Melihat wajah seseorang wanita yang mulus dan bersih berseri tentu sahaja membuatkan kita tertanya-tanya bagaimanakah cara penjagaan wajah yang diamalkannya. Andai dapat dicungkil rahsianya, bolehlah kita pula amalkan bagi tujuan merawat wajah agar cantik seperti mereka.
Atas sebab itu, ayuh kita ikuti apa yang diamalkan oleh tiga wanita ini yang menggunakan tomato untuk penjagaan kulit wajah mereka.
Dikatakan buah tomato kaya dengan vitamin A dan C yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Bukan itu sahaja, tomato juga mempunyai likopena iaitu antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.
Manakala dari sudut kecantikan pula, buah tomato dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah yang sekali gus menyebabkan jerawat mengecut dan kulit menjadi licin dan berseri.
Ni petua untuk cerahkan kulit uolls guna bahan dapur ja . Senang kan?
Bahan : Tomato
1. Sebiji tomato dibelah dua
2. Kemudian masukkan tomato yang sudah dibelah dua tadi dipeti sejuk letakkan tomato di bahagian freezer(sejuk beku) dan biarkan semalaman .
3. Kemudian, sapu tomato yang sudah semalaman di freezer dibahagian muka
Ads
4. Biarkan dalam 30-40 minit
5. Bilas muka dengan air bersih
Apa manfaatnya? Okay baca di bawah ni
1. Kecutkan jerawat 2. Mencerahkan kulit muka 3. Pudarkan parut perlahan lahan 4. Jadikan kulit lebih lembut , licin dan glowing 5. Menyerap lebihan minyak 6. Menyejukkan kulit
Begitu juga dengan perkongsian daripada Puan Nurul Balqis di akaun fbnya yang cukup berpuas hati melihat perubahan kulit wajahnya selepas mengamalkan tomato beku ini. Ibu yang cantik manis ini juga ada berkongsi tip dan pengalaman setelah amalkan petua kecantikan menggunakan tomato ini, jom semak untuk manfaat bersama.
Tips semulajadi dengan ais kiub tomato. Banyak kebaikan ais kiub tomato ni, antaranya: 1. Jerawat dekat muka qis satu hari je dah kecut 2. Gelap bawah mata pon dah berkurang 3. Kulit qis still glowing walau tanpa makeup 4.Bukan sahaja glowing, malah kulit muka jadi tegang. (Ais kiub dapat cegah kedutan) 5. Kulit jadi licin dan dapat mencerahkan kulit secara semula jdi tanpa bahan merkuri. Lagi selamat. 6. Rawatan kiub ais ni memang diakui boleh menambahkan keserian wajah.
Cara-cara nak buat qis ada terangkan pada setiap gambar-gambar di bawah ni. Selamat mencuba.
Ads
Langkah 1 : Sediakan beberapa biji tomato dan potong menjadi saiz kecil-kecil.
Langkah 2 : Seterusnya tomato yang dipotong kecil tadi dimasukkan di dalam blender. Tak payah tambah air, sebab tomato akan keluarkan jusnya yang mempunyai seribu kebaikan untuk kulit.
Langkah 3 : Kisar sampai hancur dan halus macam ni.
Ads
Langkah 4 : Tomato yang dikisar tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.
Langkah 5 : Inilah hasil tomato yg dibekukan tu dan kemudian skin icing tomato (gosok) tadi pada seluruh muka, biarkan sebentar sampai ia kering. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka. Rasakan keajaibannya. Selamat mencuba kawan-kawan.
Dan, ini satu lagi perkongsian berkaitan pengalaman merawat wajah menggunakan tomato ais yang telah diamalkan oleh Asha Zakaria dalam masa lapan bulan. Dahulunya kulit Asha berjerawat, namun setelah amalkan secara konsisten, terus menjadi berseri-seri dan ‘glowing‘.
TIPS UNTUK HILANGKAN JERAWAT DAN PARUT DEGIL!+ boleh glowingkan kulit wajah.
Bahan :
1 biji buah tomato
Cara Buat :
Cuci dan simpan dalam peti ais(tempat beku)
Biarkan 1 hari, ambik dan potong dua. Gunakan sebelah sahaja.
Ambil dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit. Biarkan 1 jam kemudian cuci muka seperti biasa.
Ekstra tip : Buat setiap hari (seelokknya pagi). Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tanaman kecil-kecilan kita di rumah seperti pokok cili, pokok daun kari, daun kunyit dan sebagainya selalu menjadi mangsa ulat. Habis tanam-tanaman jadi mangsa si ulat kecil ni.
Daun pokok kita yang segar bugar habis dibotakkan si ulat kecil ni. Geram juga melihatnya. Sebenarnya ada cara untuk hasilkan racun buatan sendiri bagi mengelakkan ulat-ulat ini dari terus berleluasa di pokok kesayangan kita. Bagaimana?
Jom ikut langkah yang dikongsikan oleh blog kasehku-hidupku.blogspot.my ini. Memang menjadi! Hasilkan semua ulat lari dan tak lagi mengganggu tanaman kita. Jom cuba.
Makcik ni ada la tanam pokok-pokok dalam pasu seperti pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan lain-lain. Tapi musuh utama dalam industri adalah ulat.
Bila melawat pokok je, daun-daun semua dah botak. Bawah pokok berterabur benda bulat-bulat macam biji sawi yang merupakan najis En Ulat. So bagi mengelak dari pencabulan ke atas pokok kesayanganku itu, bolehlah dibunuh dengan racun buatan sendiri.
Bahan-bahan:
Bawang Putih
Cili
Sabun Basuh Pinggan
Cara:
1. Tumbukkan cili padi dan bawang putih bersama-sama.
2. Tumbuk dengan kulit dan tangkai pun boleh. Sukatan pun ikut suka hati, sesedap rasa.
3. Dah lumat, masukkan dalam bekas.
4. Lepas tu, campurkan sedikit air. Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.
5. Tapis dan masukkan dalam bekas yang kita nak gunakan untuk spray.
6. Masukkan 1 sudu besar sabun basuh pinggan dan goncang.
Boleh la di spraykan ke pokok-pokok kita. Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan. Berkesan dan paling penting jimat!
Lebihan bahan tumbuk sambal belacan bolehlah dibancuh sedikit dengan sabun basuh pinggan kita. Dah jadi seperti petua yang diajarkan oleh saudari kita ni.
Paling penting sekali JIMAT! Jadi jom kita cuba.
Walaupun pertama kali membuat, namun hasilnya nampak kemas dan cantik. Saudara Encik Abu Kasim Md Jani berkongsi pengalaman pertama bertukang dan hanya jadikan ‘google’ sumber rujukan untuk menghasilkan ruang santai diluar di rumahnya.
Namun hasilnya memang terbaik dan berseni. Anda yang nak cuba, boleh lah tengok sendiri mana tahu dapat ilham untuk membuat sendiri Di rumah.
First time buat gazebo. Tanya tukang macam mana nak buat. Tanya pak Google juga.Saya pun bukan ada background bertukang. Kena rajin cari dan guna sikit ilmu fizik.
Asalnya kawan bagi tiang 4 batang, nekad jer buat. Memang puas tanya orang, tengok gazebo orang, google. Beranikan diri je buat. Lepas tu tak ada lagi buat. Mungkin kali kedua cepat sikit. Dah tau mana silapnya
Gazebo Saiz 8×8, saya buat sorang je. Isteritukang pegang mana yang patut. Rm3k+ juga modalnya.
1. Penyediaan tapak.
2. Buat tapak. Tiang roman batu tu asalnya panjang, saya beli 2 batang dan potong dua.
3. Tegakkan tiang. Letak je tiang tapi pada batu bubuh puting besi 2 inci masuk ke tapak tiang supaya tiang tak bergerak. Paksi skru kiri dan kanan.
4. Posing sikit. Maklum la buat sorang-sorang je.
Potongan hujung rasuk saya sengaja terbalikkan sebab benda tu kat bawah. Tak nampak bunganya kalau lihat dari atas.
5. Ni bab yg ngeri sikit. Buat rangka bumbung pasang dekat bawah dulu. Sampai atas nanti pasang tongkat jangan bagi gerak.
6. Sapu minyak timbertone tapi saya campur sikit cat hitam bagi gelap lagi. Lantai dah siap. Skirting tu guna papan 1×6″. Beli papan di kedai hardware biasa lepas tu potong la buat design.
7. Papan manis ukir sendiri. Cari kat Google. Design paling mudah.
8. Pasang kipas dan lampu (upah kawan). Mula-mula memang tak ada siling. Bila dah siap baru teragak nak. Masa pun banyak sebab dah pencen. Tapi kerja renyahlah sikit pasang siling kemudian.
Kalau nak senang cat putih siling asbestos 2×4 tu. Letak sebelah atas baru paky dengan kayu gegulung nak buh genting.
9. Siap. Papan bunga kat sisi tu pun buat sendiri. Sebulan baru siap. Sekarang baru tahu mengapa orang buat gazebo tak buat bumbung nasi lemak. Sebab banyak pakai genting, rabung dan muncung itik kat hujung tu.
10. Terkini baru pasang tiles dan buat tangga, pun DIY juga. Banyak belajar dengan google. Sekarang dah upgrade sebelah tu.
Pasang tangga dan tiles. Dah siap orang rumah request buat atap pulak. Alamak… Kerja dah terbalik. Patut buat atap dulu baru padang tiles. Pasang tiles pun belajar dari google.
Lucu tapi ada pengajaran disebalik situasi ini. Betapa PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan ini membawa seribu satu makna buat kita semua.
Jika sebelum ini, ibu bapa tiada masa untuk melayan anak-anak bermain. Jika ada sekalipun jarang sekali dapat santai sebegini. Ada banyak hal lain yang perlu diuruskan, tetapi berbeza hari ini.
Ibu bapa dapat bermain dan meluangkan masa sepenuhnya melayan karenah anak-anak. Yang pasti anak-anak paling gembira dan bahagia. Itulah ‘manisnya’ disebalik kedukaan disebabkan oleh Wabak Covid-19 ini.
Perkongsian seorang ayah menerusi facebooknya Tengku Azam Mikail cukup mencuit hati. Melayan anak-anak bermain pondok-pondok dan sanggup ‘dibuli’ dek anak-anak apabila disuruh menjadi ’emak’ mereka.
Satu hiburan yang cukup menggembirakan di saat semua tidak boleh ke mana-mana atas perintah #stayathome.
Duk gumah anak ajak main pondok2 la,main anak patung la,main masak2 la dia ckp papa jadi emak aku ye kn ye,sampai tergolek mak ko koje kn ye.
penat layan ko org ni.ape ko bt dgn papa ni nak oiii ni cuti tambah lg ape lg ko ajak papa main.
Yang kelakarnya si ayah ini terlentang kepenatan dek melayan anak-anaknya bermain pondok-pondok. Walaupun penat tetapi itulah momen yang cukup manis dan indah untuk yang menjadi kenangan apabila anak-anak besar kelak. Yang lebih penting lagi ikatan ayah-anak lebih erat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.