Tahukah anda bahawa kini musang king bukan lagi menjadi ‘raja’ durian apabila menjadi buah kedua selepas harga buah durian duri hitam melonjak naik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Laporan daripada Kosmo online, mendapati harga purata durian duri hitam naik kepada RM86 pada Jun tahun ini berbanding RM68 pada Jun tahun lalu, dengan harga ini tiga biji durian duri hitam yang berat sebiji dua kilogram mencecah lebih RM500.
Isi durian ini juga dikatakan sempurna membuatkan buah berkenaan nampak cantik dan menjadi pilihan orang ramai.
Musing king tempat kedua
Manakala durian musang king berada di tempat kedua merekodkan harga purata RM61.65 sekilogram pada Jun tahun ini berbanding RM46 pada Jun tahun lalu.
Manakala durian udang merah berada di tempat ketiga dengan harga purata RM40.50 sekilogram diikuti durian IOI (RM33.95), durian D24 (RM32.80) dan durian kampung dengan harga purata RM17.60 sekilogram.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mohamad Mustahapa Awang antara faktor durian duri hitam tinggi adalah kerana tidak banyak pengeluaran yang menghasilkan durian duri hitam. Durian ini yang dikatakan hanya ada di Kulim Bandar Baharu, Kedah telah mendapat perhatian ramai yang ingin merasa keenakan isi dan rasa manis durian ini.
Bagaimana pun, beliau berkata lagi, harga durian juga bergantung kepada pengeluaran di satu-satu kawasan yang menyaksikan harga akan turun sekiranya berada di puncak pengeluaran.
Sumber: Kosmo
“Tahun Lepas Datang Pening, Mabuk & Muntah. Kali Ni Bawa Yusoff Dalam Keadaan Sihat. DS Nur Shahida Kongsi Pengalaman Umrah Ketika Mengandungkan Anaknya.
Bukans emua orang bertuah untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Pengalaman yang cukup manis untuk dikenang. Bagi Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, pemergiannya kali ini untuk menunaikan umrah lebih manis dan bermakna kerana ditemani si kecil Yusoff Al-Qardawi.
Dalam perkongsiannya menerusi laman instagram, isteri kesayangan Dato Seri Aliff Syukri ini memberitahu, sebelum ini dia pernah menunaikan umrah ketika Yusoff masih dalam kandungan.
Menurut Datin Seri Nur Shahida lagi, ketika hamil, dia sudah mendaftar untuk menunaikan umrah. Namun hatinya berbelah bahagi sama ada mahu pergi atau tidak.
“Waktu mama baru pregnant yusoff tahun lepas 2017….kebetulan dah daftar umrah….berbelah bahagi antara nak pergi atau tidak….sbb nak tunggu @yusoffalqardawi lama baru dapat lepas last bersalinkan abg @baem_adham 6 tahun lepas,”tulisnya di kapsyen.
Namun, dek kerana tidak mahu melepaskan peluang tersebut, Datin Seri Shahida percaya jika sudah rezeki maka Allah pasti akan bagi.
“Tapi kan mama fikir kalau tuhan nak bagi rezeki Insya Allah ada…kadang kalau kita terlalu risau dan terlalu berjaga2 kalau dan Allah kata bukan rezeki kita x dapat juga…
.
“So pergilah mama ke sini dgn pening mabuk,muntah dan mcm2 simpton mama bawa ke mekah dan madinah ni…Sekarang mama datang lagi bawa yusoff pula kan…..dalam keadaan sihat ceria,”ujar Datin Seri Shahida lagi.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Biarpun pemergian dua beranak ini tidak ditemani oleh Dato’ Seri AliffSyukri, namun mereka selesa dan tiada sebarang masalah di sana.
Ini dilihat menerusi beberapa video dan juga gambar yang dikongsikan oleh Datin Seri Shahida di instagramnya.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Malah, Dtain Seri Shahida turut mengakui anaknya itu cukup baik dan tidak banyak ragam sepanjang mereka di sana.
Sumber: IG shahidadherbs
“Nak Dapat Kamu Punyalah Lama, 10 Tahun Mencuba. Tapi Kini Mommy Sudah Tiada.” Luahan Pilu Bapa Sempena Hari Kelahiran Anak.
Isi Kandungan
ToggleBukan mudah menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Di saat-saat diri memerlukan, dia dijemput Ilahi.
Ditinggalkan buat selamanya, musnah segala impian. Yang tinggal hanya secebis kenangan yang takkan mungkin dapat berulang kembali.
Melihat wajah kecil yang masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu, bertambah rasa hiba dalam diri seorang bapa. Namun Allah itu sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik buat umatNya.
Secebis bingkisan lelaki ini sempena ulang tahun kelahiran anaknya nyata cukup memilukan hati tatkala membacanya.
Ikuti luahan hati Khairul Abdullah bapa kepada 3 cahaya mata yang berjiwa cekal, serta cukup tabah mengharungi hari-hari mendatang.
Apatah lagi, terpaksa membesarkan anak sendirian tanpa ditemani isteri yang meninggal dunia Ogos tahun lalu bukan lah satu tugas yang mudah. Bukan calang-calang orang mampu melakukannya.
Duhai anak.
Dulu nak dapat kamu punyalah lama kami tunggu. Dekat 10 tahun mommy dan daddy mencuba. Kami dah pasrah yang kami akan berdua sahaja sampai ke tua.
Tapi Allah ada perancangan lain.
Tak semena-mena kamu keluar menjengah dunia.
Memberi kegembiraan yang bukan kepalang buat kami. Mommy yang paling happy. Impiannya untuk bergelar ibu tercapai. Daddy cool sahaja namun mommy tak tau daddy bukan main menangis kegembiraan ketika kamu lahir.
Mommy telah rancang perjalanan hidup kamu. Dia nak kamu buat itu ini, dia nak kamu jadi begitu begini. Dia sangat bahagia dan hidupnya ketika itu hanyalah untuk kamu.
Ketahuilah yang kamu dilahirkan bukan di bumi ini. Ketika cuaca di luar sejuk membeku, ketika langit lesu dan 12 jam mommy menahan kesakitan untuk melahirkan kamu di bumi yang asing sekali.
Walaupun jauh dari rakan dan saudara, kami sangat bahagia.
Kami berikan segalanya yang terbaik buat kamu. Tempat tinggal paling baik, makan minum paling bagus dan pakaian yang paling selesa. Hari-hari kami penuh bahagia dihiasi suara kecil tangis dan gelak kamu.
Cepatnya kamu membesar.
Dan secepat itu juga mommy pergi meninggalkan kamu.
Tidak ada rasa paling sedih dan gundah di dalam hati daddy mengenangkan kamu dan adik-adik yang ditinggalkan dalam usia sebegini. Masih terlalu kecil untuk kehilangan seorang ibu.
Daddy tahu kamu menahan sepi. Daddy tahu kamu menahan rindu. Tiada apa yang dapat daddy lakukan untuk menghilangkan rindu kamu pada arwah mommy.
Hanya masa yang berlalu pergi akan membawa bersama rasa rindu dan sepi itu. Daddy yakin kamu sudah mula menyedarinya kini. Yang dah pergi tidak akan kembali.
Tidak mengapa, daddy sentiasa ada di sisi selagi tidak dijemput Ilahi. Ketahuilah oleh kamu yang daddy tidak akan sama sekali meninggalkan kamu. Daddy akan sentiasa ada mengekori langkah dan meneman kamu.
Membesarlah duhai anak dengan menjadi seorang yang sentiasa memberi kebaikan kepada manusia di sekeliling kamu. Membesarlah menjadi seorang anak yang penuh dengan sifat kasih dan sayang.
Dan membesarlah menjadi seorang anak yang sentiasa mendoakan kedua-dua orang tuamu ini.
Hari ini usia kamu genap 5 tahun. Sesungguhnya daddy sangat berbangga dengan kamu.
Happy Birthday Khaleef.
KHAIRUL ABDULLAH
Ayahmu.
Patutlah Umur Sebelum 40 Tahun, Macam-macam Kita Diuji. Ni Pencerahan Dari Imam Muda Hassan!
Perjalanan hidup kita semua pastinya berbeza-beza ceritanya. Pun begitu, bila usia mencecah 30 hingga 39 tahun dikatakan adalah garis masa yang cukup mencabar. Bahkan ketika usia tersebut menjadi waktu kemuncak ujian dalam kehidupan seseorang.
Memberi penjelasan tentang ini, jom kita hadam perkongsian daripada Imam Muda Hassan ini.
Usia 30 Tahun Hingga Usia 39 Tahun Adalah Waktu Kemuncak Ujian Hidup
Waktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk study, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri.
Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan family.
Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:
– Kereta mula meragam
– Rumah mula nak bocor sana sini
– Yuran sekolah anak makin naik
– Mula banyak orang benci kita
– Hubungan dengan mertua
– Isteri mula merungut tak cukup makan
– Suami stress gaji kena potong
– Rumahtangga mula goyang
– Badan mula sakit sana sakit sini
– Badan dah tak fit
– Bawa kereta cepat mengantuk
– Hutang keliling pinggang
– Ah Long mula kejar
– Hubungan adik-beradik mula renggang
Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita.
Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya?
Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.
Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul.
Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”
Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik.
Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga.
Bertenanglah wahai jiwa yang diuji!
Sumber : Hassan Adli
Jiwa Tenang