Tiga Petua Simpan Daun Pandan Kekal Segar Dan Tidak Kering. Boleh Tahan Sebulan Jika Ikut Cara Ni.

Share

Memasak memang mudah jika segala bahan-bahan masakan sudah ada di dalam peti ais dan masih segar. Bahan masakan seperti daun pandan adalah antara bahan utama dalam masakan. Boleh dikatakan dalam seminggu tu mesti ada menggunakan daun pandan sebagai masakan.

Jika beli pun, belum tentu daun pandan akan habis digunakan. Sayang pula asyik buang aje sebab kering.

Apa kata cuba petua ni, untuk daun pandan tahan lama dan kekal segar. Boleh tahan sebulan jika ikut cara ni. Tak perlu dah beli daun pandan.

Ikuti tiga perkongsian ini cara menyimpan daun pandan agar tahan lama.

Bekas 

Hai salam semua harini Kak Ida nak share@ berkongsi cara penyimpanan daun-daun seperti daun kari, daun salam, daun limau purut, daun kunyit dan daun pandan serta daun kesum. Kalau kita simpan dalam botol macam ni simpan dalam petiais biasa jangan petibeku. Boleh tahan sampai satu bulan. Janji dah ambil tutup balik ya. kadang2 kita malas asyik nak beli jer kan simpan 3 @ 4 hari dah kering kecut..tapi klau buat macam ni insyaallah tahan lama dan daun2 pun sentiasa segar..tak payah basuh dan tak payah letak air …boleh lah cuba ya..


Love from Kak Ida- Mida’s Touch SG

Plastik wrap

Potong daun pandan bahagi dua(senang nak simpan). Kemudian cuci bersih. Keringkan dan bungkus dalam plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku, Gambar dibawah ni aku simpan hampir sebulan. Ahamdulillah masih segar & bau wangi. Sesuai la untuk mereka yang tak dan nak tanam pokok pandan.biasa beli kat kedai 1 ikat tu banyak kan.bila letak kat luar @ simpan dalam peti ais bahagian biasa tu lama2 dia jadi kering pastu buang gitu je.dah jadi membazir kan. -Siti Madiha Marjuki

Plastik aiskrim


Kisar daun pandan dan ambik jusnya, simpan dalam plastik aiskrim, letakkan dalam tempat beku. Bila nak masak atau buat kuih, keluarkan awal awal. Boleh terus guna. Nanti jgn pula ada yang ingat ni aiskrim malaysia pulak. – Nor Hayati Bakar

Semoga bermanfaat!

Kredit: Nor Hayati Bakar, Siti Madiha Marjuki dan Mida’s Touch SG