Tikar Buluh Dah Buruk Jangan Buang, Tapi Buat Begini Untuk Nampak Baru!

Share

Tikar buluh, suatu ketika dulu setiap rumah mesti ada sekurang-kurangnya satu untuk diletakkan di ruang tamu. Namun bila sudah lama digunakan, ada yang tercabut buluhnya dan tidak kurang juga terlihat lusuh. Hendak dibuang sayang, jadi apa kata kita ikut cara yang dilakukan oleh keluarga ini.

Menariknya cara ini, bukan sahaja tikar buluh itu boleh digunakan dengan selesa malah nampak baru dan cantik pula. Ingin tahu lanjut, jom ikuti perkongsian bermanfaat ini.

JANGAN BUANG TIKAR LAMA YANG DAH BURUK ATAU LUSUH.

Misi pagi ini. Nak make over karpet buluh yang dah lusuh. Kos rendah sahaja tau. Sebenarnya ni kali ketiga dah DIY tikar.

Sebelum ni tikar ABC atau yang corak bunga bunga tu. Anak dah carik-carik memang buruk habis.

Dengan teknik kos rendah ni,

1) Tak perlu pakai karpet mahal sebab kebetulan intan memang allergic dengan karpet.

2) Kos rendah

3) Rasa tak berkenan atau dah bosan dengan corak/ pattern ni, bulan depan kita tukar corak lain pula.

4) Mudah, murah, senang dan cepat

5) Pelbagai corak dan pattern boleh digantikan dengan tikar ABC / corak bunga-bunga.

Modal:
1) wallpaper kaison RM 19.90
2) tape hitam RM 3.20
3) tikar ABC / bunga-bunga / buluh yang dah lusuh/ rosak/ buruk. Kalau beli baru dalam RM10 je kan tikar ABC ni.

Tape hitam untuk tape keliling tikar bagi nampak kemas.

Kalau tikar tebal dan lebar tu. Guna 1 roll wallpaper juga tapi 2 tape hitam.

Sumber : Intan Norsyazwani