Demi mendapatkan wang, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah mencederakan insan yang tidak berdosa. Demikian yang berlaku kepada sepasang suami isteri yang cedera selepas bergelut dengan peragut semalam. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Keting, Bachok Kelantan awal pagi semalam.

Dalam kejadian 11 pagi tadi, mangsa Alias Awang, 64, parah di tangan dan kaki kanan manakala isterinya, Rahimah Mat Hasan, 56, cedera di mulut.

“Tiada Maaf Buat Peragut Kerana Aniaya Orang Tua Seperti Kami.” Terima Lebih 60 Jahitan, Suami Isteri Ini Cedera Diragut Ketika Balik Dari Masjid

“Tiada Maaf Buat Peragut Kerana Aniaya Orang Tua Seperti Kami.” Terima Lebih 60 Jahitan, Suami Isteri Ini Cedera Diragut Ketika Balik Dari Masjid

Anak mangsa, Mohammad Ayub Alias, 35 berkata, ketika kejadian ibu bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pauh Lima, Bachok dengan motosikal Honda Ex5 selepas mendengar kuliah agama di Pasar Selasa di Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh.

“Sebaik keluar dari Pasar Selasa, ibu bapa dikejar dua peragut yang turut menaiki motosikal dari arah Kedai Menanti ke Kampung Keting, Bachok. Menurut cerita ayah, dua peragut itu tiba-tiba mengejar mereka dan cuba merampas beg yang diletakkan di atas riba mek (ibu).

Ads

“Tindakan itu menyebabkan ayah dan mek terjatuh daripada motosikal menyebabkan mereka cedera teruk.

“Seorang daripada peragut cuba merampas beg, namun gagal apabila mek sempat memulas tali beg dan kebetulan penduduk kampung melalui jalan itu menyebabkan dua peragut melarikan diri,” katanya 

Sementara itu, Rahimah memberitahu tidak akan memaafkan kesalahan yang dilakukan peragut terhadap dirinya dan suami.

“Tiada Maaf Buat Peragut Kerana Aniaya Orang Tua Seperti Kami.” Terima Lebih 60 Jahitan, Suami Isteri Ini Cedera Diragut Ketika Balik Dari Masjid

Ads

“Tiada maaf buat peragut kerana menganiaya orang tua seperti kami, hanya untuk dapatkan duit dengan mudah. Akibat kejadian ini , kami menerima lebih 60 jahitan di mulut, lengan, kaki kanan dan kedua-dua belah betis selepas terjatuh dalam parit akibat bergelut dengan dua peragut.

“Saya sendiri menerima 20 jahitan di mulut dan sakit seluruh tubuh, manakala keadaan suami lebih teruk apabila parah terkena tar jalan.

“Tiada Maaf Buat Peragut Kerana Aniaya Orang Tua Seperti Kami.” Terima Lebih 60 Jahitan, Suami Isteri Ini Cedera Diragut Ketika Balik Dari Masjid

Ads

“Keadaan suami sendiri memang sudah tidak sihat memandangkan dia baru menjalani pembedahan membuang usus pada 2016 lalu, dan sekarang pula perlu tanggung sakit akibat peragut menyebabkan kesihatannya bertambah teruk.

“Sebab itu, sukar saya nak maafkan peragut itu, tambahan pula kami berdua pernah kena ragut pada dua tahun lalu di Kubang Kerian. Sekarang saya jadi trauma nak pergi ke mana-mana.

“Mak cik tak nampak wajah mereka sebab mereka berdua memakai topi keledar yang menutup muka mereka, cuma mak cik ingat pemboncengnya bertubuh kurus,” katanya.

Bagi Alias pula, dia berharap masyarakat mengambil iktibar kejadian menimpanya dan isteri apabila tidak meletakkan beg tangan di tempat terdedah kerana boleh mengundang jenayah.

Sumber: Astro AwaniFacebook

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI