Bangun awal pagi untuk bersahur memanglah tidak dinafikan mata terasa mengantuk. Kemudian setelah bersahur bila perut berisi makanan, tahap hendak menyambung tidur memang semakin terasa.
Apatah lagi Ramadan kali ini ramai antara kita berkerja dari rumah. Jadi tidak perlu bergegas ke tempat kerja. Lantas ada yang mengambil peluang untuk sambung tidur selepas sahur!
Pun begitu,tahukah anda amalan tersebut sangat tidak sihat dan menyebabkan tubuh badan menanggung bahayanya dikemudian hari. Ini sebagaimana perkongsian fakta daripada Dr. Ahmad Kamal Ariffin. Jom baca.
BAHAYANYA TIDUR SELEPAS SAHUR
Saudaraku..habis sahur memang mengantuk, tapi jangan langsung tidur ya…
Ads
Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.
Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna. Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan di “makan” oleh bakteria jahat –> jumlah bakteria jahat di perut & usus menjadi dominan, di mana sifat bakteria ini: anaerob (KURANG oksigen), hasil metabolisme bakteria bersifat asid.
Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat SANGAT ASID
– Asid nitrit akan meningkatkan darjah keasidan tubuh
– Darjah keasidan tubuh membeban sistem metabolisme tubuh.
– Asid nitrat SANGAT, SANGAT, SANGAT beracun untuk liver (hati) anda!
– Liver akan bekerja keras melawan racun.
Sel darah putih akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini.
Tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.
Ads
Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.
Semua ini terjadi hanya kerana apa?
Hanya karena anda tidur segera setelah bersahur..!!
Ads
Kesimpulannya
– Tidur setelah sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa: iaitu ingin sihat.
– Tidur setelah sahur merosak liver
– Membuat dominan bakteria jahat.
– Menambah derajat PH keasidan tubuh, INGAT, jika PH tubuh anda <4 maka SEL KANSER AKAN MULAI TUMBUH
– Keadaan tubuh menjadi an-aerob (kurang oksigen), SEL KANSER AKAN TUMBUH PESAT PADA SEL TUBUH YANG PALING KURANG OKSIGEN.
Rasulullah SAW tidak pernah tidur setelah sahur.
Usahakan lawan mengantuk dengan bertadarus, mengaji, membaca buku, dan sebagainya..semoga sekalian tambah pahala, dan sihat di bulan RAMADHAN ini.
Demi membantu suami menurunkan berat badan, si isteri telah menyediakan pelbagai menu diet. Hasilnya, nampak perubahan daripada saiz XL kepada S dari Oktober hingga Februari.
Menurut Puan Darina Sekeri daripada saiz 36, kini suaminya mampu memakai seluar saiz 28. Tipnya, masak makanan sihat dan rendah kalori.
Nak tahu caranya, kena baca tip yang dikongsikan oleh Puan Darina ini.
Sebahagian menu yang saya masak untuk bekal suami setiap hari.. start diet awal Oktober 2018 hingga sekarang lebih kurang 3 bulan ++ Suami saya on diet. tak makan nasi, tak minum manis.. Dari size XL ke size M. Dari seluar size 36 ke size 28.,” ujar Puan Darina yang turut memberitahu terkini suaminya memakai saiz S.
Terima kasih kepada yang kutuk dia, panggil dia tong sampah. Saya isteri, apa orang kata kat suami saya mesti la saya pun terasa. Saya tak suruh dia kuruskan badan. Dia sendiri yang nak buat.
So saya masak makanan sihat, rendah kalori. Kukus, panggang, rebus dan goreng (guna airfryer sahaja) Garam, guna garam bukit. Tiada bahan perisa. Seasoning macam-macam ada, blackpepper, whitepepper, paprika, chili flakes.. campak je apa ada..
Paling mudah dan murah, tempe goreng. Sekarang tempe dah jadi menu wajib sebab dah boring makan telur ?.
Siapa lagi nak diet? Bole la buat semangat.
Berikut adalah sebahagian menu diet yang dibekalkan Puan Darina buat suaminya.
Perasan atau tidak walaupun setiap hari kita akan melakukan kerja-kerja membersihkan rumah seperti menyapu sampah, mop lantai, cuci pinggan mangkuk dan sebagainya tapi ada satu perkara yang kadang-kadang memang tidak terlintas pun di fikiran kita untuk membersihkannya.
Jadi apa kata anda cuba lihat hos getah yang sering kita gunakan untuk pelbagai tujuan. Pernah tak terfikir untuk mencucipaip getah tersebut terutama pada bahagian dalamnya bagi memastikan air yang disalurkan adalah bersih dan selamat untuk digunakan?
Sebenarnya jika anda potong sedikit getah tersebut dan apabila dibelah dua, anda tentu terkejut melihatnya. Penuh dengan lumut dan menjijikkan. Oleh itu, ada baiknya saluran getah tersebut dicuci agar air yang dialirkan adalah air yang bersih dan bebas lumut. Nak tahu bagaimana caranya, jom teliti satu persatu!
TIP CUCI HOS GETAH
Bahan-bahan:
Span cuci pinggan
Cara buat :
Ambil span pencuci pinggan dan tanggalkan pada bahagian yang berwarna hijau. (yang keras).
2. Gulung span tersebut dan masukkan pada bahagian hujung paip getah.
3. Kemudian bahagian pangkal paip getah dipasang pada kepala paip dan pastikan diketatkan sepenuhnya agar tidak tercabut apabila air di pasang.
4. Buka paip sepenuhnya agar air dapat mengalir dengan deras.
5. Seterusnya kotoran dan alga yang ada di dalam saluran paip getah dapat dikeluarkan.
Ini caranya nak bersihkan hos paip korang yang dah kotor dengan alga kat dalam. #mvs
Mengapa anak yang mempunyai masalah asma dilarang terlalu kerap untuk bermandi manda di kolam renang? Hal ini dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan menerusi satu perkongsiannya di media sosial.
Menurut beliau, anak yang mempunyai masalah asma akan terkesan dengan kandungan klorin dalam kolam renang, bergantung kepada imun tubuh anak itu sendiri.
Jika sistem imunnya tidak kuat, anak akan terus mengalami batuk-batuk selepas mandi. Pilihan paling sesuai pastinya menambahkan kemahiran berenang anak di sungai atau di pantai. Ini lebih baik.
Anak asthma elakkan dari swimming pool.
Anak saya pernah batuk teruk lepas beberapa minit masuk dalam pool. Rupanya bukan sebab sejuk, tapi sebab kandungan klorin yang tinggi dalam pool yang buatkan anak saya sensitif sampai terus batuk bila berendam dalam pool.
Anak hidu air dalam pool yang ada kandungan klorin, ada yang terus batuk, sesak nafas, selsema atau bersin. Bergantung pada reaksi alahan pada anak.
Korang yang ada anak asthma, elakkan dulu bawa anak mandi swimming pool ya. Sama jugak untuk, anak yang kerap batuk, resdung, eczema, masalah kulit, dan anak yang mudah dapat alahan.
Berenang sangat bagus untuk paru-paru anak sebenarnya. Tapi untuk anak asthma, cari tempat berenang yang lebih selamat. Laut, sungai, ini lebih baik.
Pulihkan usus anak, supaya kurang sensitif pada persekitaran. InsyaAllah kalau usus anak dah baik, dia mandi pool pun dah tak batuk lagi.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...