Tiga Jenis Tanaman Ni Merimbun Gemuk-Gemuk Hanya Guna Tiga Bahan Je Tanpa Guna Tanah. Patutlah Ramai Share!

Share

Kini ramai yang suka bercucuk tanam di halaman rumah. Sejak PKPB ramai yang meluangkan masa menanam pokok yang sering digunakan dalam masalah. Antara pokok yang popular adalah daun kesum, daun pudina dan daun sup.

Biasanya kita tanam menggunakan tanah, tak perlu risau nak cari tanah, guna ajer cara wanita ini.

Menarik perkongsian oleh puan Ct Ropiah yang menunjukkan cara tanaman menggunakan hanya tiga bahan tanpa menggunakan tanah. Tapi hanya menggunakan sabut kelapa, span akuarium dan air baja AB sahaja.

Dalam pada itu, oleh kerana penggunaan air, beliau menasihati agar sentiasa membuat pantuan untuk mengelak jentik-jentik.

Mengenai penggunaan Air baja AB, beliau menasihati untuk mengelak pokok mati dan jadi layu, bancuhan kena betul. Jika banyak sangat bancuhan pokok akan panas dan mudah mati.

“Bancuhan kena betul puan. Bnyak sangat pokok panas akan mati. Siraman baja AB tak perlu setiap hari.”

“Pengunaan span span akuarium, kena rendam dulu bagi basah, barulah air akan mudah naik nanti. “

Nota sukatan bancuhan Air Baja AB: Baja AB ada dua, warna biru dan warna kuning. Caranya ambil satu botol mineral 1 liter masuk kan air tanpa klorin atau air hujan jangan sampai penuh penuh, kemudian masuk kan satu penutup air baja warna kuning ke dalam botol mineral 1 liter. Kemudian  ambil pula air baja warna biru satu penutup masuk ke dalam botol mineral 1 liter dah siap. Seterusnya goncang jadi sebati. Jadilah baja AB. Baru boleh guna.

Daun pudina

Bakul  kedai eco.

Cuma cucuk sahaja batang daun pudina.. Dlm takungan ada air bancuhan baja ab sahaja…. X perlu sabut kelapa dan span ( daun pudina).

Daun kesum

Cuma cucuk sahaja batang daun kesum.. Dlm takungan ada air bancuhan baja ab sahaja…. X perlu sabut kelapa dan span ( daun kesum).

Ini hasilnya, gemuk-gemuk merimbun.

Daun sup

Dlm. Bekas merah masukkan sabut kelapa dan masukkan tiga atau empat anak pokok daun sup…. Buat lubang utk Span akuarium ( be center) span akan mencecah air didlm bekas hitam..

Dah tahu petua kan. Mudah sahaja. Ayuh cuba buat cara ini. Selamat mencuba!

Sumber: Ct Ropiah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

***********************

JOM SERTAI KAMI!

Apa kata alang-alang anak kita tiada aktiviti sepanjang PKP ini, jom kita pakat anak beranak untuk sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020.

Manalah tahu rezeki anak anda, dapatlah seisi keluarga bercuti di lokasi yang ditawarkan.

Apa perlu buat?

Mudah je, Sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520

*Cara dan syarat boleh lihat di poster