Tiba-Tiba Rebah Kerana Dapat Berita Pemergian Isteri, Lelaki OKU Ini Rupanya Scammer! Tipu Ramai Orang Dengan Cerita Sedih

Share

Baru-baru ini, seorang wanita tengah membuat posting mengenai seorang lelaki OKU yang ditemui di sebuah kedai makan.

Melalui hantaran tersebut, wanita yang menggunakan akaun nama Emma Oshi ini telah berkongsikan penemuannya dengan lelaki tersebut yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), membuatkannya rasa simpati apabila lelaki tersebut ‘rebah’ apabila mendapat tahu bahawa isterinya baru meninggal dunia.

Atas rasa keprihatinan, wanita ini telah melancarkan tabung bantuan bagi membantu lelaki OKU ini memandangkan dia mempunyai anak yang masih kecil iaitu berusia 8 bulan.

Namun rupanya kebaikan dan keprihatinan wanita ini telah digunakan oleh lelaki ini. Hasil dari penularan hantaran tersebut, Emma telah menenui kebenaran dari kisah yang diputar belit oleh lelaki ini untuk meraih simpati ramai.

Lebih mngejutkan lagi, kebenaran tersebut telah diceritakan sendiri oleh keluarga lelaki tersebut.

Tanpa sebarang syak wasangka, rupanya lelaki OKU yang bernama Nazri ini telah menjalankan penipuan ini sejak sekian lama. Segala kisah sedih yang diceritakan adalah rekaan semata-mata di mana perkhabaran bahawa isterinya baru meninggal dunia ada satu penipuan. Isterinya masih hidup dan mereka tidak mempunyai anak berusia 8 bulan seperti yang diceritakan olehnya.

Berikut adalah hantaran di Facebook milik Emma Oshi

01.13 pagi (khamis)
UPDATE SCAMMER ( Nazri tu penipu)

08.30 malam (RABU)
Pertama kali kejadian depan mata,maghrib tadi ema singgah la kedai makan nak beli makanan. Tengok2 abang ni rebah, ingatkan darah tinggi sampai collapse. Rupanya dapat tau dia baru dapat berita isteri dia dah meninggal dunia😢.

Dia datang kl cari kerja, dia cakap tak cukup dengan bantuan oku rm200 sebulan. Dari KL sampai klang cari kerja, barang2 dia ada dalam locker kat BTS KL.

Ema tanya abang ada nak call family ke? Kami call kan. Sekali ada orang tu buka fon tengok whatsapp memang dapat berita isteri dia dah meninggal dunia tanpa ada dia kat sana😭. Whatsapp tu 04.30 petang, handphone abang ni baru dapat on kebetulan bateri abis dia caj kat masjid.

LEPAS BACA WHATSAPP DIA REBAH😢
Dia cakap duit dia datang sini ada tambang je, hari ni langsung tak makan kebetulan orang masjid bagi duit belanja makan. Baru nak makan terus tak jadi makan.

Tadi ada kakak tu dah call ambulans, ema cakap bang kena pegi hospital dulu. Dalam keadaan mcm ni abang tak boleh jalan sorang nanti tumbang lagi. Riak wajah dia tak dapat nk bayang sedih yang dia rasa😔
Dia kata last tiket malam ni 11.45 malam ke jeli Kelantan, jauhnya sampai sini cari kerja.
Dia dah tak ada duit langsung.

Emma mohon jasa baik korang yang baca post ni kalau tak keberatan untuk sedekah pada abang Nazri ni supaya urusan dia menguruskan jenazah isteri dan perjalanan dia balik Kelantan dipermudahkan.
Semoga Allah kuatkan dia untuk jaga anak umur 8 bulan.

Dia usaha, dia ikhtiar cari jalan pegi negeri lain nak cari rezeki untuk anak dan isteri, tapi Allah lebih sayangkan isteri dia😞

(Ema edit balik, tak payah transfer ke account tu lagi ya, case closed)

Setelah mengetahui kebenaran tersebut, Emma dengan pantas membuat pengumuman di Facebook miliknya dan menjelaskan perkara sebenar kepada insan-insan yang sudah membuat sumbangan selepas hantaran itu tular.

Dalam live tersebut, Emma sendiri sudah reda dan mengikhlaskan pemberian derma tersebut kepada Nazri dan berharap perkara seperti ini tidak di ambil kesempatan lagi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab kerana akan menghilangkan kepercayaan kepada insan yang betul-betul memerlukan.