Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, begitulah bila kita sebagai orang luar melihat penderitaan yang ditanggung oleh pasangan suami isteri ini.
Anak yang dilahirkan perlu penjagaan rapi, bukan seorang bahkan tiga daripada empat orang anaknya disahkan orang kurang upaya (OKU) terlantar dan austisme.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sungguh ujian ini bukan mudah dan cukup berat untuk ditanggung.
Difahamkan dua anak mereka Muhd Aiman Shahril Mohd Fadzli, 18, dan Muhd Aiman Raymi, 16, kini terlantar, manakala anak ketiga Nur Alia Iwanina, 10, pula autisme.
Mohd Fadzli Shafie, 40, berkata, ketiga-tiga anak mereka terutama dua anak yang terlantar memerlukan penjagaan rapi dia dan isterinya, Azuanina Abd Rashid, 38.
Ads
“Setiap hari saya perlu menguruskan mereka untuk mandi, tukar lampin dan makan. Jadi sehari saya hanya mampu bekerja di ladang kelapa sawit selama empat jam sahaja kerana perlu balik dan membantu isteri.
“Dengan kudrat isteri memang tidak mampu untuk mengangkat keduanya malah perlu menguruskan rumah dan seorang lagi anak kecil berusia dua tahun,” katanya sebagaimana memetik berita yang dilaporkan Berita Harian.
Terdahulu, mereka menerima kunjungan Persatuan Cakna Kasih dan Pengurus Projek Sektor Kemiskinan Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction), Muhammad Azri Abdul Jalil di Taman Agropolitan Rantau Manis.
Menurut Mohd Fadzli, setiap bulan dia perlu menghabiskan hampir RM200 untuk membeli lampin pakai buang untuk Muhd Aiman Shahril dan Muhd Aiman Raymi yang kini hanya terlantar.
“Anak pertama disahkan mengalami penyakit saraf sejak berusia 10 tahun, manakala anak kedua ketika berusia 8 tahun.
Ads
“Untuk ketiga-tiga anak ini kami mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1,000 sebulan dan sedikit sebanyak dapat menampung pembelian lampin pakai buang dan keperluan anak-anak,” katanya.
Mohd Fadzli berkata, selain tiga anak, anak keempat, Nur Alia Farisya dua tahun juga masih tidak boleh berjalan dengan baik dan tidak mengikut perkembangan bayi seusianya.
“Walaupun dengan pendapatan RM600 sebulan, saya yakin rezeki Allah SWT sangat luas dan mampu menyara kehidupan kami sekeluarga,” katanya.
Kini ramai yang suka membeli emas. Ada yang sudah membeli emas sekian lama kemudian ingin menjualnya atau kata lain trade in emas lama kepada baru. Biarpun cara ini nampak menguntungkan, namun jika salah cara pembeliannya dikatakan riba.
Tahukah anda, hukumnya haram ada unsur syubhah (riba) apabila tambah duit trade in beli emas baru. Dinasihatkan jika nak beli emas baru kena jual dulu, pegang duit emas yang dijual tadi dan baru boleh beli emas baru.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini sehingga mendapat share sehingga 59K. Moga kita muhasabah diri untuk ilmu jual beli emas ini.
Sedikit ilmu tentang emas.
Sebenarnya ramai lagi yang masih cetek tentang hukum hakam dalam jual beli emas.
Tau tak apa hukum Trade in Emas dengan Emas??
Perasan tak bila kita nak trade in kat kedai, kita akan bagi emas kita,staff timbang dan bagi harga sekian sekian.
Then staff minta kita pilih emas baru yang kita nak. Then kena tambah duit.
Tahu tak, lebihan duit yang kita tambah tu adalah riba?
Ya RIBA kawan-kawan. Cara trade in yang tidak mengikut syariat adalah haram di sisi Islam ye. Macam mana cara trade in yang sah di sisi Islam?
INI CARANYA
Caranya: Kita kena jual dulu barang kemas kita, then lepas dapat duit, lepas akad bagai, baru kita beli baru. Transaksi tersebut mestilah taqabud fil hal yakni berlaku dalam satu masa.
SYARATNYA MESTI KITA PEGANG DULU DUIT HASIL KITA JUAL/TOLAK BARANG KEMAS TERSEBUT.
Melainkan kalau berat dan nilai harga emas dengan emas tadi adalah sama.
Tanpa perlu berlaku penambahan duit dan sebagainya. Maka hukumnya adalah sah.
Tapi mana mungkin kan?? harga emas pun berbeza hari ke hari. So cara paling selamat nak elakkan riba adalah dengan menjual terlebih dahulu, pegang duit dan kemudian beli emas yang baru.
Dalam seronok kita menjual dan membeli emas, ada syariat yang perlu dijaga.
Kena berhati hati dalam jual beli emas. Agar syariat terjaga, simpanan terpelihara
Sama situasi kita trade in emas online pn kena transfer byr dulu Kemudian bru deal balik utk beli emas lain
Lagi Jawapan Bagi ‘Trade in’ Emas Lama Dengan Emas Baru.
Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in’ emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil’ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu’asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu’ al-Sya’iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :
i) Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu’, no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii) Mesti ‘Taqabud fil hal aw fil majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa) – kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.
Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan ‘trade in’ dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?
Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : “Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi”
JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN ‘TRADE IN’. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.
Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.
Dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa” (HR. Muslim no. 1584).
Dalam hadits di atas, kita bisa memahami dua hal:
1. Jika barang sejenis ditukar, semisal emas dengan emas atau gandum dengan gandum, maka ada dua syarat yang mesti dipenuhi yaitu: tunai dan semisal dalam takaran atau timbangan.
2. Jika barang masih satu ‘illah atau satu kelompok ditukar, maka satu syarat yang harus dipenuhi yaitu: tunai, walau dalam takaran atau timbangan salah satunya berlebih.
Pemergian insan tersayang secara mengejut memang meninggalkan impak yang cukup besar pada diri. lebih-lebih lagi jika ia melibatkan orang yang terdekat dan amat disayangi.
Namun siap kita mampu menolak ketentuanNya. Jagalah bagaimana sekali pun, jika sudah tertulis di Luth Mahfuz, maka kita tak mampu untuk menidakkan apa yang berlaku. Cekal, kuatkan hati dan iman. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Bagi ibu bernama Nursafiah Edy , tiada kata yang mampu diungkapkan. Pemergian anak tersayang dalam sekelip mata cukup memilukan hati.
Anak kecilnya meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam satu insiden tersepit di katil.
Bismillahirrahmanirahim
Sebenarnya mama tak kuat nak ceritakan….tapi mama nak share dengan kawan-kawan..dalam kebaikan ada keburukan…
Banyak yang tanya macam mana kejadian berlaku..ada yang kata-kata belakang, konon mama cuai…tapi ibu mana yang nak anak dia jadi macam ni.
Sini contoh yang Pia boleh gambarkan…beginilah kedudukan arwah waktu itu masa Pia nak ambil menyusukan dia…muka dia sepenuh hadap tilam tu…waktu kami tinggalkan dia untuk makan dia sedang tidur…dan arwah baru pandai pusingkan badan…
Dia tak jatuh ye….dia terselit….banyak salah faham kata dia jatuh…tak… doktor pun sahkan dia tak ada pendarahan apa-apa..cuma otak dia bengkak kerana kekurangan oksigen..
Pia share supaya kita berhati-hati Jenis katil baby macam nie… Pia tak salahkan katil ni….cuma mungkin uolss boleh berjaga-jaga kalau ada yang guna katil jenis nie… Sebab kain jaring dia boleh lentur ikut badan….kalau ada ruang..jangan biarkan ruang tu ada sikit pun….
Kalau orang tanya baju siapa yang dia pegang waktu tidur …
Ni insan kehilangan nak bercerita ..
Baju belang-belang tu adalah baju wildan syurga ku…baju yang dipakai saat aku seperti orang gila dalam kereta menjerit meminta semua kereta memberi laluan padaku untuk aku bantu permata hati aku ni dengan penuh harapan…!!di saat permata hati ni sudah kaku dan biru…tapi aku tak pernah mengalah untuk bantu dia…
Bantal bersarungkan mickeymouse tu adalah bantal dia setiap kali dia tidur..itulah bantal peneman tidur dia..bantal yang membuat dia tidur nyenyak smpai bau bantal tu sebau dia sikit pun tak lari…bau tu..dan disaat akhir pun bantal ni diletak disisinya…
Kain batik ni…kain yang setiap kali aku guna untuk lapik permata hatiku selepas mandikan dia..kat kain ni juga ada bau dia tau…
Huzairy suka sangat tidur berselimutkan kain batik tu…
Banyak lagi mama nak citer pasal awak sayang.
Semalam 40 hari adik..mama buat bacaan yassin adik…dah 40 hari mama memendam rindu rupanya sayang…kita berjauhan disini…tapi mama akan pastikan dan usaha untuk kita jumpa disana….In sya Allah…
Adik nak tahu?ada orang cakap mama gila…kena berubat!! sebab selalu g ziarah kubur adik…orang yang cakap tu gila kan…sebab gila takut dengan kematian….ikut hati mama,mama nk lempang je org yang cakap tu…
Huzairy anak mama…Ibu mana tak rasa kesunyian kehilangan anak sayang..bukan tak redha tapi orang yang kehilangan sahaja akan rasa dan memahami mama….huzairy bukan pergi waktu lahir…huzairy mama dah jaga..dah susukan..dah mandikan..gurau-gurau dan tentu2 tak sakit..mana mama tak terasa semua tu sayang…tapi mama masih waras..mama akan sedaya upaya untuk teruskan kehidupan ni walaupun jiwa ini rasa kosong separuh..sebab mama percaya janji Allah tu pasti….adik sedang berbahagia ditaman syurga…
Semoga Anak mama bahagia ditaman syurga…
Maafkan mama sayang….
Al-fatihah
Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling berharga. Malah ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya”. Oleh itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.
Begitulah yang dikongsi oleh puan ini cara mendidik anaknya telah menarik perhatian warganet.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Untuk post saya yang sebelum ni ramai yang minta tips bagai mana saya mendidik anak-anak saya utk dengar cakap saya, rajin menolong saya. Saya mcm sahabat² semua juga. Saya didik anak-anak saya dari kecil lagi.
Dari anak² berumur 5 tahun saya dah mula ajar dia buat kerja kerja yg mudah mudah.. Contoh lepas main kemas mainan. Lepas makan bawa ke singki tak basuh tak apa.. Janji letak dalam singki. Seiring dengan usia dia makin meningkat saya ajar kerja² rumah yang mudah².
AMALKAN SURAH
Dalam pada itu saya banyak berdoa utk anak². Nak lembutkan hati anak2 bacalah selalu surah an-Naml ayat 30-31. semoga dgn berkat usaha ibu bapa & dgn izin Allah,anak2 akan mudah mndgr kata,lembut hati,penuh keinsafan,rajin solat & mnjadi anak yg soleh.
Semasa memasak saya akan baca surah al kausar ketika membuka api dapur. Dah siap masak nak tutup api saya akan baca lagi sekali surah al kausar. Ustaz kata dgn kita amalkan membaca surah ini ketika hendak memasak . Ini akan membuatkan satu ikatan kasih sayang yg kuat antara anak²..suami dgn kita. Semasa memasak saya juga amalkan ayat 200 surah al imran..kata ustazah itu ayat pengasih .
MALAM JUMAAT Pada malam jumaat saya akan baca surah yassin. Berzikir dan surah² pendek dan saya tiup pada air mineral. Air tu saya campur dalam botol² air kosong yg saya simpan dalam peti sejuk. Bila masak nasi saya akan campur kan dgn air tu. Buat teh ke kopi ke saya akan campurkan juga .
AMALAN SEBELUM TIDUR Dan 1 lagi amalan saya anak² tidur saya akan pergi ke anak saya..saya akan duduk disebelah anak. Saya akan sebut apa saja keinginan saya pd anak. Contoh kalau saya akan sebut Syakir semoga jadi anak yg soleh..lembut hati bila mama tegur dan beri nasihat.. Mama ingin syakir menerima nasihat mama dgn hati yang tenang. Semoga syakir berjaya didunia dan juga diakhirat kelak. Saya akan cium ubun² dan usap rambut dia.
DIDIK ANAK JANGAN PENDAM
Selain itu saya ajar anak² jangan pendam apa² jika tak puas hati.. bagi tahu je la saya.. dan saya juga lebih suka anak² boleh berkongsi masalah dgn saya. Saya tunaikan permintaan sahabat² yg msg saya minta tips..dalam komen juga ada yg minta saya buat post baru bagi tips semua tu..saya bukan la bijak pandai dalam mendidik anak² .. saya juga seperti sahabat² yang lain juga. Ada salah silap dan kelemahan juga .. Yang baik itu datang dr Allah swt. Yang buruk itu datang dari diri saya yg dhaif ini… Terima kasih semua yg sudi membaca coretan saya.
Sungguh inspirasi! Moga kita istiqomah dalam mendidik anak-anak.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.