Kalau berjalan di kawasan awam, tak kira pusat beli belah atau mana-mana yang boleh buatkan ibu bapa terleka dari anak, pasti akan ada babak anak hilang dari pandangan orang tuanya. Bagi yang berhadapan dengan situasi itu, rasa nak luruh jantung bila anak yang dijaga rapi selama ini, boleh hilang sekelip mata!
Bila dah berhadapan dengan detik cemas itu, apa yang boleh ibu ayah lakukan hanyalah menjerit nama anak sahajalah, dengan harapan anak-anak boleh dengar dan kembali sahut setelah mendengar namanya dipanggil.
Tetapi, menurut wanita bernama Reina Lum yang juga seorang peguam, sewaktu anak hilang janganlah menjerit nama anak. Dah tu, macam mana nak cari anak? Jom, ikuti tips untuk cari anak hilang dengan cara lebih berkesan!
PEGUAM KONGSI CARA CARI ANAK HILANG DI TEMPAT AWAM
Seorang pengguna tiktok bernama Reina dan jug aseorang peguam ini berkata, perbuatan menjerit nama anak bukanlah satu tindakan yang berkesan. Sebaliknya, penjaga perlu menjerit ciri-ciri anak dengan lebih teliti seperti:
Umur
Pakaian
Paras rupa
Bentuk fizikal
Ads
Hal ini kerana, bagi memudahkan orang awam untuk membantu anda mencari anak yang hilang. Contohnya,
“Saya sedang mencari budak kecil 5 tahun, lelaki, pakai baju putih, seluar jeans, kasut warna hijau!”
Berdasarkan logiknya, peluang menemukan kembali anak yang hilang adalah lebih tinggi berikutan tindakan orang awam yang akan bersama-sama menghulurkan pertolongan untuk mengesan.
Secara tak langsung juga andainya anak anda diculik, cara ini akan menyukarkan penculik untuk melakukan ‘kerja kotor’ mereka kerana berada dalam pemerhatian orang ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan cara ini yang ternyata lebih terlihat berkesan berbanding menjerit nama anak sahaja.
Ads
TIPS LAIN! JANGAN LUPA AMBIL GAMBAR ANAK SEBELUM KELUAR RUMAH
Malah, ada juga yang berkongsi tip lain iaitu pastikan mengambil gambar anak sebelum keluar rumah. Ini bagi memudahkan lagi pencarian, berikutan apabila seseorang berada dalam situasi panik kadang-kala ingatan boleh jadi terbatas.Semoga bermanfaat kepada semua!
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Peluang menjejak kaki ke tanah suci adalah momen yang paling dinantikan setiap umat Islam. Namun bukan semua berkemampuan berbuat demikian. Bagi Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, dia bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah Haji meskipun sedang hamil anak kelima.
Jelas Shahida, ini kali kedua dia berpeluang melakukan ibadah Haji selepas kali terakhir pada tahun 2016.
Shahida turut memohon agar semua mendoakan kesihatannya serta bayi dalam kandungan sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima itu.
“Alhamdulillah…. Tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di bumi Makkah… Tidak keseorangan bersama anak saya yang masih di dalam rahim yang temankan saya sepanjang berada di sana.
“Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yang saya dapat hingga membuatkan saya berkobar-kobar tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji.
“Alhamdulillah, tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni…. Doakan saya dan bayi dalam kandungan diberi kesihatan yang baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur,” tulisnya.
Shahida yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid Solehah itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik foto bersama anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi.
Menurutnya lagi, dia amat berterima kasih kepada suaminya yang memberi restu kepadanya untuk menunaikan ibadah tersebut.
Tambah Shahida, perkara yang paling berat adalah untuk meninggalkan anak-anak, terutamanya Yusoff yang baru berusia setahun. ”Terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tengah hamil…. Terima kasih sudi bagi peluang pada saya dan jagakan anak-anak. “Jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak-anak terutama Yusoff yang masih kecil…. Tapi saya yakin Insya-Allah anak-anak saya dalam perlindungan Yang Maha Esa…
“Kepada semua sahabat sama ada yang mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yang membuatkan anda tersinggung,” katanya lagi.
Shahida berangkat ke tanah suci pagi semalam bersama ibu mentuanya, Rozita Ibrahim.
Ozlynn, tampil manis bertudung, penampilan sopan suri hati Johan Raja Lawak ni tarik perhatian warga maya. Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail selain seorang pelakon, pengacara dan pengurus artis Malaysia juga merupakan pengurus suaminya sendiri iaitu Johan Raja Lawak.
Ozlynn, Tampil Manis Bertudung, Penampilan Sopan Suri Hati Johan Raja Lawak Ni Tarik Perhatian Warga Maya
Ozlynn mendirikan rumah tangga dengan Johan Raja Lawak pada tahun 2003. Pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Baru-baru ini, dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Ozlynn berkongsi satu video memaparkan Ozlynn yang menjadi tetamu jemputan dalam sebuah rancangan ‘Meletop.’ Dalam rancangan itu Ozlynn tampil mengenakan pakaian yang sopan serta bertudung.
Rata-rata warga maya teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gembira melihat perubahan pada Ozlynn selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji.
Ramai yang mendoakan agar Ozlynn kekal istiqamah dalam perubahan yang dibuatnya.
Malang tak berbau, demikian yang terjadi pada keluarga ini. Insiden kebaran kecil di dapur menyebabkan mereka sekeluarga trauma. Kisah ini dimuat naik oleh Nadyya Salim menerusi laman facebooknya.
Menurut Nadyya, kebakaran kecil itu tercetus disebabkan oleh batang paip gas tercabut menyebabkan api menyambar keluar.
“Seumur hidup ni pertama kali jd kat kami, jadi kebakaran dalam rumah kami. Allahuakhbar Tuhan ja tau macam mana perasaan kami tadi, kelam kabut blank semua ada bila tiba2 api meletus dan menyambaq satu dapur kami.
“Masa ni tak pikir apa dah,selamatkan kereta dan kucing2 ja pastu pakat lari keluaq rumah jerit panggil jiran ,call bomba. (gambar last kena qengau habis sbb kucing pun jadi takot). semua jadi sat sangat sampai tercungap-cungap kak nadya lari nak selamatkan apa yg boleh diselamatkan.. ketaq tangan
“Kejadian tu jadi masa mak dok rebus ketupat, lepastu dia masuk bilik nak sembahyang, tiba2 kami dengar api dah menyambaq. kuat bunyi. memang takleh buat apa dah sbb main dgn gas ni, silap cara padam lagi sakan dia menyambaq kan. alhamdulillah nasib baik bomba sampai cepat, dia padamkan api tu lepastu cari punca.
“Rupanya punca jadi kebakaran ni sebab batang paip gas tu tercabut then terus sambaq api. Allahuakhbar nasib baik masa dia meletup tu mak tinggai pi sembahyang, kalau tidak kena mak ayah plak cerita dia merangkak pi cuba tutup kepala gas masa kami dok sibuk kat luaq call bomba, nasib tak jadi apa2 dekat depa dua.. padahal dh jerit2 suruh semua keluaq. nasib baik masa jadi ni mak tak dok rumah sorg2.. tidak taktau la dia nak buat apa sbb kami sendiri pun gelabah sgt2.. “Apapun semua yang jadi ni kami terima dengan hati yg redha. Allah nak uji kami sekeluarga. yg penting takda sapa2 tercedera.. jiran-jiran pakat mai tolong, saudara mara dan kawan2 baik pakat mai mai bg sokongan. team pun banyak msg bagi kata semangat. terima kasih banyak2 semua.
“Semoga Allah balas kebaikan hampa semua yg bg semangat pada kami. kak nadya minta maaf terpaksa cancel live malam ni. Kak nadya sendiri dalam keadaan cuak dan nak tenangkan diri dulu. nak kemas balik rumah yg macam tongkang pecah dh ni.
“Cuma tadi abg bomba tu ada pesan,paip gas (gambar ketiga) tu terkeluar sebab bila kita masak ada minyak yg terbentuk dlm paip tu, dia punca paip tu tertanggal sendiri. banyak kes dah..so sebaik-baiknya 2 bulan sekali kena check paip gas kat dapur tu still ok or longgar. bahaya..
“Nasib kami baik sbb paip tu hanya sticks pada satu tempat,kalau setengah dapur takda tempat penampan batang paip tu,dia boleh terbang merata and kebakaran lg cepat marak ke tempat lain.
“Apapun syukur alhamdulillah keluarga kami selamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.