Tiada Tabung Kecemasan Punca Keluarga Di Bebani Hutang. Ini Cara Untuk Hindari Dari Masalah Ini

Share

Dalam melayari bahtera rumahtangga, tidak dinafikan faktor kewangan adalah sangat penting terutamanya apabila sudah mempunyai cahaya mata. Malah pasangan yang tidak mempunyai simpanan sewaktu bujang haruslah berusaha untuk membuat tabungan apabila sudah berkahwin.

Jangan mengharapkan pada pendapatan pasangan sahaja untuk menampung kekurangan anda malah seeloknya anda dan pasangan haruslah bijak mengatur kewangan anda agar tidak sesak sewaktu memerlukan.

Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti panduan ini.

1. Kira Perbelanjaan Bulanan
Bagi anda yang tidak pernah ambil tahu perbelanjaan kasar bulanan, anda harus lakukannya segera. Ini bagi memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan bulanan anda.

Baki dari anggaran kasar anda itu, barulah anda aturkan untuk perbelanjaan lain yang tidak berapa penting tetapi ingat agar meletakkan 20% dari baki tersebut sebagai simpanan.

[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam

[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL

2. Jangan Bergantung Pada Pendapatan Sampingan
Ramai di antara masyarakat Malaysia sekarang membuat kerja sampingan. Malah ada yang berhempas pulas membuat dua atau tiga pekerjaan yang lain dalam satu masa.

Tidak dinafikan, pendapatan sampingan ini kadang kala lebih dari pendapatan tetap namun anda harus ini, ianya tidak boleh dimasukkan dalam pendapatan tetap yang anda dapati setiap bulan kerana jumlah tidak menentu.

Jangan terlalu bergantung pada jumlah tertinggi yang pernah anda dapat dari pendapatan sampingan ini tetapi letakkan ia sebagai ‘simpanan’ bagi mengelakkan anda boros berbelanja.

3. Letak Target Untuk Beli Barang
Bagi anda yang boros berbelanja, sudah sampai masanya untuk anda ubah sifat itu. Tidak dinafikan setiap diantara kita mempunyai keinginan untuk mendapatkan barangan yang di minati.

Tapi ingat, sifat ini akan memakan diri. Sebaliknya anda senaraikan dulu barangan mengikut keperluan. Jika sesuatu yang anda inginkan itu adalah jumlah yang besar. letak target untuk memilikinya. Berbelanjalah ikut kemampuan anda.

4. Beli Hanya Bila Perlu
Dalam era sekarang, perniagaan online pastinya memudahkan anda untuk mendapatkan barangan yang diinginkan. Tapi ingat! Jangan terpedaya dengan iklan atau strategi pemasaran yang ditonjolkan sebaliknya anda membeli barangan yang perlu sahaja.

5. Bijak Menabung
Bagi yang bakal menimbang cahaya mata, anda perlu membuat kajian dan carian untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat bagi tujuan tabungan dan pelaburan untuk anak.

Pelaburan yang diyakini selamat dan menguntungkan seperti Amanah Saham Bumiputera dan tabungan di Tabung Haji antara yang menjadi pilihan ibu bapa.

6. Ambil Insurans Nyawa
Mungkin ramai menyangka insurans sesuatu yang membazir kerana hanya membuat pembayaran untuk sesuatu yang tidak diketahui berlaku. Namun, pernahkah terfikir apa yang terjadi jika ditakdirkan sesuatu yang buruk terjadi kepada anda.

Bagaimana dengan nasib keluarga anda?

Pilih skim insurans yang bertepatan dengan belanjawan bulanan anda kerana sekarang pelbagai skim ditawarkan oleh banyak syarikat. Jangan takut untuk bertemu ejen insurans untuk mendapatkan nasihat skim insurans nyawa terbaik untuk anda berdasarkan jumlah
perlindungan, umur dan jenis pekerjaan.

7. Perlindungan Perubatan Untuk Keluarga
Selain kos sara hidup harian, kos perubatan anak-anak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Dengan adanya pelan perlindungan insurans, anak-anak mempunyai akses kepada rawatan dan ubat-ubatan terbaik jika berlaku komplikasi kesihatan.

8. Buat Bajet Keperluan Rumah
Membesarkan anak memerlukan kos yang tinggi. Untuk itu, perancangan kewangan teliti diperlukan. Anda perlu mencatatkan barangan keperluan rumah dan anak setiap bulan beserta kosnya untuk menjamin kelangsungan kos hidup.

Kos pakaian, lampin, susu formula, perubatan dan vaksinasi adalah antara kos yang perlu diberi keutamaan. Kegagalan untuk merancang dan berfikir ke depan mungkin akan menyusahkan ibu bapa apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di bandar besar.

9. Tabung Kecemasan
Malang sentiasa tidak berbau. Namun anda perlu sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan. Mungkin jumlah simpanan tabung kecemasan tidak mencukupi untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang,  tetapi dengan memulakan tabung kecemasan sedikit sebanyak dapat membantu anda mencapai kestabilan kewangan

Penting untuk anda memulakan tabung kecemasan seawal mungkin kerana ia mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai jumlah sasaran  simpanan kecemasan anda. Jangan tangguh dan mulakan tabung kecemasan anda sekarang.

Simpan mengikut kemampuan anda dan terus berdisiplin dalam menyimpan. Bak kata pepatah, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan.’

[TIP KEWANGAN]

  • Tiada Tabung Kecemasan Punca Keluarga Di Bebani Hutang. Ini Cara Untuk Hidari Dari Masalah Ini

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club