
Untuk mendapatkan sesuap nasi, semua sanggup berusaha gigih. Tolak ke tepi soal malu, penat dan sebagainya. Yang utama, rezeki halal untuk keluarga.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @kakwawaaaaa, seorang lelaki yang berniaga tanpa meja di tepi jalan benar-benar mengundang sebak ramai.
Peniaga tersebut dilihat memangku diribanya makanan tersebutl kerana meja dan kerusi yang sering digunakan untuk berniaga hilang. Lelaki itu sendiri tidak tahu mana pergi kerusi meja miliknya sama ada dibuang ataupun dicuri.
Jadi, pengguna TikTok berkenaan mengambil inisiatif memberinya kerusi dan meja bagi membolehkan lelaki itu berniaga tanpa perlu memangku jualannya.
Perkongsian tersebut mengundang reaksi ramai. Rata-rata melahirkan rasa sebak Dan kagum dengan kegigihan lelaki tersebut mencari rezeki.
Tak kurang yang memuji keprihatinan serta pertolongan @kakwawaaaaa yang menghulurkan bantuan kepada lelaki tersebut.
Bahkan ada yang bertanyakan lokasi lelaki itu berniaga dan ingin membeli brownies jualannya sekali gus memberikan bantuan untuk membolehkan dia berniaga dengan lebih selesa.
Watch on TikTok
Sumber: TikTok @kakwawaaaaa
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ajaibnya Cantik Dengan Susu, Wajah Jadi Berseri! 2 Wanita Ni Buat Sendiri Bahannya.

Susu mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi yang baik untuk tubuh badan. Sejak dari kecil kita mengamalkan minum susu dan sehinggalah dewasa tetap menikmati khasiat susu setiap hari bagi mencegah kerosakan gigi, osteoporosis dan sebagainya.
Malah tidak dengan itu sahaja, penggunaan susu untuk kecantikan kulit wajah memang efektif. Umumnya tahu, jika rajin amalkan biasanya akan menjadikan kulit lebih lembut dan wajah nampak berseri-seri.
Ini diakui sendiri oleh Kak Yanie. Menurutnya, “Ini rutin hujung minggu kak Yanie. Jom hilangkan flek hitam dan parut jerawat. Kalau rajin buat je setiap hari pasti dapat hasil yang WAW. Sekarang ni wanita semua dah bijak memilih. dah ada kesedaran tentang pentingnya makanan kulit secara alami. Back to nature omputih cakap.
“Masker wajah merupakan cara merawat wajah yang sudah lama diamalkan ramai wanita sejak dulu lagi. Nak hasil luar biasa, usaha pun kenalah seiring kan. Hanya 3 bahan di dapur mampu pudarkan parut dan putihkan wajah cara alami. Yelah korang jangan 100% bergantung pada produk semata-mata kan.”–Yanie Rosdi
Khasiat Masker Susu :
1.Mampu menghilangkan mata panda
2.Mencerahkan kulit
3.Mengecilkan pori-pori kulit
4.Melembabkan kulit kering
5.Menyamarkan noda hitam
6.Mengencangkan kulit wajah
7.Menghilangkan jerawat
Bahan-bahan :
Putih Telur
Lemon
Susu Tepung
Cara:
- Bancuh semua dan oleskan pada seluruh muka.
2. Biarkan selama 40 minit kemudian bilas.
sumber : Yanie Rosdi via KELAB SAYANG KULIT
Ini pula satu lagi perkongsian daripada Myrah Che Rani yang juga menggunakan susu dalam perawatan wajah. Menurutnya dengan menggunakan 2 bahan hebat (SUSU & TOMATO) kulit wajah boleh menjadi CERAH, KECUT KAN JERAWAT DAN HILANGKAN SUNBURN.
Ini yang dikongsikannya
Jom buat masker untuk kecutkan jerawat, sunburn dan cerahkan kulit. Mesti ramai yang stress dengan kak jerry,kulit gelap dan sun burn kan. Pantas ada yang pm kak myra kan minta kak myra share tips. So kak myra nak bagi petua terbaik untuk cerahkan kulit cara 2 bahan hebat untuk kulit dalam satu masker.
Bukan omong kosong, ramai dah akui keberkesanan masker ni. Orang putih pun buat tau! Ada tomato dan susu segar didapur? Okay jom buat
Bahan :
tomato & susu segar (kalau takde susu segar, boleh ganti dengan yogurt)
Cara buat :
1. Lenyekkan tomato hingga hancur
2. Campurkan sedikit susu segar hingga jadi pes (jangan cair sangat, cukup cukup untuk sapu dan melekat dekat muka)
3. Tunggu 30-40 minit.
4. Bilas dengan air bersih.
Manfaat masker susu ni.
*Kecutkan jerawat
*Mencerahkan kulit muka .
*Atasi masalah sunburn yang memedihkan.
*Pudarkan parut perlahan-lahan
*Jadikan kulit lebih lembut, licin dan glowing
*Menyerap lebihan minyak .
*Menyejukkan kulit
Kenapa TOMATO dan SUSU?
Tomato ni sangat sinonim dengan kecantikan kulit muka. Sebabtu supplement berasaskan tomato ni boleh kata agak mahal berbanding supplement lain. Kandungan antioksidan seperti lycopene dan zea-xanthin dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas. .
Dicampur pulak dengan susu yang kandungan vitamin serta zat aktif yang terdapat dalam susu dah diakui dapat menyegarkan dan membuat kulit lebih cerah jika dibuat masker dan diamalkan.
sumber : Myrah Che Rani
Petua Goreng Ikan Tak Melekat, Meletup & Rangup Yang Mungkin Ramai Tak Tahu. Mak-Mak Patut Cuba Ni!

Ikan memang sedap bila digoreng. Tetapi ada satu masalah yang sering dialami oleh kaum ibu di dapur tatkala menggoreng ikan. Sama ada ia melekat di kuali atau meletup-letup semasa menggoreng.
Ikan goreng, tak kiralah ikan keli, kembung, siakap, bawal dan sebagainya, memang sedap apabila diratah. Namun, nak mendapatkan ikan goreng yang sempurna kalau tak tahu caranya. Lebih-lebih lagi ikan yang berlendir seperti ikan keli. Memang meletup-letup la jawabnya!
Itu belum bab kulit ikan yang digoreng akan melekat pada kuali. Bila diangkat, habis isinya hancur. Berikut dikongsikan petua goreng ikan tak melekat di kuali, tidak meletup dan tidak hancur isinya.
Petua Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali Dan Tak Meletup.
Cuci Ikan Sebelum Menggoreng
Antara punca utama ikan meletup-letup semasa menggoreng adalah kerana ia masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, seperti ikan keli yang berlendir.
Dua cara untuk membersihkan ikan yang berlendir:
Gunakan limau nipis dan sedikit garam halus.
Gunakan tepung gandum untuk mencuci ikan. Disarankan juga untuk perap ikan dengan tepung gandum lebih kurang 15 minit.
Dengan kaedah ini bau hanyir ikan juga dapat dikurangkan selain menghilangkan lendir.
Perap Ikan Sebelum Menggoreng
Setelah dicuci bersih, disarankan untuk memerap ikan dengan asam jawa supaya isi lebih enak dan tidak melekat. Asam jawa juga dapat memejalkan isi ikan. Jadi, tidaklah ia berderai dan meletup-letup semasa menggoreng.
Perapan asam jawa ini selalunya dilakukan kepada ikan yang kurang segar atau yang sudah lama berada di freezer.
Panaskan Kuali
Terlebih dahulu, panaskan kuali sebelum menuang minyak. Setelah menuang minyak, pastikan minyak cukup panas sebelum memasukkan ikan.
Uji kepanasan minyak dengan beberapa butir beras atau keropok. Sekiranya ia menembang dengan cepat, ini bermaksud minyak dah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.
Jangan biar terlalu lama dan minyak terlalu panas kerana ia akan membuatkan ikan garing di bahagian luar tapi tidak cukup masak di bahagian isi dalam. Minyak yang terlalu panas juga boleh membuatkan kulit ikan melekat di kuali.
Minyak Yang Banyak
Penggunaan minyak yang banyak membuatkan ikan mengembang dengan baik dan dapat mengelakkan ikan dari menyentuh dasar kuali. Ini sedikit sebanyak mengelakkan kejadian ikan melekat di kuali ketika menggoreng. Dengan itu, ikan akan masak di semua bahagian dengan sekata.
Bahan Salutan
Kepada yang suka hasil gorengan yang rangup, bolehlah gunakan tepung beras untuk meyalut ikan. Salutan membantu mengelakkan ikan melekat di kuali. Boleh juga gunakan kunyit untuk menyalut ikan.
Salah satu lagi cara untuk mendapatkan gorengan yang rangup adalah dengan mencelupkan ikan ke dalam celupan telur. Kemudian salutkan dengan tepung atau serbuk roti sebelum di goreng.
Petua Orang Lama Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali
Menurut orang-orang lama, beberapa bahan berikut boleh mengelakkan ikan dari melekat ketika menggoreng:
Asam Keping – goreng beberapa keping asam keping terlebih dahulu sebelum mesaukkan ikan.
Garam – taburkan sedikit garam ke dalam minyak panas, kemudian goreng ikan seperti biasa.
Halia – gorengkan beberapa keping halia sebelum menggoreng ikan.
Kulit bawang – Masukkan kulit bawang semasa menggoreng ikan.
Bungkus Daun Pisang
Untuk ikan yang bersaiz besar, anda boleh bungkuskan dengan daun pisang semasa menggoreng.
Caranya mudah. Terlebih dahulu bersihkan daun pisang. Balut ikan dan goreng dalam minyak panas seperti biasa. Daun pisang berfungsi untuk menyerap panas dan mengelak dari ikan meletup-letup semasa menggoreng. Bila cukup masak, daun pisang akan terlerai dengan sendirinya. Hasil masakan juga akan lebih berbau wangi.
Penutup Periuk
Sediakan penutup periuk berdekatan untuk menutup kuali jika anda bimbang minyak akan terpercik. Kecilkan api sebelum membuka penutup masa nak terbalikkan ikan.
Diingatkan supaya berwaspada ketika nak membalikkan ikan, agar ia cukup masak terlebih dahulu. Jangan terlalu awal dan terlalu lambat. Sekiranya diterbalikkan berkali-kali, ikan boleh pecah dan isinya berderai.
Selamat Menggoreng
Dengan beberapa kali percubaan, anda pastinya akan berjaya mengoreng ikan dengan baik. Semoga dengan petua ini, anda akan mahir mengoreng apa jua jenis ikan dengan baik.
Sumber: Sehinggit
“Saya Sudah Cuba Rawatan IVF 5 Kali, Cuma Tak Cerita Pada Orang.” Perkongsian Siti Lepas 4 Bulan Dapat Aafiyah.

11 tahun menanti untuk mendukung dan memeluk zuriat sendiri bukanlah mudah. Pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi. Itu belum termasuk kata-kata dan cercaan orang kononnya duit banyak tapi tidak berusaha.
Di sebaliknya, orang tidak tahu pelbagai kaedah dan rawatan yang Dato’ Sri Siti lakukan, namun tidak berjaya. Sebut sahaja baik tradisional seperti mengurut mahupun kaedah rawatam, segalanya dicuba namun kalau Dia kata belum masanya , usaha bagaimana sekalipun tidak berjaya.
Menerusi sedutan program terbaru #AbitWithEbit episod ke-3 dibawakan khas oleh #alfatehjunior menerusi saluran @114TvAlhijrah, Dato Sri Siti berkongsi cerita tentang dugaan yang dilalui dan penantian selama 10 tahun demi menimang cahaya mata.
Malah, inilah pertama kali biduanita yang juga penyanyi nombor satu negara membuka mulut bercerita dengan masyarakat perjalanan rawatan yang dilakukan selama ini sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Siti Aafiyah.
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Di dalam rancangan tersebut Dato Sri Siti mengakui 10 tahun bergelar isteri, dia tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat.
“10 tahun itu adalah satu tempoh yang lama tapi saya dah kuat kerana saya dah positif dan fikirkan yang baik saja kepada Allah sebab saya dah cuba macam-macam rawatan.
“Pergi berurut, buat rawatan tradisional dan juga rawatan moden. Saya dah buat IVF lima kali tapi tak cerita pada orang kerana tak nak nanti orang kata itu pun nak cerita orang.
“Ada sesetengah cakap dan tulis, ada duit banyak pun tapi tak nak berusaha, padahal saya dah usaha cuma saya tak beritahu sahaja,” ujar Dato Sri Siti dengan nada penuh emosi.
Sabar dan cekalnya Dato’ Sri Siti dalam usaha mendapatkan zuriat sendiri.
Semoga kecekalan ibu Aafiyah ini menjadi inspirasi kepada bakal ibu di luar sana yang sedang dalam proses mendapatkan anak.
Malah, Penceramah dan juga pengacara bagi program tersebut, Ebit Lew pernah berkongsi cerita ketika menemu bual Dato’ Sri Siti sewaktu rakaman ini dilakukan Bulan Julai yang lalu.
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Sumber: IG ebitlew