
Kepada yang mempunyai masalah lenguh-lenguh badan atau badan rasa berangin atau nak perut kempis, boleh cuba petua ni untuk kesihatan ahli keluarga.
Menarik perkongsian ini.
Petua Nak Hilangkan Lenguh lenguh Badan, Buang Angin & Kempiskan Perut seperti yang dikongsi oleh Saudari Azurah Ahmad
1) Air rebusan daun pandan. Berapa helai daun pandan nk guna??, lagi banyak, lagi pekat airnya
2) halia (2 inci diketuk)
3) gula batu (1 ketul).
CARA BUAT
Rebus air dari 2 gelas jadikan 1 gelas. Minum suam2 sedap. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.
Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut ( perut lepas bersalin dan nak hilangkan perut gendut).
Ikutkan elok buat 2 kali sehari tapi tak sempat. So, buat malam je, 2 jam sebelum tido. Errmm hasil dia, bedebus2 angin sesat keluar dari badan. Barang pun senang nak carik. Masih boleh telan. Cuba lah.
Sumber: Nurul Aryani Akhbar
Guna 5 Bahan Ini Rawat Bibir Hitam Supaya Kembali Merah Bak Delima. Cukup Simple, Jom Try Ibu-Ibu!

Bibir merah bak delima itu yang menjadi idaman setiap wanita. Nak bibir sihat dan merah merona, kena lebih perhatian memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Lebih-lebih lagi jika anda jenis bermasalah kulit mengelupas. Elakkan mengopek kulit bibir jika tidak mahu terkoyak atau terluka.
Ini cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif. Hanya gunakan bahan-bahan semula jadi sahaja:
Serum Lemon Madu
Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioles merata di bibir.
Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami..
Topeng Buah Beet
Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir.
Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.
Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering.
Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
- Skrub ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan (jika dibuka bekasnya) dan jika tidak dibuka ia boleh digunakan dalam tempoh lapan bulan hingga setahun.
- Fungsi madu adalah untuk memerahkan kembali bibir manakala prun pula berfungsi untuk merawat bibir pecah.
- Selain prun, ia boleh digantikan dengan delima. Delima berfungsi untuk memerahkan kembali bibir.
Cantik Dengan Sebiji Tomato, Ada 4 Cara. Wanita Ni Dah Amalkan!

Petua kecantikan memang banyak, tapi kalau sekadar tahu melalui pembacaan tanpa diamalkan memang rugi rasanya.
Lihat sahaja wanita ini yang konsisten menjaga kecantikan wajahnya dengan tomato. Ternyata usahanya tidak mengecewakan.
Menurutnya lagi, dengan sebiji tomato pelbagai lagi boleh dimanfaatkan untuk. tubuh badan kita.
Nak tahu lanjut, jom lihat perkongsiannya di bawah ni.
WANITA NI DAH AMALKAN DAN INI HASILNYA. KULIT WAJAH HALUS & BERSERI WALAU TANPA MAKEUP.
Ok. Kali ni kak wanie nak share beberapa cara yang kak wanie dah buat untuk tunjukkan pada korang betapa mudahnya untuk kita dapatkan khasiat dari sebiji buah tomato
Turunkan berat badan
CARA BUAT :
1. Bersihkan sebiji buah tomato.
2. Kemudian blend atau kisar dengan sedikit air.
3. Minum setiap hari 15 minit sebelum sarapan pagi.
Tip : Jangan lupa minum air putih yang mencukupi dan amalkan pemakanan yang sihat
Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
Caranya :
1. Lepas minum jus tomato tadi. Ambikal sikit lebihannya dan sapu sekeliling mata.
2. Biarkan sekitar 30 minit dan bilas.
Tip : Amalkan selalu InsyaAllah hasilnya mata kita bebas dari lingkaran gelap.
Merawat Jerawat dan Jeragat
Caranya:
1. Bersihkan sebiji tomato.
2. Lenyek atau hancurkan sehingga lumat.
3. Kemudian sapu pada tempat jerawat atau jeragat secara rata.
4. Biarkan selama 30 minit atau sejam. Kemudian bilas dengan air bersih
Tip : Kalau korang malas nak lenyek.. guna hirisan tomato yang nipis pun boleh.
Merawat Kelumumur, Rambut Kering dan Bercabang serta Menghilangkan Masalah Bau Rambut
Caranya :
1. Sapu tomato yang dilenyek tadi pada kulit kepala.
2. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air yang bersih.
Tip : Lakukan 3 kali seminggu. Korang kalau amalkan ni rambut pun sihat dan bersinar tau
Menyejuk Kulit Yang Rosak atau Keradangan
Caranya:
1. Kisar sebiji tomato yang bersih dan campurkan dengan 2 sudu yogurt.
2. Sapu bahan campuran tersebut pada kulit wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
sumber : Salwani Saul Hamid
Awas, 5 Punca Kulit Wajah Bermasalah. Salah Satunya Berkongsi Berus Solekan.

Impian memiliki kulit wajah yang sihat dan berseri-seri seperti zaman anak dara bagaikan tinggal kenangan. Apabila kulit wajah mudah dihambat masalah, sering kali kita tertanya apakah punca sebenarnya.
Ketahuilah bahawa penjagaan kulit wajah dalam rutin harian persiapan diri sahaja tidak mencukupi, kami kongsi lima punca penyebab kepada masalah kulit wajah ini.
- TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT WAJAH
Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin.
BERKONGSI BERUS SOLEKAN
Penggunaan berus solekan yang kotor dan berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Ia juga mengakibatkan kuman daripada alat solek mudah tersebar kepada bahagian lain pada muka. Cuba gunakan jari atau berus berasingan untuk setiap alat kosmetik dan jangan lupa cuci setiap minggu. Jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.
- PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN
Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.
- PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN
Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.
- TIDUR TANPA MENCUCI SOLEKAN
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
TRIVIA
Rahsia kecantikan kulit wajah selebriti:
ANZALNA NASIR
- Menyapu putih telur pada wajah dan sering berselawat setiap kali membasuh muka.
ROZITA CHE WAN
- Amalan semenjak remaja, mencuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk pada waktu pagi bagi mengecilkan pori wajah.
- Pengambilan air dan tidur secukupnya serta pemakaian krim pelindung tabir suria.
KATE MIDDLETON
- Mendapatkan rawatan wajah “Bee Venom Facial” untuk tampil muda dan berseri.
- SITI NURHALIZA
- Pengambilan Vitamin C, E, antioksida dan B Complex serta berselawat setiap kali mencuci muka.
SCARLETT JOHANSSON
- Memilih ‘toner’ ataupun penyegar wajah yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu campuran air dan pati lemon untuk mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.