Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, begitulah bila kita sebagai orang luar melihat penderitaan yang ditanggung oleh pasangan suami isteri ini.
Anak yang dilahirkan perlu penjagaan rapi, bukan seorang bahkan tiga daripada empat orang anaknya disahkan orang kurang upaya (OKU) terlantar dan austisme.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sungguh ujian ini bukan mudah dan cukup berat untuk ditanggung.
Difahamkan dua anak mereka Muhd Aiman Shahril Mohd Fadzli, 18, dan Muhd Aiman Raymi, 16, kini terlantar, manakala anak ketiga Nur Alia Iwanina, 10, pula autisme.
Mohd Fadzli Shafie, 40, berkata, ketiga-tiga anak mereka terutama dua anak yang terlantar memerlukan penjagaan rapi dia dan isterinya, Azuanina Abd Rashid, 38.
“Setiap hari saya perlu menguruskan mereka untuk mandi, tukar lampin dan makan. Jadi sehari saya hanya mampu bekerja di ladang kelapa sawit selama empat jam sahaja kerana perlu balik dan membantu isteri.
“Dengan kudrat isteri memang tidak mampu untuk mengangkat keduanya malah perlu menguruskan rumah dan seorang lagi anak kecil berusia dua tahun,” katanya sebagaimana memetik berita yang dilaporkan Berita Harian.
Terdahulu, mereka menerima kunjungan Persatuan Cakna Kasih dan Pengurus Projek Sektor Kemiskinan Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction), Muhammad Azri Abdul Jalil di Taman Agropolitan Rantau Manis.
Menurut Mohd Fadzli, setiap bulan dia perlu menghabiskan hampir RM200 untuk membeli lampin pakai buang untuk Muhd Aiman Shahril dan Muhd Aiman Raymi yang kini hanya terlantar.
“Anak pertama disahkan mengalami penyakit saraf sejak berusia 10 tahun, manakala anak kedua ketika berusia 8 tahun.
“Untuk ketiga-tiga anak ini kami mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1,000 sebulan dan sedikit sebanyak dapat menampung pembelian lampin pakai buang dan keperluan anak-anak,” katanya.
Mohd Fadzli berkata, selain tiga anak, anak keempat, Nur Alia Farisya dua tahun juga masih tidak boleh berjalan dengan baik dan tidak mengikut perkembangan bayi seusianya.
“Walaupun dengan pendapatan RM600 sebulan, saya yakin rezeki Allah SWT sangat luas dan mampu menyara kehidupan kami sekeluarga,” katanya.
Sumber : Berita Harian Online
ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!
Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club