
Lama tidak mendengar berita pasangan ini. Semalam, pelakon dan hos, Sazzy Falak berkongsi berita suaminya cedera dalam satu kemalangan ketika mengayuh basikal.
Tanpa menjelaskan secara detail kemalangan tersebut, Sazzy menerusi instagram Stories miliknya hanya memberitahu suaminya terjatuh teruk (bad fall) ketika berbasikal bersama kawan-kawan.
“Akhirnya ada masa untuk update. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, memberikan ucapan serta doa. Suami Nash Idrus berada dalam keadaan stabil, Alhamdulillah.
“Collarbone sebelah kirinya patah empat dan tiga tulang rusuknya retak. Walaupun dia mengalami concussion selepas kemalangan, CT scan menunjukkan semuanya berkeadaan baik,” tulis Sazzy.
Menurut Sazzy lagi, ketika ini mereka sedang menanti berita daripada pasukan orthopaedic sama ada suaminya perlu menjalani pembedahan atau tidak.
Tambah Sazzy lagi, paru-paru Nazril tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan pembedahan memberitahu tulang rusuknya akan baik sendiri tetapi memerlukan masa.
“Dia akan berada di hospital beberapa hari untuk pemantauan,” tambah Sazzy lagi.
Sazzy atau nama penuhnya Sazlini Shamsul Falak berkahwin dengan Nazril Idrus pada 2006. Pasangan ini dikurniakan bayi kembar perempuan yang bernama Lily Imaan dan Tiara Rose.
Sumber: IG sazzyfalak & Astro Gempak
Rupanya Tidur Lewat Dan Tidak Selera Makan Punca Murid Tahun Enam Pengsan, KKM Sedia ‘Guideline’ Sebelum Pergi PPV.

Tular video seorang pelajar pengsan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore Klebang pagi semalam (30 sept 2021). Ekoran penyebaran video itu menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa.
Pelbagai reaksi daripada netizen khabar mengejut itu. Bagaimana keadaan kembali reda setelah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Rusdi Abd Rahmad memberi penjelasan mengenai hal berkenaan.
Menurut beliau hasil siasatan mendapati selepas kejadian, mendapati murid lelaki berusia 12 tahun itu juga tidak berselera makan dan hadir secara ‘walk in’ bersama keluarganya ke PPV terbabit.
Murid sekolah rendah disahkan tidur lewat iaitu pada jam 2 pagi dan hanya makan sesudu nasi lemak.
Katanya, ketika proses vaksinasi murid itu agak gementar tetapi tiada sebarang kesan sampingan yang dilihat sejurus selepas vaksinasi atau sepanjang tempoh pemerhatian.
“Murid ini juga tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, malah tidak pernah dimasukkan ke hospital atau mempunyai sejarah alahan sebelum ini.
“Selepas dibawa masuk semula ke PPV dan pegawai perubatan melakukan pemeriksaan mendapati, keadaan murid ini stabil dengan tekanan darah, nadi dan paras oksigen dalam darahnya adalah normal.”
Pastikan anak mendapat rehat yang cukup sebelum ke PPV
Selepas pemerhatian tempoh 30 minit oleh petugas perubatan, murid berkenaan menunjukkan keadaan stabil, sebelum dia dibenarkan pulang.
Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa panggilan telefon susulan kepada keluarga juga dibuat dan mendapati murid itu sihat. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan memantau tahap kesihatan murid berkenaan dari semasa ke semasa.
Beliau juga menasihati supaya ibu bapa dan penjaga yang akan membawa anak untuk vaksinasi dinasihatkan supaya memastikan anak mereka mendapat rehat yang secukupnya dan makan sebelum hadir ke PPV.
Guideline sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin
Dalam pada itu, ibu bapa boleh ikuti panduan ini sebagai persiapan sebelum membawa anak ke PPV.
Sumber: Berita Harian dan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Tengah Cari Kerja? Wajib Elak 8 Jenis ‘Jangan’ Ni Ketika Temuduga Kerja

Sana sini pergi interview tak pernah nak lekat kerja. Frust betul rasa! Tambah pula sekarang ni ramai yang diberhentikan kerja akibat PKP, persaingan untuk berebut kerja lagi lah tinggi. Lepas tu mula la rasa, teruk sangat ke aku ni asyik tak dapat lagi kerja?!
Cer semak balik, mungkin boleh jadi korang susah nak dapat kerja sebab salah sendiri ketika menghadiri sesi temuduga. Haa pernah terfikir tak macam tu? Korang kena ingat tau, interviewer akan tengok secara menyeluruh, macam mana korang ‘jual’ diri ketika temuduga, macam tu juga lah dia pandang korang.
Boleh jadi, korang terbuat benda yang sepatutnya korang tak boleh buat semasa pergi temuduga. Alamak macam mana tu?! Jom tengok 8 benda yang korang JANGAN BUAT ketika menghadiri temuduga, hasil dari perkongsian Khairil Zainudin di laman Facebooknya.
Hari ni aku nak cerita pengalaman aku pergi interview sepanjang aku berkerja dulu.
Pastinya ramai tengah prepare nak pergi interview, tak kisah la entry level, mid level or top level.
Sepanjang misi mencari kerja dahulu…Aku hantar almost 100 resume setiap bulan..hahaha memang gila. Setiap kali lepak kita orang akan update berapa resume kita orang hantar.
Punya la membina kawan kawan aku ni..Aku pasti bukan aku sorang sahaja buat macam ni waktu itu….Tak banyak site online time tu.
Yang aku ingat Jobstreet..jobdb..carikerja online..sikomsupplies.Manakala melalui blog2 pon banyak….time tu aku igt blog eddyra..razmatah….Banyak jugak interview dpt time tu..
Kali ni aku nak share tips DO NOT atau DONT
Selalu org share DO and DONT. Aku share DONT je cukup lah…hahaha
#1. JANGAN DATANG ON TIME🤣
Haa !! benda ni candidate selalu org buat…Bagi aku kalau nak pergi interview datang la awal gila…Let say interview jam 10 pagi..Target jam 830 pagi dah sampai ..lepas breakfast datang lah sebab dia.. lepak kat parking 30min..lepak kat loby 30min…isi borang 15min..baca doa 10min…tu belum consider jam pagi lagi. Time tu boleh tengok staff dia perangai macam mana…datang lambat datang awal..bos dia macam mana… Pakai tie atau tak pakai tie. Tengok happy tak enviroment company tu…Ada masa baca-baca lah Company Policy dekat dinding syarikat..Vision and Mission syarikat…
Tengok siapa sign….Tengok gambar-gambar syarikat. So anda akan ada lebih idea pasal syarikat tu. Kalau datang ON TIME nnt ..terkial-kial nak isi borang..
Nak refer resume untuk pastikan sama isi dengan borang. Ada je waktu-waktu aku isi borang tak sama dengan resume hahaha..kantoi plak dengan interviewer.
Tengok la bos2 syarikat tu oldboys mana-mana ke…persatuan or NGO apa…Lagi senang nak cari persamaan dengan syarikat lepas tu.
#2. JANGAN BUAT MUKA STONED ☹️
Hehehe Ni aku paling benci tengok….Budak-budak pagi-pagi datang interview buat muka stoned. Aku tau la korang tengah stress time ni fikir banyak benda
dalam kepala. Tapi please put your GAME FACE on. Senyum and greet everybody in the hall way,tapi jangan lah buat gaya Mr Bean macam terencat akal.
Greet mcm you are part of the company dah. So kalau macam tu korang akan rasa the vibe of the company in you. So smooth sikit bila interview. Be polite to the receptionist.
Receptionist ni first barrier kepada interviewer. Macam aku waktu sampai aku akan greet receptionist dulu (walaupon aku dah kenal orang dalam).
Tanya berapa ramai candidate..Bos dah masuk ke belum..Tanya how is her day today?..sebab receptionist ni memang akan banyak bocorkan rahsia interview.
“YOU TAU TAK SEBELUM YOU DATANG TADI, MENANGIS BUDAK TU KELUAR INTERVIEW” akak recept tu bagitau aku
Mungkin candidate tu kene grill kot dalam session sebelum tu so boleh prepare your game and expectation lepas tu.
#3. JANGAN JADI MR SMARTY PANTS 🧐
Ni paling bahaya…Interview ni bukan mcm pergi exam…Percaya atau tidak interviewer akan access org melalui attitude. Ini selalu terjadi bila
anda apply untuk Technical position. Jangan ingat soalan V=IR je akan keluar. Bila anda kerja ni mostly anda akan deal dengan orang. Bila anda tau, explain
je sehabis baik…bila tak tau always ckp ” Not within my best knowledge …… and i will look into it lepas ni”. Be humble and respectful.
Abah selalu ckp bila tak tau jangan terus cakap tak tau. Always goreng sikit…tapi jangan sampai hangus..Benda ni ada fine line. Macam mana pon
pratice make perfect hahaha.
Ada syarikat sediakan exam 20 muka surat sebelum start interview. Aku pernah jawab soalan teknikal tu last-last waktu interview dia cakap tak pakai pon soalan tu.
Diorang just nak gauge kita handle masalah mcm mana and condition kita lepas jawab soalan serabut mcm tu. Tapi aku rasa aku ACE the exam tu (sebab diorang pon tak check hahaha)
Job ni memang aku dapat. Best company tu.
#4. JANGAN OVER CONFIDENT 😎
Part ni selalu terjadi dekat aku bila zaman awal-awal dulu aku attend interview. Selalu overconfident. Belasah je bila jawab interview,takda sumber rujukan mana-mana.
Paling aku ingat adalah soalan inteviewer ” WHAT CAN YOU SEE YOURSELF IN 5 YEARS TIME” . Waktu tu aku attend interview untuk Executive position di sebuah syarikat penerbangan MALAYSIA dekat Subang. Biasa la awal-awal soalan tell me about yourself/background …lepas soalan KBKK sikit…lepas soalan pasal family sikit…
Last sekali soalan pasal future “WHAT CAN YOU SEE YOURSELF IN 5 YEARS TIME”..Tak silap aku, waktu interviewer tu introduce diri beliau ni.. Beliau ni level SENIOR MANAGER.
Aku pon tengah sedap goreng….gila aku jawab ” I WILL REPLACE YOU IN 5 YEARS” hahahahahaha berdekah dekah aku gelak (dalam hati)…baru aku perasan aku ter over confident.
Gila apa dalam masa 5 tahun dari fresh entry level nak naik sampai SM level. Bukan tak boleh… boleh…tapi seolah olah mencabar interviewer tu…MAKA tak dapat la
aku jawatan Executive tu. Terus interviewer tu tanya ” KALAU TAK DAPAT KERJA SINI MACAM MANA?” …hahaha so boleh gauge la dia dah reject aku. Penat jugak time tu..
yelah ..apply online..exam online…EQ test IQ test…sekali interview fumble macam tu je. Tapi macam mana pon rezeki tu Allah bagi kene ingat. Mungkin ramai lagi candidate lagi power and memenuhi criteria.
#5. JANGAN KUTUK COMPANY LAMA 🤬
WHY DO YOU WANT TO LEAVE YOUR OLD COMPANY??…Selalu terlepas pandang pasal ni… company lama tak bagi increment..boss company lama tak bagus…bonus tak dapat…staff tak bagus…
Reflect balik yourself what did you enjoy the most pasal company lama..cerita je kebaikan kebaikan company lama…cakap je nak cari pengalaman baru…nak cari kawan baru…walaupon hakikat dia nak increment gaji.
FYI, setiap kali lompat syarikat anda boleh demand 30% to 50% salary increment…tapi janganlah sampai over market price.
#6. JANGAN LUPA FOLLOW UP 😉
Cara nak follow up ni banyak cara…hantar thank you note..hantar ucapan raya (kalau dekat dekat dgn festive season)…kalau tak dapat job tu pon atleast anda dapat grow circle kenalan anda. Seronok bila anda kenal ramai orang.
Let say kalau ada next oppoturnity diorang akan inform kita dulu. Aku dulu follow gila-gila hahaha konon nak tunjuk effort. Pening HR tu dengan aku.
#7. JANGAN LUPA AMBIL TAHU PASAL PERKS SYARIKAT.🤠
Kadang-kadang kita lupa waktu negotiations kita negotiate gaji je…jangan lupa ambil tahu pasal perks dan benefit. Macam annual leave, yearly increment, bonus2 syarikat, medical and dental allowance, replacement leave.
Soalan ni selalu wakil HR akan jawab. Perks syarikat ni walaupon nampak kecik tapi main peranan besar dalam pengendalian syarikat. Paling best aku dengar ialah syarikat menghantar staf pergi umrah dan buat caruman haji.
Satu lagi company event. Ada syarikat every month ajak pergi main bowling…PS4 dekat pantry…tournament pingpong lepas kerja…bukan setakat lepak mamak atau teh tarik session lepas kerja je.
Time ni la nak balas dendam secara baik dengan bos anda waktu main bowling,fifa ps4 or tournament pingpong. Tapi kalau kene tapau dengan bos tahan je la telinga semusim hahaha…
#8. JANGAN SELL SHORT OF YOURSELF🥰
Yang ini last sekali…kene main poker face sikit… HR akan adjust or lower down you punya demand. Jangan bagi discount banyak sangat bab gaji. Kalau discount banyak sangat nanti kerja pon tak happy.
Malas aku nak cerita bab ni panjang sangat. VALUE AND LOVE yourself.
Aku rasa ni jelah tips-tips yang aku rasa dapat memberi manfaat kepada calon- calon perkerja di luar sana.
Aku pon masih belajar. Dulu aku belajar nak pergi interview skarang aku belajar nak cari org untuk di interview.
Paling penting dekat sini be your ownself waktu interview tu. Kalau dapat job tu….be ready to work hard and work smart- bukan kerja macam lembu.
Nak beli barang tapi malas nak beratur kat kedai? Jom beli belah secara online di sini !
Temui Bayi Comel Terperangkap Di Tingkat Atas, Antara Mangsa Banjir Yang Berjaya Diselamatkan!

Seorang anggota penyelamat tidak menyangka menemui bayi comel dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Tidak dapat keluar apabila tingkat bawah dinaiki air
Sarjan Awang Abdullah Sani Awang Alehan, 42, dari pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, di sini berkata beliau bersama tiga lagi anggota yang sedang menaiki bot menemui keluarga bayi berkenaan terkandas di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat.
Katanya bayi perempuan berusia empat bulan itu bersama ibu bapanya dan seorang lagi kanak-kanak, diselamatkan selepas mereka tidak dapat keluar apabila tingkat bawah rumah berkenaan dinaiki air paras pinggang.
“Petang itu saya memandu bot bersama tiga lagi anggota dan dua daripada kami terpaksa memanjat sengkup rumah tersebut sebelum membawa mereka keluar melalui tingkap,manakala saya dan seorang lagi anggota menyambut mangsa menaiki bot untuk dihantar ke tempat selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, gambar Awang Abdullah Sani memegang bayi perempuan bertopi dan berpakaian serba merah tular serta dikongsikan di media sosia Facebook dan Instagram Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan rata-rata netizen melahirkan rasa syukur dan terharu bayi comel itu dapat diselamatkan.
Awang Abdullah Sani yang juga bapa kepada lima anak, berkata beliau antara 128 anggota dan pegawai PGA dari Perak iaitu Batalion 1, Batalion 2, Batalion 3, Batalion 6 dan Pusat Latihan PGA yang dikerahkan bersama bot ke Selangor bagi bantuan operasi menyelamat mangsa banjir sejak Ahad lepas.
Berkongsi lebih lanjut, Penolong Jurulatih Jasmani Pusat Latihan PGA Hulu Kinta yang sudah 21 tahun berkhidmat itu berkata operasi bantuan tersebut disifatkan amat bermakna bagi pasukannya kerana dapat membantu ramai mangsa walaupun kepenatan.
“Sejak dari Ahad lagi kami sibuk dengan kerja-kerja menyelamat dan sanggup tidak tidur demi menyelamatkan mangsa banjir. Saya hanya sempat tidur dua jam pada hari ketiga (semalam), malah gambar yang tular itupun saya ketahui melalui orang lain,” katanya.
Menurutnya beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa gambar itu turut dimuat naik di Facebook dan Instagram PDRM sehingga meraih pelbagai komen warganet
Sumber : Bernama & Ig pdrmsia_official
ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Kereta Ditenggelami Banjir, Ada Perkara Perlu Buat Untuk Minimakan Kos Baik Pulih!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club