Tiktoker Saran Tolak Ansur Anak Kecil Menangis Di Kedai Makan, Betty -“Tak Boleh Selfish. Saya Pun Sakit Hati!”

Share

Baru-baru ini tular di media sosial seorang Tiktoker dikenali sebagai Cikgu Ayu menegur supaya orang ramai bertolak ansur dengan anak-anak kecil yang membuat bising di kedai makan berikutan kejadian yang dilaluinya apabila anaknya yang menangis di kedai makan dipandang pelik oleh sesetengah individu.

Namun, tegurannya itu mengundang pelbagai reaksi dari warganet kerana merasakan peranan ibu bapa juga penting bagi tidak membiarkan anak-anak menjadi tidak terkawal.

Salah satunya, pelakon dan usahawan, Betty Rahmad yang menyatakan dia tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan TikToker tersebut kerana dia juga mempunyai anak kecil dan kerap makan di luar.

Kata Betty, sebagai pengunjung kedai makan, sudah tentu pelanggan membayar untuk mendapat makanan dan suasana yang selesa, bukan mendengar tangisan serta riuh anak-anak kecil.

“Diorang datang ke kedai makan nak makan, diorang bayar diorang nak makan bukan nak dengar anak kita menangis.” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Tiktok miliknya.

Jadi, dia merasakan ibu bapalah yang memainkan peranan sama ada membungkus makanan dan membawa pulang supaya tidak mengganggu orang lain ataupun membawa mainan bagi melekakan seketika anak-anak ketika penjaga sedang makan.

“Mak ayah tak boleh selfish. Saya pun sakit hati, saya pandang 360 darjah kalau tengok mak ayah elok makan tapi anak tengah menangis dan ganggu orang lain” tambahnya.

@bettyrahmadali #stitch with @Cikgu Ayu Empire Kita tak boleh pentingkan diri sendiri✌️ #fyp #tiktokmalaysia #foryoupage ♬ original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen

Dalam pada itu, pengarah Micheal Ang juga turut meluahkan pendapatnya bahawa wanita berkenaan tidak seharusnya menyalahkan orang lain sekiranya mereka berasa kurang selesa, sebaliknya ibu bapa yang sepatutnya mengajar anak-anak untuk menjaga kelakuan ketika di tempat awam.

Meninjau di ruangan komen perkongsian Betty dan Micheal, rata-rata bersetuju dengan pendapat kedua-dua selebriti ini dan merasakan lebih baik ibu bapa yang mempunyai anak kecil makan dirumah kerana dapat mengawal anak-anak daripada menggangu orang lain.

Sumber: TikTok Betty Rahman, Instagram Micheal Ang