“Tiada Lagi Yang Mengadu Lapar & Bertanya Masak Apa Hari Ni.” Kongsi Masakan Terakhir Dijamah Arwah Suami, Luahan Wanita Ini Undang Sebak

Share

Bukan mudah menerima kenyataan orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi perginya sekelip mata sahaja. Bukan tidak reda namun hati belum boleh menerima sepenuhnya. Lebih memilukan bila mana anak-anak kecil yang belum mengerti mula bertanyakan di mana ayahnya.

Inilah situasi yang dialami oleh seorang wanita bila mana suami yang disayang dijemput Ilahi. Pemergiannya yang secara tiba-tiba akibat penyakit strok ternyata memberi impak pada isterinya yang dikenali sebagai Norashikin M. Nor .

mulut susah nak bergerak, badan dah cramp

Tabahkan hati balik ke rumah. Banyak hal perlu diuruskan. Dedobot sampai-sampai terus mintak nak baring. Selesa dapat tido kat rumah sendiri. Lena nampaknya, malam tadi terganggu betul tidur dua beradik ni.

Asyik bangun meracau and merengek-rengek malam itu. Kakak Khayla berpesta dengan mainan dia. Tapi pagi-pagi lagi dah tanya mana Papa? Tak mahu makan minum asyik termenung. Mama jadi blur tiba.

Pukul 2 pagi masih terbayang lagi susuk tubuh Papa Muhammad Khairul Abdullah tiba muncul di depan pintu bilik. Dia mengadu mulut susah nak bergerak, badan dah cramp. Tak sampai seminit dia mengogoi, terus rebah tak boleh bergerak. Mengiringkan dia ke sisi, terus muntah segala isi perut.

Ketulan darah besar di dalam otak

Tanpa berlengah terus call ambulans and maklumkan adik ipar. Sambar dokumen penting, bergegas buka segala pintu dlm keadaan kaki yang masih menggigil. Dedobot ketakutan tengok keadaan papa, melalak tak berhenti-henti. Ambulans sampai terus ke hospital ditolak masuk ke zon merah. Doc sahkan serangan stroke akibat tekanan darah tinggi. Terpaksa di koma untuk elak keadaan jadi bertambah parah.

Selepas CT scan, ada ketulan darah besar di dalam teras otak betul-betul di belakang tengkuk (tempat selalu papa ngadu sakit). Tiada rawatan or pembedahan boleh dibuat. Boleh on-tube utk 2 minggu lagi tapi pengakhirannya tetap sama. Enggan menyeksa, dengan berat hati terpaksa buat keputusan melepaskan papa pergi perlahan-lahan. 

Papa rupanya mahu berjumpa Yang Maha Esa di sisi anak2 and keluarga tercinta.

Masakan terakhir untuk suami 

Dalam satu page masakan, wanita ini berkongsi masakan terakhir untuk suaminya.

Kenangan masakan terakhir saya buat suami tercinta Muhammad Khairul Abdullah, minggu lepas sebelum terjadinya perpisahan abadi kami.  Sedap atau tak, selalunya dia makan saja apa yang saya hidangkan tanpa banyak soal. Dah takde lagi orang nak mengadu lapar and bertanya saya masak apa hari ni.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihii wa’fu’anhu. “Ya Allah, ampunilah dia dan kasihanilah dia (rahmati) dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia”. Amin Allahumma amin.

RESIPI GRILLED TERIYAKI CHICKEN

Kaedah: Panggang (Philips airfryer 180C 10 minit, terbalikkan ayam tmbh 5 minit lagi)

Bahan-bahan:
5 ketul ayam, dicuci bersih
Setgh cawan kicap lemak manis
2 camca besar cuka makan
1 camca besar minyak bijan
2 camca besar gula perang
3 inci halia, dihiris halus
1 ulas bawang putih, dicencang
Sedikit tepung jagung

Cara membuatnya:
1. Campurkan kicap, cuka, minyak bijan, gula perang, halia n bawang putih ke dlm sebuah bekas. Kacau rata n asingkan sedikit utk memerap ayam.

2. Perap ayam menggunakan campuran tadi minimum setgh jam. Kemudian panggang ayam di dlm airfryer atau oven sehingga ayam masak. Boleh juga grill di atas kuali non stick n tutup.

3. Sementara itu, sediakan sos teriyaki dgn menggunakan baki campuran kicap. Tambah sedikit tepung jagung bertujuan memekatkan lagi sos. Panaskan sebentar di atas api.

4. Salut atau glis ayam panggang dgn sos teriyaki n tabur bijan sangai sebagai hiasan. Jika mahu pedas, tambah hirisan cili api semasa memasak sos. Sedia dihidangkan bersama nasi putih and sayur celur.

 Terima kasih atas semua doa, harapan and ingatan yg dititipkan. Buat Papa yang disayangi semua…bersemadilah dengan aman di sana. Moga rohmu dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Curahan kasih sayangmu akan diingati buat selamanya. Amin yarabbalalamin.