
Minuman ni dah viral setelah cara membuatnya mudah dan rasa yang sedap. Tambahan pula khasiat kurma sememangnya diakui sangat baik untuk kesihatan diri.
Malah, amalan minuman ini dibulan puasa amat digalakkan setelah kurma dikatakan dapat memberi tenaga kepada yang berpuasa.
Ikuti perkongsian puan Sarinah Ibrahim yang berkongsi resepi untuk membuat air nabeez campuran oat dan susu. Pengalaman selama tiga tahun mengamalkan minuman ini menyebabkan ibu kepada tiga orang anak ini, mengakui minuman ini banyak kebaikkan, beliau telah menyediakan resepi membuat minuman yang memberi tenaga dan kesihatan yang baik.
Alhamdulillah. Saya dah amalkan amalan ni nak masuk 3 tahun. Khasiat tak perlu didustakan lagi. Byk kebaikannya.
7 biji kurma direndam (mlm)
Air rendaman kurma ni namanya air nabeez. Air nabeez ni mmg diamalkan oleh RASULULLAH. BYK Khasiatnya terutama pencernaan.
Minum slps bangun tido.
Kurma yg direndam tadi buang biji blend dgn
7 sudu oat
Setengah sudu indocafe(pilihan)
3 sudu susu anelene bancuh jd secwn. (BOLEH GUNA SUSU SEGAR)
saya guna anelen utk tulang.
Blend semua n boleh terus minum. Musim puasa ni boleh diamalkan kenyang sampai berbuka.
selamat mencuba!
“Perjalanan Penyusuan Yang Indah, Jimat Ribuan Ringgit.” Anak Kembar Dah Besar, Dr Halina Sayang Nak Berhenti Menyusu!

Setiap ibu pasti memiliki momen menyusukan anak-anak, termasuklah juga dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos.
Bagi isteri kepada angkasawan negara ini, perjalanan menyusukan dua anak kembarnya, Eusoff dan Emelia meninggalkan kenangan yang cukup manis dalam lipatan diari hidupnya.
Lebih 16 bulan menyusukan kedua-duanya, kini sudah hampir waktu untuk bercerai susu namun dia kental untuk terus menyusukan.
Akuinya walaupun penat namun dia tidak kisah, bahkan dia tak sampai hati untuk berhenti menyusu.
“These two muchkins. Hampir 16 bulan perjalanan penyusuan dengan kedua-dua ni. Boleh dikatakan Eusoff dah mula minum susu sepenuhnya setiapmasa. Malam-malam je cari mommy kalau haus.
“Emelia pulak, dah slowly weaned off breast milk, kat sekolah dah tak hantar frozen breast milk dah. Kena belajar berdikari dengan formula milk. Tapi bila balik sekolah je, terus masuk dalam baju Mommy.
“Bagi saya ia adalah satu perjalanan penyusuan yang cukup indah. Tapi mommy dah malas nak pump dekat tempat kerja. Sekarang pulak saya pam sekali saja pada waktu siang, tu sahaja. sayang pulak kalau tak pump,” kongsinya menerusi kapsyen.
Bukan itu sahaja, dia mengakui dengan memberikan anak-anak susu badan, banyak manfaat diperoleh termasuklah dapat menjimatkan ribuan ringgit.
Namun kini, sudah masa yang cukup sesuai untuk dia memperkenalkan susu formula kepada anak kembarnya itu.
“Saya dah berjaya jimatkan beribu ringgit dari beli susu formula..haha. Stock yang ada ni, boleh guna bila terlupa beli formula.
“Alhamdulillah tak ada masalah setakat ni. Kitorang banyak dah menyumbang kepada ekonomi S26 sebab dah beli sejak 10 tahun lalu masa Bella baby lagi.
“Saya mahu badan saya kembali, perjalanan yang indah untuk berada di jabatan F&B..hahaha.(dulu di jabatan Hiburan). But this mommy still tak sampai hati nak totally stop breastfeeding. I just can’t make up my mind,” ujarnya lagi.
Melalui perkongsian isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar ini lagi, anak kembar lelakinya, Eusoff mengambil langkah awal minum susu formula terlebih dahulu dan kini diikuti pula dengan Emelia.
Sumber: drhalina
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Inilah 8 Barangan Yang Wajib Ada Di Rumah Yang Mungkin Ramai Tak Tahu. Memang Membantu Sangat Buat Ibu-Ibu!

Isi Kandungan
ToggleInilah antara barangan yang wajib ada di rumah, memang membantu sangat buat ibu-ibu terutama dalam memastikan kediaman dalam keadaan yang bersih dan kemas.
Yang penting, tak perlu ke Jepun untuk mendapatkan barangan ini kerana ia boleh dibeli di cawangan Daiso berdekatan sahaja. Selain mudah cara penggunaannya, ibu-ibu dapat menjimatkan kos kerana barangan ini murah sahaja.
Jom semak sama-sama perkongsian oleh Amirah Anuar ini.
1. CAT REPELLANT
Cat repellent. (Penghalau kucing) INI BUKAN RACUN. Kucing berak merata-rata elok la beli ni untuk kesejahteraan bau -bauan.
2. PEMBEKU MINYAK MASAK
Sisa minyak masak dibekukan dan di buang dalam tong sampah. kalau tak ada masa nak kumpul minyak dan hantar ke alam flora, di sarankan beli ni untuk kesejahteraan longkang dan alam sekitar
3. PENGASING SAMPAH DI SINKI
Nak longkang kita bersih macam di Jepun? Kebersihan bermula dari rumah. Pengasing sampah di sinki untuk kesejahteraan longkang.
4. STONE ICE CUBE
Cara tradisional kita bekukan air dan menjadi ais. Yang ni reusable stone ice cube. Jangan bimbang, tidak memudaratkan.
5. KONJAC PUFF
Nak cuci muka ala-ala dekat spa boleh la guna konjac puff ni. Kalau tengok benda ni dalam plastik macam batu keras gila. Tapi dah rendam air jadi lembut. Boleh la facial dekat rumah.
6. MAGIC SPONGE
Tengok magic sponge ni macam tak ada apa. Tapi dia ni power sangat. Tak payah pakai sabun. Rendam air kemudian tonyoh je. Bukan sahaja untuk kasut, lantai, dinding yang meninggalkan kesan degil juga sangat berkesan. Watermark² pon berkesan.
7. SABUN MESIN BASUH
Mesin basuh siapa yang tak pernah cuci kotoran degil sebelah dalam tu elok la pakai ni. Ada beberapa jenis dekat daiso. Boleh tengok yang ni dan satu lagi tu.
8. AGEN PEMBERSIH PAIP
Nak bersihkan dalam paip tu boleh guna ni. Letak seketul je boleh keluar la lemak-lemak, keladak dalam paip tu.
“Allahuakbar Takkan Lupa Sampai Bila-Bila.” 14 Jam Menahan Sakit Tanpa Ambil Epidural, Betty Rahmad Selamat Bersalin Anak Lelaki.

Akhirnya penantian Betty Rahmad dan suami berakhir bila mana pelakon ini selamat melahirkan putera sulung mereka pada jam 6:29 petang semalam (19 Januari 2019).
Berita gembira itu dikongsikan oleh Betty menerusi catatannya di akaun Instagram.
Adik kepada aktres Erma Fatima dan Umie Aida ini sepakat dengan suaminya untuk meletakkan nama Ardy Wira untuk bayi comel mereka.
Ardy dilahirkan secara normal dengan berat 3.26 kg itu.
View this post on InstagramA post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
“Salam uncles & aunties! Alhamdulillah syukur saya selamat melahirkan our lil hero Ardy Wira pada 19.1.19 at 6:29pm (i was in labor from 4am to 6pm from 3cm dilated to 10cm without epidural) and his weight is 3.26kg.
“Allahuakbar takkan lupa sampai bila-bila haha! Anyways terima kasih semua selalu mendoakan kami. Syukur baby & mummy all good. Kami akan kongsikan gambar bila dah habis pantang ya!” tulis Betty dikapsyennya dengan tanda pagar #bettyanddamisjunior#ardywira #bettyanddamis
View this post on InstagramA post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Kelahiran Ardy bukan sahaja dinantikan oleh ibu bapanya, malah rakan-rakan terdekat turut teruja. Antara selebriti terawal yang melawat ibu dan anak ini adalah Nora Danish. Malah, dia turut memuat naik perkongsian mengenai berita tersebut di instagramnya.
Selain Nora, Bella Dally dan Nazim Othman juga antara terawal datang melawat Betty dan anaknya di hospital.
View this post on InstagramA post shared by Bella Dally (@belladally) on