Peperiksaan hampir tiba tak lama lagi. Tentu ibu bapa akan menggesa anak tidur lewat untuk fokus lebih dan memastikan semua subjek diulangkaji sepenuhnya. Maklumlah setiap ibu bapa nak anak cemerlang dan dapat semua A kan.
Namun, hakikatnya cara ini tidak digalakkan pada waktu kritikal ini. Ini kerana anak-anak yang kurang tidur akan mengadapi masalah untuk fokus dan mengingati pembelajaran dengan lebih baik.
Sama seperti makan, semua manusia memerlukan waktu tidur untuk menjaga kesihatan tubuh. Bagi kanak-kanak, tidur bukan sahaja penting dalam proses perkembangan mereka, tetapi juga penting untuk meningkatkan konsentrasi mereka dalam pembelajaran.
Berikut adalah keperluan waktu tidur kanak-kanak setiap hari menurut National Sleep Foundation:
USIA KEPERLUAN WAKTU TIDUR
0-2 Bulan 12-18 Jam
3-11 Bulan 14-15 Jam
1-3 Tahun 12-14 Jam
3-5 Tahun 11-13 Jam
5-10 Tahun 10-11 Jam
Walaupun demikian, keperluan tidur setiap kanak-kanak tidak selalunya sama seperti jadual yang diberikan. Ada kanak-kanak yang memerlukan waktu tidur yang lebih singkat. Aktiviti dan kegiatan seharian sangat mempengaruhi keperluan tidur anak-anak kita. Ini kerana bukan sahaja dari segi kuantiti, kualiti tidur juga sangat mempengaruhi keperluan tidur setiap kanak-kanak.
Kepentingan tidur kepada kanak-kanak
1.Bertenaga
Supaya anak tidak letih agar dapat menumpukan perhatian pada homework atau tugasan yang perlu dilakukan.
2.Tumbesaran
Merangsang hormon pertumbuhan (growth hormone) semasa waktu tidur yang membantu pertumbuhan sihat fizikal dan mental kanak-kanak yang sedang pesat membesar.
3.Meningkatkan fokus
Kurangnya tidur mengurangkan oksigen sampai ke otak, justeru, mengurangkan fungsi kognitif otak. Mereka akan sukar fokus dan mempunyai kesukaran dalam menyelesaikan masalah.
4.Kadar pembelajaran
Anak-anak yang cukup tidur akan mampu untuk fokus dengan lebih panjang.
Oleh itu, mereka akan lebih mudah untuk memerhati dan mempelajari perkara baru di sekeliling mereka.
Perkara mesti buat sebelum tidur
Terangkan kepada anak-anak bahawa tidur yang sempurna adalah amat bagus. Beberapa hal perlu diambil tahu berkaitan dengan tidur anak-anak iaitu:
1.Pisahkan tempat tidur di antara anak lelaki dan anak perempuan.
2.Memadamkan lampu bilik ketika tidur supaya saraf-saraf mata boleh berehat dan tidur menjadi lebih aman.
3.Membersihkan diri sebelum tidur, menggosok gigi dan juga berwuduk.
4.Mengenakan pakaian yang longgar dan selesa.
5.Membaca doa sebelum tidur.
Jika anak-anak mendapat tidur yang berkualiti, tidak akan ada hutang tidur (sleep debt) yang dialami oleh anak-anak sehingga perkembangan mereka sempurna. Selamat mencuba ibu bapa