“Tidaklah Nak Sembunyikan Beriya-Iya” Elly Mazlein Jelaskan Sebab Dia Tak Dedah Wajah Anak

Share

Pengacara, pelakon dan penyanyi popular Elly Mazlein mempunyai alasan tersendiri kenapa dia masih belum mendedahkan wajah kedua-dua anaknya di media sosial.

“Tidaklah nak sembunyikan beriya-iya, tunggu anak besar buat keputusan sendiri” begitulah luahan pengacara, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein ketika ditemui di Majlis Sidang Media Ceria Popstar baru-baru ini.

Tindakannya itu membuatkan ada segelintir yang kurang senang. Namun Elly menegaskan dia ada cara tersendiri dalam mendidik anaknya.

“Tidaklah Nak Sembunyikan Beriya-Iya”

Elly yang juga ibu kepada dua orang anak, Putri Sara Sefhia, 6, dan Haider Mateen yang kini berusia lapan bulan dan suami Mohamad Azlan Che Nuh, 32 keputusan yang dibuat hasil tindak balas anaknya sendiri ketika berada di khalayak ramai.

Foto: Instagram @iamellymazlein

“Sebenarnya saya tidaklah nak sembunyikan beriya-iya, tapi saya nak tunggu anak besar dan biar dia buat keputusan sendiri.

“Bila kami berjalan-jalan, anak tiba-tiba menyorok, Saya tanya kenapa? Anak aku tak suka ke?

Foto: Instagram @iamellymazlein

“Jadi, dari situ saya ikut tindak balas anak.

“Bila orang ambil gambar dia akan pergi belakang saya (menyorok). Jadi saya nak biar anak yang buat keputusannya sendiri” kongsi Elly.

Biar Anak Buat Keputusan Sendiri

Tegas dengan pendapatnya, Elly menerangkan tidak salah pun untuk siapa-siapa mendedahkan anak mereka di media sosial.

Foto: Instagram @iamellymazlein

Malah dia tidak menganggap tindakan mendedahkan wajah anak di media sosial adalah salah dan menegaskan setiap orang mempunyai pilihan sendiri.

“Itu adalah pendapat saya, tak salah pun untuk siapa-siapa yang nak dedahkan anak mereka.

“Tak ada masalah, itu hak masing-masing.

“Kita dah besar semua orang ada hak masing-masing.

“Semua orang ada hak dan boleh buat apa sahaja untuk diri mereka. Tapi untuk saya, ada cara tersendiri. Ada perkara saya kena puaskan hati keluarga saya saja”

“Saya sebenarnya tak baca gosip, sebab itu saya tak pernah tahu apa berlaku kat luar dan saya tak pernah kisah apa pun orang luar cakap pasal anak” luah Elly yang juga berharap peminatnya memahami keputusan yang dibuat.

Sumber: Mingguan Wanita

Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Keluarga Gader https://t.me/keluargagaderclub sekarang!