Kasih seorang ayah… Luahan Datuk Rizalman baru-baru ini membuatkan netizen tersentuh hati. Apa tidaknya, Pereka Fesyen tersohor ini berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak angkatnya, Aali Nail yang ketujuh. Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.
Rizalman meluahkan rasa syukur kerana segala urusan membesarkan Aali selama tujuh tahun dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.
Bayangkan seorang hamba yang tidak berkahwin tetapi dapat melalui kenikmatan memelihara zuriat yang bukan dari dirinya sendiri tanpa melalui proses itu. Sehingga kemudian dipermudahkan memelihara anak itu sehingga mencapai umur 7 tahun pada hari ini adalah suatu kejadian yang lahir di sebabkan oleh Dzat Allah yg Maha Kaya.
Aku meminta dan bergantung doa supaya kau berikanlah cahaya keimanan yg menerangi jiwa ini, di panjangkan usia nya, di solehkan peradabannya, di ampuni segala dosanya, di luruskan jalannya, di luaskan rezekinya, di penuhi jua dadanya dengan ilmu Mu serta di pelihara kehidupan nya di dunia dan akhirat.
Juga kau bersihkanlah lah kedua ibu bapanya dari sebarang dosa. Jadikan lah kehidupan kami sebagai keluarga kembali, di alam Baqa. .
Rata-rata netizen menitipkan ucapan sambil mengakui cukup tersentuh dengan luahan hati Rizalman.
Sumber: IG rizalman71