Begitu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seoang ayah kepada anak-anaknya. Sedaya mampu diusahakan untuk pastikan anak-anaknya diberikan keperluan yang secukupnya.
Walau hidupnya dibelenggu dengan kemiskinan, namun demi anak yang dicintai, seorang ayah itu akan bertindak seperti seorang super hero. Boleh lakukan apa sahaja demi anak tercinta.
Begitu juga halnya mengenai kisah yang dipetik daripada daripada Kompas.com berkenaan seorang ayah di Kemboja yang dihimpit kemiskinan, tidak mampu membeli beg sekolah untuk anaknya.
Namun dengan tekun si ayah ini sanggup mengayam beg sekolah yang diperbuat daripada tali rafia untuk diberikan kepada anaknya bagi memudahkan membawa buku-buku sekolah.
Ads
Gambar beg sekolah tali rafia buatan bapa seorang murid miskin di Kemboja tular di media sosial kerana dapat diubah kepada tiga jenis bentuk.
Memetik daripada Kompas.com, beg berwarna biru itu dianyam bapa NY Keng, murid Sekolah Rendah Lumpat yang berusia lima tahun.
Ads
Keng dilaporkan enggan ke sekolah kerana tidak mempunyai beg dan kerana tiada wang bapanya menganyam beg berkenaan untuk anaknya.
Guru Keng, Sophous Suon memuat naik beberapa keping gambar beg unik itu di Facebook dan status berkenaan dikongsi semula lebih 6,204 kali dengan 1,553 ‘likes’.
Ads
Sophous berkata, Keng yang berjalan kaki sejauh tiga kilometer tanpa kasut ke sekolah tidak segan membawa beg itu ke kelas.
“Bapanya membuat beg itu kerana terdapat banyak tali rafia di rumah. Menariknya, beg itu boleh diubah kepada tiga jenis bentuk,” katanya kepada kompas.com menerusi Facebook, kelmarin.
Menurut Sophous, murid itu tinggal di Oda Commune Kamrieng yang terletak di daerah Battambang dan keluarganya baru berpindah dari Thailand. Sementara itu, Sophous berkata, Keng tidak begitu berminat untuk belajar kerana masih kecil. Sebaik pulang dari sekolah, kanak-kanak itu akan membantu ibu saudaranya mengembala sapi.
sumber : Kompas.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berkongsi pengalaman bersama Puan Juriah Halimatun Ahmad, seorang surirumah dan juga merupakan ibu kepada sembilan orang anak, nyata bukan calang-calang wanita mampu lakukannya.
Maklumlah, mengurus seorang anak pun ada yang merasa kepayahannya. Ini pula mengurus keluarga besar dengan anak-anak yang masih kecil, dan masih mampu dalam masa yang sama menjana pendapatan dari rumah dengan kemahiran menjahit.
Menyedari hal itu, ayuh kita cungkil rahsia bagaimana seorang wanita ini agar mampu menyuntik inspirasi buat surirumah diluar sana untuk memulakan langkah menjana pendapatan dari rumah.
Dulu makan gaji
Sebenarnya saya tak adalah lama sangat dalam bidang jahitan ini. Saya asalnya orang yang makan gaji, berenti bila anak-anak sudah masuk 5 orang.
Mula-mula ada sebelum itu hantar anak-anak ke taska dan juga pernah ada beberapa pembantu rumah. Tapi sebab penat juga pagi-pagi nak hantar anak ke taska lepas itu berkejar pula ke ofis, dah tak larat dah.
Anak-anak yang sekolah si ayah pula yang menghantarnya. Lepas saya berhenti, beberapa tahun juga tidak mulakan menjahit, masa itu tak terfikir pun.
Tapi pada tahun 2013, baru saya macam berminat semula dengan aktiviti menjahit. Sebab saya memang sudah ada kemahiran asas menjahit sejak zaman muda-muda dulu.
Dan saya bermula dengan pakaian muslimah kanak-kanak perempuan sebab saya suka dengan fesyen budak-budak. Kalau nak diikutkan masa, sebenarnya tak ada banyak masa sangat hendak menjahit.
Apa-apa pun yang penting saya uruskan keluarga dulu. Selesaikan apa-apa yang sepatutnya, kemudian barulah menjahit. Pun begitu jujur saya kata cabaran menjahit ini kalau ada anak kecil, semakin laju kita nak gunting kain, lagi laju dia merengek nak bergayut.
Masa awal-awal memang menjahit atas sebab suka-suka. Buat pun sikit-sikit , up dekat fb. Kemudian orang mula menempah dan lama-kelamaan tempahan pun jadi banyak pula.
Impian
Memang insyaAllah saya nak kembangkan lagi, cuma tunggu sikit je lagi masa, sebab nak tunggu anak bongsu saya ini besar sikit. Paling tidak pun sehingga dia tidak menyusu badan dan pandai main sendiri dengan kakak dan abang-abangnya. Sekarang ni saya kurangkan sikit ambil tempahan.
Kongsi Tip & Pesanan
1. Kalau untuk suri rumah yang nak biz menjahit ni – setelkan dulu hal-hal rumahtangga dan anak-anak. Kalau tak mampu buat banyak, jangan ambil tempahan banyak-banyak. Tak perlu risau kalau tak ambil tempahan yang banyak lagi kalau keluarga lebih penting, insyaAllah satu hari nanti, bila ada masa dan keadaan yang bersesuaian, Allah akan bagi juga rezeki dari tempahan itu.
2.Kalau surirumah yang betul-betul nak buat walau pun ada anak kecil, boleh sahaja hantar anak pada pengasuh dan kerja menjahit masih boleh dibuat di rumah. Ini kalau yang betul-betul kerjanya menjahit. Atau kalau tak ada masa sangat untuk menjahit dan perniagaan agak berkembang, disarankan biarkan kita sahaja yang potong kain dan cari part timer untuk menjahitnya.
3.Tapi kalau yang buat sambil-sambil, hanya masa terluang saja, buatlah waktu anak-anak tidur. Atau kalau ada anak-anak kecil, boleh buat ready made, sebab ready made ni bila-bila masa sahaja boleh buat dan tidak stress seperti ambil tempahan.
Lubuk rezeki
Pendapatan surirumah yang menjahit sebenarnya bergantung pada harga tempahan baju, jenis baju yang dijahit dan juga berapa banyak tempahan.
Melalui pengalaman sebelum ini, bila lakukan sekadar separuh masa boleh dah lepas RM500 ke atas, buat duit belanja dapur. Malah jika serius boleh juga sehingga RM2K ke atas. Semua ini bergantung situasi dan keadaan, bahkan bukan perkara pelik kalau ada tukang jahit boleh dapat sehingga RM10K.
Beberapa hari lepas, dilihat Harris Annuar atau mesra dipanggil Aboy memuat naik gambar percutian bersama isterinya, Asha Merican di Starfield Library. Pasangan ini memilih Korea Selatan sebagai destinasi pilihan mereka.
Baru – baru ini di akaun Instagram Aboy, beliau ada berkongsikan satu video yang menunjukkan telatah Asha ketika terjumpa gerai menjual pakaian di tepi jalan di negara itu. Kelihatan dari jauh baju – baju itu seperti baju bayi dan Asha berasa sangat teruja untuk melihat baju – baju tersebut dan mengajak Aboy untuk melihatnya.
Perangai mak – mak memang begitu, nampak baju comel dan stail terus teringatkan anak. Terus rasa teruja dan bersemangat untuk membeli. Asha membelek – belek baju yang ada tanpa menyedari baju – baju itu adalah baju haiwan peliharaan iaitu anjing.
Aboy yang sedang merakam video it uterus tertawa semasa melihat patung anjing yang dipakaikan baju comel di situ dan menyedari bahawa baju – baju comel tersebut adalah baju anjing.
Asha memberi reaksi dengan penuh terkejut sekaligus mencuit hati selepas diberitahu baju itu adalah baju anjing. Dalam terkejut, sempat Asha berpaling dan memalingkan muka untuk melihat lagi sekali kea rah kedai itu.
Perkongsian video tersebut mendapat reaksi lucu daripada warganet. Rata – rata peminat terhibur dengan reaksi yang diberikan oleh Asha.
Untuk rekod, Aboy dan Asha mula mendirikan rumah tangga tanggal pada 11 Jun 2022. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan bernama Auraa Medina.
Selagi kita hidup ni, selagi itulah kita dituntut untuk menimba ilmu. Untuk anak-anak, bukan sahaja ilmu di sekolah yang perlu mereka pelajari. Ilmu fardu kifayah juga dituntut untuk dipelajari. Misalnya dalam pengurusan jenazah.
Menurut syarak, apabila seseorang yang beragama Islam itu meninggal dunia, maka jenazahnya wajib untuk dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Menurut syarak ia adalah wajib dan kewajipannya adalah Fardu Kifayah kepada mereka yang masih hidup.
Dalam situasi begini, biasanya ahli keluarga atau sanak saudara yang berkenaan perlu tahu apakah yang sepatutnya dilakukan agar pengurusan jenazah ini berjalan dengan lebih lancar dan teratur.
Kesediaan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjadi jenazah untuk kelas pengurusan jenazah anak anaknya di sekolah menerima pujian wargamaya.
Memuat naik perkara ini di laman Instagram miliknya, kata Fazley, dia secara sukarela menawarkan dirinya untuk menjadi jenazah saat ditanyakan oleh ustaz yang mengajar anak-anaknya. Malah jelasnya, suatu hari nanti pasti dia juga akan berdepan situasi yang sebenar.
“Ramai pula tanya saya, yes betul. Saya tak tipu. Petang ni kelas praktikal #Mandijenazah anak-anak saya dengan ustaz diaorang.
“Ustaz tanya sama ada nak tengok video atau penerangan sahaja. Saya cakap, buat je latihan betul-betul, kemudian ustaz tanya jenazah kita buat macam mana? Patung ke? Saya cakap, Takpe, biar saya jadi jenazahnya, satu hari nanti nak kena buat betul-betul jugak kan?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas memuji keberanian yang ditunjukan Fazley. Malah tidak kurang juga yang menganggap ia adalah satu tindakan yang baik untuk memberi pendedahan kepada anak-anak.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...