Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet. Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.
Demi menuntut ilmu, tiga pelajar terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh secara tiba-tiba di Kampung Gusi, Isnin lalu ketika sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, kejadian dipercayai kira-kira jam 9 malam.
Siapa sangka, pelajar ini sanggup meredah kegelapan malam serta gigitan nyamuk semata-mata untuk menuntut ilmu. Untuk makluman, terdahulu kejadian ini telah tular di Facebook sehingga mendapat perhatian warganet.
JAMBATAN GANTUNG KELIHATAN USANG.
Ads
Memetik laporan ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.
“Mereka cuba mengakses internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaa,”ujarnya.
Beliau juga memaklumkan akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan terbabit.
Ads
“Kita berharap penduduk kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.
Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet. Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.
Ads
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut, berkata dia dimaklumkan kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, sekitar jam 9 malam.
“Penduduk kampung menyatakan semua pelajar itu berada di tengah-tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.
“Capaian internet di Kampung Gusi ini memang teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit,” katanya.
Peminat Teruja Pertama Kali Lihat Wajah Adik Beradik Fazura
Muat naik dua keping foto di Instagram miliknya telah menarik perhatian warganet. Malah ada yang mengaku belum pernah melihat adik beradik Fazura. Ada juga tidak menyangka rupanya Fazura merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarganya.
Tragis. Demikian yang boleh dikatakan apabila membaca kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandung sendiri.
Mangsa ketika itu sedang tidur bersendirian di rumah didiami keluarga itu di Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.45 petang semalam.
Suspek yang bekerja sebagai Anggota Rela turut berada di rumah berkenaann. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa cedera ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Pihak polis awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Sepasukan polis ke lokasi mendapati mangsa dipercayai ditetak bapanya menggunakan parang.
“Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.
“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” katanya mangsa merupakan anak tunggal.
Beliau berkata, suspek dipercayai peminum ketum tegar dan mempunyai satu rekod lampau bersabit kes Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing dapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (syabu). Suspek ditahan di tempat kejadian, parang dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui dalam rumah.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fauzi Nawawi rasa bersyukur berjaya tamat pengajian diploma, mahu jadi inspirasi kepada anak-anak. Ternyata kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.
Fauzi Nawawi Rasa Bersyukur Berjaya Tamat Pengajian Diploma
Memetik laporan mStar, Fauzi yang kini meniti usia 51 tahun itu meluah rasa syukur. Dalam masa sama juga, dia berasa sangat terharu kerana isterinya, Lisdawati sentiasa memberi semangat. Kejayaan itu juga secara tidak langsung dapat memberi contoh terbaik buat anak-anaknya atas kejayaan tersebut.
Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.
“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.
Ujar bapa kepada lapan cahaya mata itu, dia berharap keputusannya menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir pihak berkaitan selebriti tidak mementingkan akademik.
“Ramai artis berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal.
“Mungkin ramai anggap orang yang tidak berjaya dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya mahu perbetulkan tanggapan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran,” ujarnya.
Fauzi juga mengakui perjalanan untuk menghabiskan dua tahun pengajian bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ada cabaran yang perlu dihadapi.
“Biasalah bila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar itu memang ada. Itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian ini.
“Dalam masa sama saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja lain. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara,” jelasnya.
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai kosong. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.