
Buat keluarga yang menggemari masakan berasaskan kari, tentu sahaja acapkali memasak memerlukan daun kari untuk menyempurnakan rasa masakan.
Namun sekiranya tiada pokok kari ditanam, agak sukar juga jadinya untuk mendapatkan daun kari yang segar setiap kali memasak.
Jadi apa kata andai balik ke kampung, bolehlah ambil seberapa banyak daun kari untuk dijadikan stok di rumah.
Cara untuk pastikan daun kari tersebut kekal segar, ada triknya. Dan ini dikongsikan oleh Mosba Imus untuk manfaat semua. Selamat mencuba.
“Preseved Curry Leaf In The Oil”
Cara2 nak simpan Daun Kari supaya mudah & tahan lama.Sesuai utk yg tiada pokok sendiri dirumah ataupun time balik kampung jika ada masa terluang.
Bila nak masak just buka balang ambil masuk je dalam kuali.Anytime anywhere so so easy.
Pagi tadi trimming pokok Daun Kari sebelum Mendungak Tingggi Kelangit. Banyak daun jadi saya kongsi pada yg ingin mencuba.
Step 1
Step 2
Step 3
Step 4
Sumber : Mosba Imus
Pengumpul Pinggan Mangkuk Luminarc, Ni Je Caranya Dapat Beli Dengan Diskaun 80%. Rugi Kalau Dilepaskan!

Tabiat suka mengumpul pinggan mangkuk ini seakan sudah menjadi kemestian bagi kaum ibu yang tiada siapa dapat menafikannya. Bagi wanita, memiliki sekurang-kurangnya satu koleksi pinggan mangkuk berjenama menjadi suatu kepuasan pada diri.
Walau sedar harga barangan tersebut bukannya murah, namun itu bukan penghalang untuk kaum ibu mempunyai koleksi peribadi pinggan mangkuk yang dirasakan cukup bernilai. Percaya alah membeli menang memakai, itu sudah memadai untuk kaum ibu terus setia dengan jenama pinggan mangkuk kesayangan mereka.
Apatah lagi menjelang Hari Raya, akan dipastikan set pinggan mangkuk terbaharu dan terbaik akan dibeli untuk dijadikan sebagai perkakasan menghidang untuk tetamu yang bertandang ke rumah. Semahunya layanan paling istimewa ingin diberikan kepada sanak saudara dan rakan taulan sebagai tanda kunjungan tersebut amat dihargai.
Bertepatan dengan itu, TESCO memberikan tawaran yang cukup eksklusif kepada ahli CLUBCARD TESCO dan khususnya buat pencinta koleksi pinggan mangkuk Luminarc bagi menceriakan lagi sambutan Hari Raya tahun ini. Kempen ini berlangsung 13 Mei hingga 17 Julai 2019 di setiap pasaraya TESCO seluruh Malaysia.
Melihat pada tawaran yang diberikan, nyata bukan biasa-biasa. Di mana setiap pembelian set Luminarc akan diberikan diskaun sehingga 80%. Wow! Tentunya ini satu berita yang cukup mengujakan bagi pengumpul setia produk pinggan mangkuk Luminarc yang telah lama mengetahui kualiti dan rekaan produknya yang menarik.
Jadi bagaimana sebenarnya cara untuk pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini?
Ya! Mungkin ada yang belum mengetahuinya, sekarang TESCO telah melancarkan Aplikasi Tesco Collectibles Baru dan anda perlu muat turun aplikasi tersebut. Aplikasi ini cukup mesra pengguna hinggakan seusia mak-mak kita juga boleh lakukannya dengan mudah.
Sekiranya anda pengguna iPhone, klik pautan Apple Store https://itunes.apple.com/my/app/tesco-collectibles/id1462852663?mt=8
atau jika anda pengguna setia android, klik pada pautan Google Play ini https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.tesco
Dan sebelum itu, jangan lupa anda perlu menjadi ahli Clubcard Tesco terlebih dahulu dan kemudian barulah login di aplikasi tersebut. Untuk menjadi ahli Clubcard, anda boleh mendaftar dengan datang ke Pasaraya TESCO, atau boleh juga mendaftar secara dalam talian dengan melayari https://clubcardregister.tesco.com.my/
Setelah muat turun, setiap kali berbelanja RM 30 anda layak menerima 1 e-stem dan anda harus kumpul hingga 8 e-stem untuk membolehkan anda membeli koleksi set Luminarc dengan tawaran harga diskaun sehingga 80%.
Untuk itu, pastikan Aplikasi Tesco Collectibles Baru ini ada di dalam telefon pintar anda agar peluang keemasan ini dapat digunakan sebaik mungkin. Jadi dapatlah anda sekeluarga beraya penuh gaya tanpa ‘menipiskan’ dompet duit!
Andai ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan ini boleh layari https://collectibles.tesco.com.my/
Petua Simpan Daun Ketumbar Kekal Segar Selepas Sebulan. Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!

Biasanya sayuran hijau seperti daun ketumbar misalnya mudah busuk dan layu. Tapi ada cara andai ibu-ibu mahu pastikan ia dapat tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad
PETUA simpan daun ketumbar kekal segar selepas sebulan.
Kat rumah sis wajib ada daun ketumbar ni untuk perasa dan hiasan dalam nasi ayam, sup, tom yam dan kerabu ala Thai 😋. Jadi, kenalah buat stok. Malas pulak nak ke kedai runcit setiap kali nak masak.
Sis suka daun segar untuk dijadikan hiasan diatas lauk, masih kekal warna hijau daunnya. Barulah cantik presentation makanan 😘
Sebelum ini sis rendam akarnya dan masukkan dalam bekas yang sama. Ia tidak tahan lama dan akar cepat reput dan busuk. Mungkin juga sebab sis tak kerap tukar airnya.
Oh ye, ada yang suka simpan dalam freezer dengan cara masukkan dalam bekas kiub ais dan ada yang masukkan dalam plastik aiskrim supaya jimat ruang. Sis tak guna cara ni sebab nak kan daun yang segar buat hiasan atas makanan.
Sis pula lebih pentingkan bentuknya, guna container macam ni lebih praktikal bagi sis. Bekas pon senang nak basuh dan keringkan. Sis dah guna beg ziplock. Tak serasi, leceh nak basuh dan lambat kering.
Nak tahu resultnya tengok pada setiap gambar ye.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cara Mudah Tukar Duit Syiling & Simpan Terus ke Akaun Bank, Tak Perlu Beratur Di Kaunter. Jimat Masa!

Duit syiling bersepah di rumah? Nak kira malas sebab banyak sangat nak kira satu persatu. Atau duit dalam tabung yang disediakan sudah penuh?
Apa kata cuba cara yang dikongsikan oleh saudara Anan Adli ini.
Assalamualaikum! Morning! Pagi ni saya nak share tentang mesin deposit syiling. Korang ada banyak siling tak kat rumah? Dalam tabung ke, dalam bekas ke. Kalau ada, korang boleh masukkan syiling-syiling tersebut ke dalam mesin deposit syiling. Maybe ada yang tak tahu lagi kan. Mudah sangat! Ok yang ni saya share kan menggunakan Maybank ye. Bank lain saya tak cuba lagi.
Ini step-step dia:
Pergi ke cawangan yang ada mesin ni. Tak semua cawangan Maybank ada. Utk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.
Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ni intelligent utk asingkan setiap syiling. Hehe. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima tau.
Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu utk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, no acc dan juga no telefon.
Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form utk diisi. Isi nama, no acc dan jumlah wang syiling yg dah di deposit tadi.
Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke acc petang nanti (kalau pergi pagi la)
Sedikit info dan peringatan :
Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut utk check availaibility of the machine. Kot2 tengah maintenance ke kan. Kot2 dah takde ke kan. Buang masa je datang.
Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ni ikut waktu operasi bank. Dia bukan mcm cash deposit machine mcm biasa tu. Sebab resit tu kena bagi balik kat kaunter khidmat pelanggan.
Resit tu valid satu hari je tau. Lepas dapat resit kat machine, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan gatal pegi esok pulak. Haha.
Kira betul2 jumlah syiling tu. Make sure jumlah sama dgn yang dikira di mesin.
Maybank Coin Deposit Machine: (list diambil dari website M2U)
KL Main Branch
Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
Shah Alam Main Branch
USJ Subang Jaya Branch
Seremban Branch
Jelapang Branch
Melaka Main Branch
Johor Bahru Main Branch
Jelutong Branch
Alor Star Branch
Taman Tas Branch
Kuala Terengganu Branch
Kota Bharu Branch
Wisma Satok Branch
Kota Kinabalu Branch
Rawang Branch
Bandar Baru Selayang Branch
Bandar Sunway Branch
Equine Park Branch
Station 18, Ipoh Branch
Skudai Branch
Batu Pahat Branch
Prai Industrial Estate Branch
Legenda Heights Branch
Pulau Langkawi Branch
Paka Branch
Tanah Merah Branch
Mutiara Damansara Branch
So jangan letak merata rata duit syiling tu. Kumpul dlm tabung, dah banyak boleh masukkan dlm mesin tadi . Selamat menabung!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club