Tiga Bahan Ni Bantu Perangkap Lipas Dalam Kereta. Cukup Mudah, Begini Caranya!

Share

Melihat kelibatnya di dalam kereta pasti menimbulkan rasa kurang senang. Semuanya gara-gara kotoran daripada sisa makanan, serdak biskut atau kek yang dimakan oleh anak anda di dalam kereta.
Keadaan sebegini memang tidak dapat dielakkan dan sudah tentu ia menarik perhatian makhluk yang tidak diundang iaitu lipas. Kalau sudah melihat kehadiran dalam kereta kena pantas mencari cara untuk menghapuskannya kerana binatang ini cukup cepat membiak. Sedari tak sedar dari seekor mungkin sudah ada satu koloni di dalam kereta anda.

Kalau cara semburan masih tidak berkesan untuk membasmi lipas, Jom cuba petua daripada seorang pengguna Facebook Cik Zati ini. Mana tahu boleh membantu mengatasi masalah anda.
Bahan-bahan

Bekas kosong

Minyak masak terpakai

Marjerin.

Susu pekat

Caranya:

1. Campurkan semua bahan ke dalam bekas kosong.

2. Letakkan di bahagian tempat letak kaki atau mana-mana ruang dalam kereta.

3. Tinggalkan semalaman dan lihatlah hasilnya keesokan harinya.

4. Susu dan marjerin akan menarik lipas datang sekali gus terperangkap dalam minyak.
Selamat mencuba!