Sesiapa pun pasti berasa sedih dan sayu bila mendapat berita orang yang dikenali dan disayangi telah ‘pergi’. Apatah lagi andai insan tersebut adalah ibu atau ayah, tempat kita sebagai anak-anak bergantung harap. Sungguh bukan mudah untuk melalui kehilangan tersebut, sehari dua belum tentu terubat kesedihan.

Dari satu perkongsian di facebook Farah Adilah Shamsudin, nyata ujian yang diterima olehnya cukup berat untuk ditanggung. Dia kehilangan ibu dan ayah selang seminggu dan adik dan makciknya juga dijemput Ilahi, berkongsi tarikh 23 Jun yang lalu akibat Covid-19 dan masalah kesihatan.

Dalam hantaran bertarikh 27hb, Farah Adila berkongsi rasa kepada warganet.

“Saya Farah Adilah Shamsudin anak kedua kepada En Shamsudin. Dukacita dimaklumkan ayah kesayangan kami Shamsudin bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 27/6/2021 jam 5.01pagi tadi di ICU Hospital Sungai Buloh. Moga arwah ditempat di kalangan orang-irang beriman di syurga kelak Amin..Mohon doa dari semua ya. Al fatihah. Untuk pengetahuan semua, ayah boleh diuruskan pengebumiannya seperti kematian biasa.

“Tiadalah Daya Melawan Takdir Mu…” Wanita Ni Kongsi Kesedihan, 4 Ahli Keluarga Termasuk Ibu & Ayah Dijemput Ilahi!

 

Ads

Kematian ke 4 dalam bulan ini untuk keluarga terdekat saya.
1.Azizah Mohd Yusoff (mama):15 jun 2021 8.30pg
2.Normah Mohd Yusoff (mak cik):23 jun 2021 3.20pg
3.Farah nadiyah Shamsudin (adik): 23 jun 2021 7.11ptg
4.Shamsudin Abdullah (ayah):27 jun 2021 5.01 pg

“Tiadalah Daya Melawan Takdir Mu…” Wanita Ni Kongsi Kesedihan, 4 Ahli Keluarga Termasuk Ibu & Ayah Dijemput Ilahi!

“Allahuakbar….betapa kerdil nye aku ya allah…tak terdaya melawan takdir mu…sungguh kuat ujian mu..tiadalah daya ku ya allah. Aku mohon ampun atas segala salah dan silap ku…ampunilah aku…jangan lah kau ambil lagi keluarga ku ya allah
Allah,,damailah ayah di negeri abadi…Berbahagialah bersama mama,adik dengan cik mok. Tunggu kami disana ayah. kami akan menyusul.”

Sebelum itu pada tarikh 23 Jun Farah Adila ada juga berkongsi berita dukacita dengan memaklumkan  bahawa adik kesayangan, FarahNadiyah Shamsudin telah menghembuskan nafas terakhir nya pada tarikh 23 jun 2021, pukol 7.11 ptg di wad icu hospital kuala lumpur.

Ads

“Tiadalah Daya Melawan Takdir Mu…” Wanita Ni Kongsi Kesedihan, 4 Ahli Keluarga Termasuk Ibu & Ayah Dijemput Ilahi!
Sungguh benar mati itu pasti. Tidak akan dipercepatkan sesaat ataupun dilambatkan sesaat.  Allahuakbar, tiadalah daya ku ya allah melawan takdir mu…
Sungguh aku lemah.Ya Allah..ya allah…ampunkan dosaku ya allah…maafkan aku ya allah..sunggu berat ujian mu ya allah. Rahmati adikku,rahmatilah dia. Ampunkan dosa dosa nya. Sesungguhnya aku menjadi saksi kepada segala kebaikan nya ya allah…

Mohon doa dari kalian semua agar adik saya, mak cik saya dan ibu saya ditempatkan di syurga yang tertinggi dan ditempatkn di kalangan orang-orang beriman di syurga kelak Amin.

Damailah mama,iya dan cik normah. Kalian sudah pun menjadi bidadari syurga.Berehatlah la dr kesakitan dan fitnah dunia. Kami akan menyusul.

Ads

Mohon doa dari semua ya. Al fatihah.

Sumber : Farah Adilah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Tiadalah Daya Melawan Takdir Mu…” Wanita Ni Kongsi Kesedihan, 4 Ahli Keluarga Termasuk Ibu & Ayah Dijemput Ilahi!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI