Tidak Jatuh Maruah Ibu Ayah Bila Mohon Maaf Kepada Anak, Bila Sedar Didikan Melampaui Batas. Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun.

Share

Bukan mudah mendidik anak zaman serba moden ini. Pemikiran anak zaman sekarang ini tidak sama dengan zaman ketika kita kanak-kanak dulu. Malah dikatakan, anak remaja sulung mudah memberontak berbanding anak-anak lain.

Malah, anak sulung juga sering diberi tanggungjawab yang lebih berbanding adik-beradik lain. Bahkan merupakan anak yang pertama akan dimarahi apabila berlaku masalah antara adik beradik.

Hakikatnya peranan anak sulung ini amat penting untuk adik beradik lain apabila kita sebagai ibu ayah memerlukan bantuannya. Namun kadang kala, kita alpa, hingga melampau batas sehingga membuatkan jiwanya terasa dan memberontak hingga dikatakan pilih kasih.

Menurut pendakwah terkenal, Asma’ Harun, tidak salah jika merendah diri memohon maaf kepada anak jika sikap kita melampau batas.

Sebagaimana perkongsian beliau ini. Moga kita muhasabah diri dalam mendidik anak-anak.

SubhanAllah.. Jalan berdua dengan anak sulung, ada orang belakang jeles (Abinya) snap gambar senyap². Anak pertama, ada orang kata yang paling manja, tapi Atikah seperti tak sempat nak manja lama, berturut adik²nya lahir sorang demi sorang.

Dah biasa daripada kecil tolong Umi Abi dalam menguruskan banyak perkara. Atikah (14tahun) terpaksa cepat matang dan cekap buat banyak perkara. Tinggalkan 6 adik²nya untuk dijaga (bukan tempoh lama) dah jadi biasa. Atikah juga bantu fahamkan adik² yang belum mengerti kenapa Umi Abi sibuk sangat, bantu pastikan rutin ibadah dan kerja harian tetap berjalan ketika Umi Abi tinggalkan beberapa hari anak² bersama dengan penjaga.

Selalu hati kecil saya bimbang, sungguh saya bimbang bila membaca ramai Ibu Bapa yang meluahkan kesedihan apabila tiba satu saat anak sulung berubah sikap, mula memberontak, mula rasa Ibu Ayah tidak adil dan menzaliminya dengan pelbagai tugasan, bahkan ada yang meluahkan rasa benci pada Ibu Ayah. Allahu Allah.. saya doakan semua Ibu Ayah kuat dalam mendidik anak² di zaman yang sungguh mencabar ini.

Mohon maaf pada anak tidak jatuh maruah 
Kesabaran, ketenangan dan kelembutan kami juga seringkali roboh saat diuji dengan kerenah dan sikap anak². Jika benar kami dah melampaui batasan, kami akan merendahkan diri memohon maaf daripada anak², ia tidaklah menjatuhkan maruah, bahkan kita sedang memberi kefahaman bahawa meminta maaf itu adalah satu akhlak yang akan memuliakan seseorang.

Saya sebenarnya ibu yang tegas, namun pujian dan teguran cuba diberikan seimbang pada anak². Dalam kesibukan tetap cuba seimbangkan dengan aktiviti santai bersama seperti, masak², main basikal, badminton, karom, tengok rancangan yang bagus, dll.


InsyaAllah ada rezeki, saya nak kongsi tips parenting, kami bukan Ibu Ayah yang terbaik, tapi cuba jadi yang baik untuk Dunia dan Akhirat bersama. Menjadi anak kepada UAH bukan suatu yang mudah untuk anak² kami lalui, ada tekanan dan ujian yang kami perlu bersama dengan anak² hadapinya.
Atikah 161cm
Umi 158cm

Sumber: Asma Harun

Nak tahu perkakasan rumah bajet lihat di SINI 

Nak tahu perkakasan kasut bajet lihat di SINI

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club