Malang tidak berbau, siapa menduga di dalam rumah sendiri pun ada bahayanya. Ini sepertimana yang berlaku pada penyanyi Tajul yang terpaksa dikejarkan ke hospital Kajang akibat mengalami cedera parah di bahagian tangan kanan selepas terkena kaca almari baju yang tiba-tiba pecah.
Memetik laporan mStar, isteri Tajul iaitu Nurul Shamieza memberitahu Tajul menarik gelongsor almari yang mempunyai cermin di bahagian luar sebelum pecah dan kacanya tersusuk pada tangan.
“Susah nak cakap bagaimana kejadian berlaku tetapi saya boleh katakan tangannya luka selepas terkena kaca almari baju yang pecah… Kejadian berlaku sekitar pukul 7 petang tadi (Isnin).
“Dia ingatkan tiada masalah besar. Dia degil tak mahu ke hospital. Kemudian tiba-tiba sahaja dia pengsan… itu yang saya terus bawanya ke hospital. Dalam keadaan kelam kabut saya terpaksa minta bantuan jiran untuk menjaga anak di rumah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Pada awalnya saya bawa ke klinik berhampiran namun doktor minta terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang ada terdapat serpihan kaca yang terbenam di bahagian luka.
“Sekarang masih di unit kecemasan dan doktor sudah mencuci bahagian luka dan masih menanti keputusan X-ray,” jelas isterinya.
Ads
Berkongsi lanjut perkembangan Tajul, Shamieza ada berkongsi video di insta storynya sedang mempersipakan suaminya untuk dibawa masuk ke bilik pembedahan. Dikesempatan itu, turut memohon peminat mendoakan agar urusan suaminya dipermudahkan dan berjalan lancar.
Siti Nordiana rapat dengan Rayyan, “Ramai ingat boyfriend, rupanya anak bujang, sweet macam kawan-kawan. Siti Nordiana mula mencipta nama dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1999 ketika berusia 15 tahun. Album pertamanya, “Gadis Jepun”, mendapat sambutan yang hangat dan melonjakkan namanya dalam kalangan peminat.
Siti Nordiana Rapat Dengan Rayyan, “Ramai Ingat Boyfriend, Rupanya Anak Bujang, Sweet Macam Kawan-kawan”
Kejayaan besar Siti Nordiana mula diraih apabila lagu duetnya bersama Allahyarham Achik Spin, “Memori Berkasih”, menjadi fenomena di Malaysia. Lagu ini bukan sahaja menjadi hit di radio, malah menjadi salah satu lagu duet ikonik yang diingati hingga ke hari ini. Gabungan vokal mereka yang harmoni dan lirik yang menyentuh hati menjadikan lagu ini evergreen, sentiasa relevan dan diminati generasi demi generasi.
Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, Siti Nordiana sebenarnya sudah 10 tahun bergelar ibu tunggal. Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada umum.
Siti Nordiana sering berkongsi cara dia meluangkan masa dan melayan anak lelaki tunggalnya iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie di media sosail. Perkongsian pelantun lagu popular, Cinta Hanya Sandaran ini sering menjadi perhatian peminat.
Walau sudah lebih dua dekad dalam industri seni tanah air, nama Nana kekal megah di persada muzik. Mei lalu impian Nana untuk mengadakan konsert akhirnya terlaksana.
Sepanjang menjadi anak seni, jarang dengar cerita kurang enak mengenai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini. Apatah lagi membuka kisah perkahwinan terdahulunya yang terputus di tengah jalan.
Sebelum ini, Nana pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006. Namun mereka sepakat mengakhiri perkahwinan pada 14 September 2009.
Hasil perkongsian hidup, Siti Nordiana menjadi ibu kepada anak lelaki bernama Muhammad Rayyan yang kini meniti usia 16 tahun. Sejak berpisah, Nana cekal membesarkan Rayyan dan bertindak menjadi ibu juga bapa kepada anak tersayang.
Dia juga tidak lagi berkahwin selepas berpisah. Nana kelihatannya lebih selesa hidup berdikari dengan status ibu tunggal demi memberi sepenuh perhatian kepada anak tunggal.
Hubungan rapat dengan anak lelaki tunggalnya, Rayyan sering mencuri perhatian ramai. Keakraban hubungan dua beranak ini membuatkan ramai yang melihat Nana dan anak lelakinya itu seperti rakan baik.
Apabila seorang anak lelaki mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya, ia membawa pelbagai manfaat yang bukan sahaja mempengaruhi kehidupan peribadi mereka, tetapi juga membentuk keperibadian dan pandangan hidup anak lelaki tersebut.
Sesungguhnya, hubungan rapat dengan ibu adalah satu anugerah yang tidak ternilai, dan anak lelaki yang menghargai hubungan ini akan membawa banyak kebaikan dalam hidupnya, sekarang dan di masa hadapan.
Sedangkan bermain pun kita latih anak-anak agar mahir dan cekap inikan pula dalam menunaikan tanggungjawab besar, iaitu mendirikan solat lima waktu.
Apa yang utama, ketika melatih dan membiasakan anak-anak untuk menunaikan solat, kita sebagai ibu ayah perlu mengajar anak-anak sedari awal. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya!
Lalu pendekatan bagaimana untuk ibu ayah memulakan cara untuk mengajar anak dalam hal bacaan dan perbuatan dalam solat sehinggalah mereka faham sepenuhnya dan dengan sendirinya tanpa disuruh sudah mengerti kewajipan menunaikan solat?
Menurut perkongsian Firdaus Mokhtar, ramai ustaz ustazah pesan, “Apa pun jadi, solat jangan tinggal. Buat lah walau macam mana pun.”
Betul kawan-kawan. Sungguh sebab daripada solat lah menjadi titik tolak hidup kita akan Tuhan betulkan segalanya.
Solat itu penghubung antara kita dengan Allah.
Jadi siapa yang tidak menunaikan solat bererti dia telah memutuskan hubungan dengan Allah.
Begitu juga bila kita tidak mendidik anak-anak mengutamakan solat, bermakna kita telah mengajar anak-anak untuk tidak mengutamakan Allah dalam kehidupan.
Berat!
Maka ajarlah anak-anak tentang solat sampai anak-anak tahu, faham dan ada rasa pentingnya solat untuk diri dan hidup dia.
Hinggakan kalau kita tak ada pun, anak-anak tahu bila waktu dia kena solat, dan dia sendiri yang akan tunaikan solat.
Ajar dan perhatikan solat anak kita. Cukupkan solat dia 5 waktu, semuanya di hadapan kita. Luangkan masa kita untuk duduk dan tengok solat anak-anak.
Tengok semua rukun solat. Dengarkan semua bacaan solat dia. Mana yang tak tahu kita ajarkan. Mana yang tak tepat kita betulkan.
Begitulah. Akhirnya pesan juga ke anak pesanan yang sama. Apa pun jadi dalam hidup, solat jangan sekali-kali kita tinggalkan.
Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu apabila anak perempuan yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh sudah selamat diijabkabulkan dan sah bergelar isteri.
Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui sehingga majlis pernikahan terpaksa ditunda sehingga dua kali dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),namun tarikh 8 Ogos 2021 meninggalkan memori yang cukup indah buat keluarga ini.
Dengan sekali lafaz, Mas Aliza Ali yang anggun dengan persalinan Man Kajang, sah bergelar isteri kepada juruterbang bernama Faruq Azran.
Mengukap kata-kata syukur dan gembira usia segalanya, Mas Anizan yang merupakan pelakon era 1990-an itu berkata, perancangan majlis dibuat sekitar seminggu lalu.
“Selepas majlis akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di negeri Selangor sejak 1 Julai lalu, saya mula memikirkan cara untuk mempercepatkan majlis ini.
“Tapi memang akur, kehadiran di pusat agama itu hanya membabitkan tiga orang saja iaitu pengantin lelaki dan wanita serta anak kedua saya, Mohd Masli Daniel Ali sebagai wali. Saya hanya menunggu di dalam kereta saja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan.
“Ikutkan majlis tunang dan nikah buat kali pertama dirancang pada 21 Mac lalu. Kemudian kedua majlis itu dianjak pula ke 12 Jun. Tapi akhirnya hanya majlis nikah saja diadakan hari ini. Kita utamakan akad nikah dulu, majlis resepsi menyusul kemudian apabila segala galanya reda selain dibenarkan penganjuran acara kahwin,” katanya.
Tambah Mas Anizan lagi, tiada sebarang simbolik ataupun majlis besar-besaran. Sebaliknya hanya cincin dan gelang tangan menjadi tanda termeterai majlis pernikahan.
“Selepas majlis pernikahan, pasangan pengantin balik ke rumah mereka untuk mengabadikan gambar kenangan.
“Tak apalah janji mereka sudah sah ikatan. Dengan keadaan semasa segala serbi ada kekangan memang tak dapat buat apa apa,” katanya.
Ditanya mengenai perasaannya melepaskan anak sulungnya yang mesra disapa Baby membina keluarga sendiri, pelakon kelahiran Teluk Intan, Perak itu mengakui perasaannya bercampur baur.
“Sedih ada, bahagia dan gembira pun bertandang. Sedih kerana saya sudah sah menyerahkan tanggungjawab sebagai ibu kepada menantu. Lepas ini saya yakin Faruq pula dapat menjaga Baby dengan baik.
“Paling menyeronokkan kerana bertambah ahli keluarga baru. Insya-Allah selepas setahun tiga bulan mereka kenal, saya yakin Faruq akan membahagiakan Baby,” katanya.
Selain Mas Aliza dan Mohd Masli Daniel Ali, pelakon itu turut dikurniakan anak bernama Ariana Marissa.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.