
Bila ada sahaja tile kabinet dapur walau sekeping terjatuh memang ‘sakit mata’ dibuatnya. Nampak tidak sempurna dan terfikir juga cara paling mudah untuk dilakukan. Tak mungkin dibiarkan begitu sahaja.
Untuk itu, segera lakukan seperti mana yang dikongsikan ini
Sesiapa ada masalah camni..?
Meh saya ajar diy..senang jer..owhhh untuk tile yang tak pecah ok..kalau patah dua still boleh lagi..yang pecah berderai..sori..cara ni tak boleh..so..kalau ada tile yang goyang-goyang tu..sebelum jatuh leh kopik..then buat camni..
Step 1
Guna silikon jenis ni X bond..kat mr.diy ada, jenis lain tak rekomen.
Step 2
Kemudian buat seperti dalam gambar, tak payah letak banyak ..nanti tile macam timbul pula tak rata.
Step 3
Tampal, lekat dengan masking tape. Tile kena bebas minyak dan habuk kalau tidak nanti tak mahu melekat. Biarkan sekurang-kurangnya sehari. Kalau rajin tutuplah gapping dengan simen.
Selamat mencuba.
Sumber : Seremban Kabinet Dapur Tunai Atau Ansuran
Rasa Menyucuk-nyucuk Di Bahagian Tumit, Nak Jalan Pun Sakit. Redakan Dengan Petua Lama Ni!

Bila rasa tumit kaki seakan menyucuk-nyucuk yang terasa sakit biasanya akan terasa reda bila kita beristirehat. Namun andai tidak kurang juga, elok kiranya berjumpa doktor dan amalkan petua ini untuk atasinya.
PETUA HILANGKAN SAKIT TUMIT KAKI
Masalah sakit tumit kaki ni bukan pada orang yang berusia saja tau tapi sesetengah orang muda pun ada. Sakit sebelum waktu ni la yang boleh menambah stress ni!
Punca utama mungkin lah dari masalah berat badan jugak. Tapi tak kurang jugak disebabkan gangguan tulang dan sebagainya. Kalau tak nak jumpa dengan tuan doktor kena lah rajin mencuba petua-petua lama ni.
Sebab ada jugak kajian yang mengatakan salah satu penyebab sakit tumit ni berpunca dari masalah angin dalam badan. Kalau dari angin ni,senang saja nak pulihkan.Cuma kena rajin.
Kena amalkan setiap hari.
Cara 1
Betik Muda.
Caranya :
Panaskan betik muda di atas api kecil.
Angkat dan kemudian letakkan kaki di ataskan hingga betik sejuk. Amalkan setiap hari.
Cara 2
Lemon Panas
Caranya :
Minum segelas lemon panas pada setiap pagi.
Selain itu boleh juga buatkan air detoks lemon dan minum setiap kali bangun tidur. Amalan ini untuk buang toksin dan sekali gus meredakan masalah pada kaki.
Cara 3
Bawang Putih Bakar
Caranya :
Amalkan makan bawang putih yang dibakar.
Lakukan amalan ini setiap pagi. Bawang putih baik untuk pulihkan masalah angin dan boleh redakan sakit.
Sumber : No Or
“Alhamdulillah. Zaskia Melahirkan, Seindonesia Bahagia.” Penantian 10 Tahun Berakhir, Irwansyah Kini Bergelar Bapa. Tahniah!

Detik 31 Mac 2021, pastinya menjadi tarikh bersejarah yang takkan dilupakan buat pasangan merpati sejoli ini. Akhirnya impian mereka selama 10 tahun untuk menimang cahaya mata dimakbulkan.
Berita gembira tersebut dimuat naik oleh Irwansyah menerusi satu perkongsian di Instagram beliau. Menerusi berita tersebut, Irwansyah turut mendedahkan nama anak sulungnya itu.
“Assalamualaikum anak shaleh ku , Ukkasya Muhammad Syahki anak baik , Qurrata a’yun nya mami papa yg nyusu nya nonstop مَا شَاءَ اللَّهُ”
Belian murah di SINI
Beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para petugas kesihatan yang terlibat, dan buat semua yang mendoakaan mereka.
“Terimakasi banyak Dr @reinorambey , @drtiwi , @rsiabundajakarta , @morulaivf_jakarta , dan teman2 semua yg belum pernah ketemu tapi doa nya luarrr biasa terimakasih atas Support dan cinta nya untuk keluarga kecil kami selama ini.
Semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis , dan support kalian semua dengan pahala kebaikan dan keberkahan ”
Selebriti itu turut memanjatkan rasa syukur dengan kesihatan bayinya yang baru dilahirkan tersebut.
Barangan bayi murah di SINI
“Alhamdulillah ukkasya sehat walafiat lahir dengan bb 3,4 kg tinggi 51 , MasyaAllah Tabarakallah , doain Ukkasya terus ya om tante”
Cuci mata barangan bayi di SINI
Perkongsian tersebut mendapat reaksi gembira dari rakan artis dan juga peminat pasangan ini. Rata-rata melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini.


“Ya Allah Empat Tahun Dah, Kejap Je.” Pernah Bantu Tampung Kos Rawat Ekzema Kritikal, Nedim Nazri Teruja Anak Itu Kini Dah Sekolah!

Nedim Nazri menerusi laman Instagramnya mengimbau momen tahun 2018 ketika membantu menanggung kos rawatan seorang bayi.
Dia yang juga suami kesayangan Nora Danish memberitahu, bayi tersebut mengidap penyakit kulit, Ekzema tahap kritikal.
Malah, sejak daripada itu, hubungan mereka bersama keluarga bayi bernama Adriana itu bertambah akrab dan saling berhubung antara satu sama lain.
“This is Adriana now. Pada 2018 saya berkesempatan untuk membantu seorang anak comel yang mempunyai masalah kulit yang kritikal.
“Saya dan isteri mengambil keputusan pada waktu itu untuk menampung kos perubatan si comel ini sepenuhnya dan semenjak itu ayahnya sering memberi update tentang perkembangan Andriana,” ujar Nedim lagi
Bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut menzahirkan rasa teruja dan gembira apabila mengetahui Adriana kini telah pun memulakan sesi persekolahannya.
Malah dia sentiasa menitipkan doa semoga Adriana dipermudahkan segala urusan.
“Alhamdulillah after 4 years this beautiful girl is starting her 1st day of school. Syukur Alhamdulillah, uncle Du’aa kan semua di permudahkan untuk Adriana sekeluarga,” kongsinya lagi.

Sumber: boss_ned
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara