Begitu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seoang ayah kepada anak-anaknya. Sedaya mampu diusahakan untuk pastikan anak-anaknya diberikan keperluan yang secukupnya.
Walau hidupnya dibelenggu dengan kemiskinan, namun demi anak yang dicintai, seorang ayah itu akan bertindak seperti seorang super hero. Boleh lakukan apa sahaja demi anak tercinta.
Begitu juga halnya mengenai kisah yang dipetik daripada daripada Kompas.com berkenaan seorang ayah di Kemboja yang dihimpit kemiskinan, tidak mampu membeli beg sekolah untuk anaknya.
Namun dengan tekun si ayah ini sanggup mengayam beg sekolah yang diperbuat daripada tali rafia untuk diberikan kepada anaknya bagi memudahkan membawa buku-buku sekolah.
Gambar beg sekolah tali rafia buatan bapa seorang murid miskin di Kemboja tular di media sosial kerana dapat diubah kepada tiga jenis bentuk.
Memetik daripada Kompas.com, beg berwarna biru itu dianyam bapa NY Keng, murid Sekolah Rendah Lumpat yang berusia lima tahun.
Keng dilaporkan enggan ke sekolah kerana tidak mempunyai beg dan kerana tiada wang bapanya menganyam beg berkenaan untuk anaknya.
Guru Keng, Sophous Suon memuat naik beberapa keping gambar beg unik itu di Facebook dan status berkenaan dikongsi semula lebih 6,204 kali dengan 1,553 ‘likes’.
Sophous berkata, Keng yang berjalan kaki sejauh tiga kilometer tanpa kasut ke sekolah tidak segan membawa beg itu ke kelas.
Menurut Sophous, murid itu tinggal di Oda Commune Kamrieng yang terletak di daerah Battambang dan keluarganya baru berpindah dari Thailand. Sementara itu, Sophous berkata, Keng tidak begitu berminat untuk belajar kerana masih kecil. Sebaik pulang dari sekolah, kanak-kanak itu akan membantu ibu saudaranya mengembala sapi.
sumber : Kompas.com