Malang tidak berbau, baru-baru ini melalui perkongsian di Instagram Alif Muhaimin ada berkongsi keadaan rumahnya terbakar dijilat api. Lebih mengerikan, ibunya turut terperangkap di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian itu berlaku.
Menurut Alif yang merupakan Hero Remaja 2017 dan juga kini bergelar seorang pelakon yang sedang mengukir nama, ibunya sempat menghantar kiriman Whatsapp di dalam group keluarga semasa kebakaran berlaku.
“Ketika mendapat tahu ibu terperangkap dalam rumah, siapa yang tak risau apatah lagi kami adik-beradik tiada di rumah ketika kejadian. Kami terima mesej daripada ibu yang minta telefon bomba kerana rumah mengalami kebakaran.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Alhamdulillah dalam masa 30 minit, bomba sampai dan berjaya memadamkan kebakaran,” ujarnya.
Difahamkan juga sebaik mendapat berita tersebut, Alif dan adik beradiknya terus bergegas pulang ke rumah bagi menyelamatkan ibu mereka.
Ads
Tambah Alif, adiknya nekad memanjat pagar depan rumah untuk mencari kunci. Susulan daripada itu, adiknya melecur di bahagian tangan.
“Mujur adik-beradik saya sampai dahulu ke rumah dan Hazirah terus masuk ke dalam. Disebabkan itu tangannya melecur daripada pergelangan tangan sehingga ke bawah siku.
“Saya terpaksa angkat ibu kerana dia sudah tak bermaya dan berada dalam keadaan trauma. Alhamdulillah ibu tak mengalami sebarang kecederaan cuma terkejut selain risau di mana kami sekeluarga akan tinggal selepas ini,” ujar pelakon ‘Sentuhan Najwa’ ini lagi.
Bercerita lebih lanjut, Alif berkata ibunya berada dalam keadaan yang selamat meskipun rumah mereka hangus terbakar. Alif turut meluahkan rasa kagum dengan kebesaran Allah kerana tiada satu pun ayat atau surah Al-quran dalam rumahnya terkoyak ekoran musibah itu.
Ads
“Allahuakbar , saya jadi lagi yakin bila tak ada satu ayat atau surah Al Quran. Takda satu pun potongan dan koyak , walaupun gambar kedua boleh nampak aircond cair atas tu. Tapi ayat bawah dia cantik je.
“Gambar pertama piring ayat kursi , jatuh bawah pecah. Allah nak yakinkan ada hikmah ni, in shaa Allah.
“Alhamdulillah, kami sekeluarga reda kerana percaya ada hikmah di sebaliknya… Mungkin Allah nak gantikan rumah yang lebih baik. Cuma saya mohon agar orang ramai doakan urusan kami semua dipermudahkan. Buat masa ini, kami sekeluarga menumpang di rumah kawan abang saya,” tuturnya.
Pasca banjir tentunya banyak perkara yang harus dilakukan termasuk membersihkan rumah. Ketika ini menghasilkan bau yang kurang menyenangkan sekitar rumah.
Selain membeli pewangi di pasaran sebenarnya, anda boleh menggunakan tumbuhan dari alam semulajadi mempunyai bau dan haruman tersendiri.
Begini 6 caranya, jom ikuti cara penyediaannya.
1.Wangian segar dan harum dari daun pudina, dengan cara ambil beberapa helai daun pudina dan rendam di dalam bekas berisi air. Letak di mana-mana sudut sama ada anda boleh letakkan di meja ruang tamu contohnya. Daun pudina ini mampu bertahan selama dua hingga tiga hari.
2. Cuba ambil beberapa helai daun pandan kemudian racik atau cincang halus bersama beberapa kuntum bunga-bungaan. Jadikan seperti pot pouri atau bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.
Kemudian gantung atau letakkan di sudut rumah agar wangian daun pandan tersebut merebak ke seluruh rumah. Selain boleh mewangikan rumah, bau daun pandan juga amat dibenci oleh lipas.
3. Selain itu, kelopak bunga mawar diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai. Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi.
4. Serai wangi juga berupaya menghalau nyamuk dan serangga. Caranya ambil beberapa batang serai wangi dan buang sedikit daunnya, letak di dalam bekas yang panjang. Makin lama serai wangi ini akan mengeluarkan aroma makin kuat.
5. Belah limau nipis. limau purut atau kasturi kepada dua bahagian dan simpan di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan. Hirisan limau nipis atau kasturi juga boleh dicampur bersama sabun pencuci pinggan untuk aroma yang lebih menyegarkan. Ia juga handal untuk menghapuskan kotoran berminyak.
6.Kayu manis dan bunga cengkih bukan untuk buat masak sahaja. Ia juga boleh digunakan sebagai petua wangikan rumah. Caranya, ambik segenggam kulit kayu manis beserta bunga cengkih dan rebus sehingga mendidih. Apabila sejuk, gunakan air rebusan tersebut untuk mengemop lantai dan kabinet. Rempah ratus ini mempunyai haruman dan kesegaran tersendiri. Di samping wangikan rumah, duit pun jimat.
Semenjak kes semalam, bayi lelaki Adam Raykal, 5 bulan yang dijumpai mati di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya, buat semua ibu-ibu gundah gulana, gelisah dan bimbang untuk menghantar anak ke rumah pengasuh.
Rasa bimbang itu sentiasa menghantui namun apakan daya, ibu terpaksa bekerja demi memenuhi keperluan hidup. Tawakal dan berserah pada Allah adalah perkara yang mampu dilakukan.
Pun begitu perkongsian seorang wanita ini, Uyu Fatehah pasti buat ibu-ibu makin lega dan mengurangkan rasa bimbang. Usaha dan terus tawakal pada Allah.
Buat ibu bapa yang mahu tinggalkan anak dengan pengasuh, boleh amalkan doa ini.
Ini doa yang guru saya, Almarhum Tuan Guru Ust Dr. Haron Din ajar dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
Berjauhan dari keluarga adalah detik menyedihkan, lebih-lebih lagi bagi individu yang tidak pernah berpisah dengan orang tersayang. Selalunya bagi anak-anak yang sedang meningkat dewasa, berpisah disebabkan melanjutkan pelajaran itu dah menjadi lumrah bagi sesebuah keluarga.
Sedangkan berjauhan di dalam negara pun kadangkala ibu bapa dah susah hati , apatah lagi jauh ke negara orang. Apa yang penting jangan putuskan hubungan dan kekal berkomunikasi antara keluarga di mana sahaja berada.
Itulah yang akan dihadapi oleh anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona telah berangkat ke United Kingdom (UK) bagi menyambung pengajian selama tiga tahun.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Azhar sendiri di laman Facebooknya dengan memuat naik sebuah video keberadaan mereka di lapangan terbang menghantar dua cahaya matanya pada Ahad.
Dalam video tersebut Azhar menitipkan pesanan kepada dua cahaya matanya agar belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan solat lima waktu.
Menurut aktor berumur 51 tahun itu, Andika melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-Undang Maritim manakala Leona pula bidang Pengurusan. Malah dia juga sempat berseloroh agar anak perempuannya pulang dengan imej baru memandangkan cuaca di sana sejuk.
“Mami (panggilan Azhar) tak rasa sedih sangat mungkin sebab mereka dari kecil dah biasa mengembara ke seluruh dunia sebab sertai event Jamboree Pengakap atau Girl Guides Dunia.
Tiga tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan imej baru….UK kan sejuk.. Hahahaha.” tulisnya.
Sebelum ini, Leona menerusi video yang dikongsikan di TikTok, akui masih belum bersedia untuk memulakan kehidupan baharu.
“Saya sangat sedih nak tinggalkan keluarga di sini dan tidak bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam hidup saya.” katanya dalam mood sedih.
Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai dua anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...