Ramadan kali ini dikhabarkan lagi dengan berita gembira oleh penyanyi dan komposer Harry Khalifah atau lebih mesra dipanggil Apak, apabila dikatakan isterinya Noormala telah selamat melahirkan cahaya mata ke-9 mereka ahad lalu.
Memetik laporan mStar, Harry Khalifah dan isterinya yang sebelum ini mempunyai 8 orang anak tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan anak lagi, malah tidak malu untuk mempunyai anak yang ramai.
“Andai kata diberi rezeki lagi saya terima. Saya tidak pernah malu memiliki anak ramai.
“Bagi saya, anak ramai ni akan memudahkan urusan saya pada masa akan datang, mereka juga yang akan mengangkat jenazah saya apabila saya sudah tiada nanti,” kata Harry.
Bukan itu je, Harry juga meluahkan bahawa walaupun ini adalah kali ke-9 menyambut kelahiran anak, dia tetap terharu sehingga mengalirkan air mata ketika menemani isterinya bersalin.
“Masa dia selamat bersalin, saya menangis rasa terharu campur gembira,” luah Harry.
Meskipun sibuk dengan kerjaya, Harry juga tidak lupa untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang suami mithali kerana menrutnya dia memang menemani isterinya di dewan bersalin walaupun ini anak ke-9.
“Saya sudah berjanji dengannya untuk sentiasa bersama,” katanya.
Untuk rekod, Harry Khalifah dan Noormala mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2004 dan dikurniakan dua orang anak perempuan dan enam anak lelaki. Manakala dua orang anaknya menjadi penyanyi, Chombi yang popular dengan lagu Sayunk I Love You dan Mizan.
Sumber: mStar
Panduan Solat Terawih Ringkas, Mudahkan Ibu Nak Buat Sendiran Di Rumah!
CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH.
Mak2 yg ada anak kecil dan jugak mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah..
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu… sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:
SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”
● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]
● Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.
sumber : CikPuan Dyana
“..Nampak Betul Sama” – Teringin Jumpa ‘Kembar’ Arwah Siti Sarah, Ayah Terkedu Pertama Kali Bertentang Mata
Kehilangan yang tersayang sememangnya meninggalkan kesan bagi yang masih bernyawa. Susuk tubuhnya sentiasa dirindui, yang tinggal hanyalah kenangan ketika bersama. Itulah yang dirasai oleh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Sarah. Walaupun sudah 10 bulan pemergiannya, namun ia masih dapat dirasai oleh seluruh peminat industri tanah air.Teringin Nak Jumpa Kembar
Malah, namanya pernah kembali disebut-sebut selepas tular video seorang wanita bernama Nurul Amera yang mirip dengan penyanyi berkenaan. Sejak dari itu, netizen mula menzahirkan rasa rindu selain ada juga yang berharap agar insan tersebut disatukan dengan pelawak Shuib.
@zafrieyzalzafrie♬ original sound – Achik
Bukan sahaja peminat, malah bapanya iaitu Raisuddin turut memasang impian untuk berjumpa dengan individu tersebut. Perkara itu didedahkan oleh isterinya ketika hendak menyambut hari ulang tahun kelahiran si suami.
Siapa sangka, impian jadi kenyataan. Menerusi perkongsian di laman TikTok, dia nekad membuat kejutan dengan membawa ‘kembar anak tirinya’ bagi bersama-sama menyertai majlis berkenaan.
Ketika si suami tiba, lelaki tersebut dilihat seakan-akan terkedu selepas pertama kali menatap wajah wanita itu. Malah, dia turut tersenyum selain sempat berbual bagi melepaskan perasaan rindu. Lebih mengharukan, mereka berdua juga sempat mengambil gambar bersama di samping seorang anak Allahyarhamah iaitu Uwais.
@suciuwais Masa mula2 org kata muka dia sama dgn arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dgn Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk.Sempena hari lahir kita bawa Emy utk meraikan sekali hari lahir bersama2 dgn kami semua. Terima kasih pada family dan rakan2 yg hadir utk meraikan hari lahir abah, terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yg sudi terima pelawaan kami 🥰❤️ #fyp #birthday #love ♬ Tanpa kekasihku – Agnes Monica
Meninjau di ruangan komen, rata-rata akui wanita itu ada iras-iras Allahyarhamah Siti Sarh meskipun tidak 100% sama. Malah, perkongsian tersebut mengundang sebak melihat reaksi ayahnya.
Bukan itu sahaja, ramai juga ikut sebak selepas terkenang reaksi Uwais yang hanya merenung seolah-olah ingin melepaskan rindu.
Sumber : @suciuwais
“Selalu Ingatkan, Awak Baik Ramai Sayang.” Wanita Ni Kongsi Derita Suami Jadi Pesakit Psikiatri Kerana Tiada Kerja Akibat Pkp!
Tular baru-baru ini satu kisah yang cukup menyentuh hati. Bila mana sang suami tiada pekerjaan akibat PKP. Dek kerana tekanan perasaan sehingga menyebabkan ketua keluarga ini hilang arah pedoman. Inilah ujian yang terpaksa dilalui puan Natasha Khairul sekeluarga.
Kisah wanita tabah ini tular selepas empunya diri berkongsi luahan di Facebook miliknya baru-baru ini.
Ibu kepada empat orang cahaya mata hasil dari perkahwinannya bersama Khairul berkongsi dugaan sang suami, yang kini menjadi pesakit psikiatri akibat ketiadaan pekerjaan sejak awal PKP lalu.
Menurut Natasha, sebelum disahkan menjadi psikiatri, suaminya tidak tidur selama empat hari dan empat malam Situasi susmi nya membuatkan Natasha tidak senang duduk.
Ceritanya lagi, suaminya pernah menunaikan solat sunat sehingga 7 rakaat tak siap-siap kemudian dengan tiba-tiba saja dia menangis.
Kelakuan pelik suaminya membuat Natasha risau. Lebih membimbangkan, suaminya kelihatan seperti terkena histeria. Malah pernah mengatakan isterinya adalah klon.
Bimbang dengan keadaan sudmi, Natasha memutuskan untuk menghubungi pihak klinik melalui whatsapp. Pada awalnya dia hanya meminta nasihat kepada pihak klinik apakah tindakan yang harus dilakukan.
Namun kelakuan Khairul semakin merisaukan membuatkan Natasha menghubungi ambulans apabila mendapati suaminya mula bertindak untuk mengamuk.
Menurut puan Natasha, pernah suatu ketika, Khairul mendukung anak-anak mereka dan mengatakan “Inilah harta aku” sambil mendukung anak-anaknya. Ramai orang memujuk Khairul ketika itu.
Akhirnya selepas dua kali lari membawa anak satu hospital, Khairul diikat dan diberi ubat penenang. Bermulalah suaminya menjadi seorang pesakit psikiatri yang disahkan oleh pihak hospital selepas rawatan.
Menurut Natasha lagi, setiap hari dia berdoa agar diberikan kekuatan hati dan emosi dalam menempuh cabaran yang baru dilalui dalam hidupnya ini.
Terbaru menerusi facebooknya, Natasha melahirkan rasa syukur atas keprihatinan orang ramai yang menghulurkan bantuan kepada keluarganya.