Melihat daripada sekeping gambar yang dikongsikan oleh PU Amin ini, merujuk kepada salah seorang petugas barisan hadapan menentang virus covid-19 yang berada di atas tikar sejadah, nyata cukup menginsafkan dan menyentuh hati.
Apatah lagi membaca perkongsian penuh daripada PU Amin, nyata 1001 pesanan dan nasihat yang diberikan, sebaiknya jadikan peringatan bersama.
Ini perkongsiannya.
Dalam keadaan kelam kabut seperti ini , mereka adalah hero kita. Mereka adalah manusia di barisan hadapan ketika perang menentang virus jahat ini . Entah berapa lama masa mereka ada untuk bersama keluarga .
Jasad mereka penat , letih , putus asa , habis duit dan harta . Namun mereka terus bekerja untuk menjamin keselamatan kita.
Tikar sejadah sebagai teman . Berdoa dan terus sujud . Mengharap agar Allah menurunkan keajaiban agar dibunuh covid 19 ini.
Pada semua , jangan pentingkan diri sendiri . Jangan melancong . Duduk di rumah , jaga kesihatan , jaga kebersihan , elak berada di tempat awam . Setiap hari kes terus bertambah. Mungkin kerja dan kerjaya kita terjejas , tapi tak apalah untuk sebulan dua , berbanding banyak lagi mudarat dan bahaya yang akan berlaku.
Teruskan berdoa pada Allah . Segala usaha telah dijalankan . Kini kuasa Allah adalah segala galanya . Kuatkan iman , bangunlah solat malam . Berzikir Ya Latif 100x setiap kali selepas solat fardhu. Inshaallah Allah Maha Lembut , Allah Maha Penyembuh ! Allah akan bantu kita . Sebut kalimah Allah Allah Allah banyak kali . Takut lah pda Allah.
Rindu majlis ilmu di surau masjid . Rindu nak tawaf nak saie di Masjidil Haram . Rindu nak solat jemaah ramai ramai .
Allah tarik nikmat ibadah masa ini . Dikala semua pintu pintu masjid di tutup jangan kita lupa PINTU TAUBAT masih terbuka . Matahari belum terbit dari barat , dajjal belum keluar , Nabi Isa belum turun . Maka kerap lah bertaubat.
Semoga kawan kawan semua terpelihara , saya sayang anda semua . Sayang kalian kerana Allah swt .
sumber : PU Amin