Hiburan

Tidak Mahu Terlalu Kongsi Privasi, Hisyam Hamid Belum Sedia Ulas Status Rumah Tangga

Share

PELAKON Hisyam Hamid menyatakan bahawa beliau masih belum bersedia untuk memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

Hisyam Hamid dan isteri, Rosmawati Hanafi atau Mel berkahwin pada tahun 2006.

Sejak setahun lalu, timbul pelbagai spekulasi terhadap hubungannya bersama isteri.

Aktor berasal dari Singapura itu menjelaskan dia perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum berkongsi tentang kisah peribadinya kepada orang ramai.

“Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya belum bersedia nak beri komen perkara ini.

“Banyak faktor yang perlu saya ambil kira. Terutamanya melibatkan soal jaga hati dan perasaan anak-anak.

“Saya faham sebagai public figure, orang nak tahu tentang diri kita. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya dan ada juga yang mendoakan,” katanya.

Aktor itu menambah, isterinya juga kini masih menguruskan kerjaya seninya.

“Isteri masih lagi menguruskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Tiada masalah,” katanya lagi.

Dia juga berkata bahawa hubungannya bersama Mel masih baik.

Dia menjelaskan mereka sekeluarga turut meraikan bersama pada Aidilfitri baru ini.

“Hubungan kami masih okay. Hari raya pun kami keluar bersama anak-anak,”

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.

Walau bagaimanapun, dia membuat keputusan untuk bersikap eksklusiviti dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial.

MESTI BACA: 10 Tahun Berjauhan Dengan Isteri & Keluarga, Hisyam Hamid Nafi Hubungan Goyah!

Hisyam Hamid Awet Muda, Macam Abang Dengan Adik Je

“Selesaikan Masalah ‘Behind The Close Door’, Usah Libatkan Orang Ketiga Seperti Keluarga.” Hisyam Hamid Utamakan Komunikasi & Jaga Hubungan, Rahsia Rumah Tangga Bahagia

SUMBER: Media Hiburan

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my