Tiga Resipi Lengkap Perapan Korean BBQ Untuk Buat di Rumah. Antara Bulgogi Dan Cajun. Memang Sedap!

Share

Tentu jemu kan, jika asyik makan nasi dan lauk setiap hari. Tentu, bosan kan. Apa kata sekali sekali menjamu keluarga makan besar dengan hidangan ala makanan BBQ restoran terkenal. Hidang ini memerlukan ahli keluarga memangang. Apabila makan panas-panas tentu membuka selera anak-anak. Hidangan yang trending sekarang, menu bulgogi atau korean BBQ. Memang salah satu resepi yang sangat popular di Korea. Terdapat pelbagai cara nak buat bulgogi ni.

Biasanya resepi bulgogi ni diperbuat daripada daging. Jika ada yang nak buat ayam pun boleh. Kepada yang ingin mencuba resipi ini, cuba buat cara dikongsi oleh Zera Azmi

. Cara yang mudah dan simple supaya senang nak buat.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

“Kadang-kadang datang mood nak makan kambing grill seoul garden,tp belum gaji maka kena cari jalan la nk buat sendiri. Lawan pula dengan tomyam pes thai yang famous tu. Puas hati 1 keluarga makan.

“Ada lamb bulgogi,ayam bulgogi,ayam coffee dan ayam cajun. Sapa nak try boleh tengok resepi pada gambar ye.”

Ini resipinya.

Resepi Perapan Bulgogi

1kg daging / ayam (potong hiris2)
*6 ruas bawang putih
* 2 inci halia
*1/2 bawang besar
*1 biji buah lai (buang kulit)


6 sudu kicap cair
6 sudu minyak bijan
3 sudu kicap manis
6 sudu gula perang.

Cara penyediaan:
1. Campurkan bahan kasar bertanda*
2. Campurkan bahan2 dengan kicap
3. Rasa terdahulu. Sesuaikan jika ada hubungan apa2.
4. Campurkan bahan perapan dengan daging. Perap masalahnya 2 jem. Lagi lama lagi sedappp.
Nota: Kalau nak buat masakan pun boleh. Lepas perap just tumiskan atas pan,
kemuadian letak hirisan daun bawang dan bawang holland. Dan terakhir sekali bijan.

Resepi Ayam Cajun


200g fillet ayam
1 sb rempah cajun
1 sb paprika
1 sk rasa sedap megi
1 sb oregano
Perap sekurang2nya 2 jam.
Nota: Kalau x nak pedas boleh skip atau kurangkan paprika

Perapan Ayam Kopi/Nescafe

500g fillet ayam
*1/2 bawang besar
*3 ulas bawang putih
1 sb serbuk kopi/nescafe
2 sb kicap manis
2 sb kicap masin
2 sb sos tiram
2 sb sos pedas
1 sb gula perang

Cara penyediaan:
1. Blend kasar bahan bertanda
2. Kemudian,campurkan dengan bahan2 lain.
3. Rasakan dahulu ikut kesesuaian. Boleh tambah lagi serbuk kopi/nescafe jika suka.
4. Perapkan dengan ayam sekurang2nya 2 jam.

Memang sedap! Selamat mencuba.

Kredit: Zera Azmi