia kejayaannya, Dr Hannah berkata, membaca al-Quran pada setiap hari menjadi amalannya di samping memberi tumpuan 100 peratus ketika pembelajaran berlangsung sama ada secara bersemuka atau dalam talian.
Katanya, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana menuntut pengorbanan selama lima tahun atau 10 semesta tempoh pengajian dalam keadaan kekangan
ketika pandemik Covid-19.
“Cuma, amalan saya akan fokus sepenuhnya kepada pensyarah yang ketika mereka mengajar dan mengamalkan bacaan satu juzuk al-Quran pada setiap hari.
“Sesibuk manapun saya akan tetap akan berusaha mencari waktu dan mengaji al-Quran selain berpuasa pada hari peperiksaan berlangsung serta mengamalkan memakan kismis,” katanya ketika ditemui di UMK pada Ahad.
Hadir sama, ibu bapa Dr Hannah yang merupakan, pasangan bekas pensyarah universiti awam, Rohani Abdul Rahman, 62, dan Alam Faizli Mohd Zain,63.
Dr Hannah sebelum itu menerima kesemua penganugerahan itu pada Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar, UMK di Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini.
Anak kelapan daripada 10 beradik itu sebelum ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMK dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 pada Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-10 dan 11 di UMK Bachok pada 20 November lalu.
Hannah juga adalah hafizah yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Quran Hira, Jeram, Selangor ketika berusia 16 dan 17 tahun pada tahun 2010 serta 2011.
“Ibu bapa adalah pendorong kuat dan tulang belakang yang sentiasa bersama saya semasa berdepan kesukaran dalam pelajaran melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar di UMK.
“Selainnya, dua lagi abang adalah hafiz yang turut membantu serta tujuh lagi adik-beradik berjaya dalam pelajaran turut menjadi pembakar semangat,” katanya.
Minat Haiwan
Mengulas berkait minat terhadap haiwan terutama binatang buas bermula ketika berada di sekolah menengah dan kerap kali menjadi sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Ampang, Selangor.
“Ketika itu, saya dapat mendekati banyak binatang buas untuk memberikan makanan dan sempat memperoleh pengalaman merawat seekor harimau belang betina bernama Pia yang mengalami muntah.
“Saya juga sangat teruja melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap singa serta menyimpan hasrat membuka sebuah klinik haiwan pada masa depan,” katanya.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.