KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA
Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.
Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.
Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.
Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.
Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan masa yg sesuai antara tiga puluh minit sebelum zohor. Ambil masa 10-15 minit saja. Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa.
sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mengetahui ada kesan tidak baik pada tubuh akibat tidur selepas sahur ada baiknya ibu-ibu praktis 4 tip ini untuk elakkan diri daripada tertidur selepas sahur khususnya pada hujung minggu. Jom semak.
Walaupun hari cuti, apabila terdengar laungan azan Subuh, sebaiknya ibu terus mandi bersihkan diri dan berwuduk untuk menunaikan solat. Kemudian usai dengan membaca al-quran agar pengisian waktu pagi lebih bermakna.
2. Jauhi dari tempat tidur
Lazimnya bila kita nampak katil, selimut dan bantal di pagi-pagi hari, mesti dengan sendirinya mood mengantuk datang.
3. Bersenam
Walaupun berpuasa, tidak salah kiranya kita melakukan senaman ringkas bagi memastikan tubuh kekal aktif dan sihat sepanjang hari.
4. Lakukan aktiviti kegemaran
Mungkin mengemas rumah adalah menjadi aktiviti kegemaran anda setiap kali hari cuti. Jadi ambil peluang ini untuk lakukan di awal pagi memandangkan masih bertenaga dan segar. Bila rumah kemas di awal pagi, jadi anda ada banyak masa untuk berehat pada waktu siangnya.