Tiada lagi tol percuma untuk perayaan utama! Mulai tahun ini, Kementerian Kerja Raya memutuskan dasar pemberian tol percuma tidak diteruskan, termasuk untuk sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.

Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menjelaskan bahawa perkara ini mungkin berubah jika ada pertimbangan lain, dan sebarang keputusan akan diumumkan dari semasa ke semasa.”

Memetik laporan Sinar Harian, katanya tahun lepas kerajaan sudah memutuskan iaitu pada tahun lalu adalah tahun terakhir tol percuma semasa perayaan, kalau mengikut keputusan itu maka tiada lagi (tol percuma) dan kalau ada mungkin ada pertimbangan lain.

Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Pengguna
Gambar hiasan

“Sebab kerajaan sudah menyelaraskan subsidi secara bersasar tetapi perinciannya akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini pada Selasa.

Ads

Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) ke Persimpangan Bertingkat SAE ini melibatkan jajaran sepanjang 7.2 kilometer mula dibuka bermula pada Rabu.

Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Pengguna

Jom daftar anak-anak ke Kem Solat Bintang Kecil! Peluang istimewa untuk anak-anak belajar solat dengan cara menyeronokkan! Terbuka untuk anak-anak berusia 5-12 tahun. Daftar sini https://kliik.je/product-details/137?title=kem-solat

Ads

Pengguna kini mempunyai laluan alternatif lebih mudah dari Banting menuju ke Shah Alam, Klang, Putrajaya, Kajang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebaliknya dengan sambungan terus ke SKVE dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Alexander berkata, sebagai tanda penghargaan kepada pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE dari Plaza Tol SAE ke Persimpangan Bertingkat SKVE (WCE) dan sebaliknya, mereka akan menikmati tol percuma selama satu bulan.

Ads

“Saya ingin mengingatkan pengguna yang menggunakan laluan dari Plaza Tol SAE menuju ke Plaza Tol Banting atau sebaliknya, bahawa pengecualian tol hanya akan diberikan sehingga Persimpangan Bertingkat SKVE (WCE).

“Kadar tol bagi jajaran sedia ada akan dikenakan seperti biasa mengikut kelas kenderaan masing-masing selepas tempoh sebulan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI