Tiada Lagi Rasa ‘Kosong’ Najwa Latif Kini Bergelar Isteri, Wargamaya Ucap Tahniah

Share

Dalam hidup ini ada perkara menjadi ketentuan Allah swt. Salah satunya adalah jodoh. Ada yang dipertemukan jodoh ketika usia masih muda dan ada juga sebaliknya.

Nyata jodoh itu rahsia Allah, khabar gembira dikongsi oleh penyanyi Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif menerusi Instagram miliknya telah membuatkan peminat terkejut bercampur gembira.

Artikel Berkaitan: “Macam Kakak Dengan Abang.” Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda, Anak 6 Tetap ‘Maintain ‘, Buat Ramai Kagum

Artikel Berkaitan:‘Rezeki Kahwin Muda.’ 29 Tahun, Anak Dah 7 Orang, Ibu Muda Ini Luah Rasa Syukur, Percaya Setiap Anak Ada Rezeki.

Artikel Berkaitan:“Macam Tok Ti Masa Muda.” Bersemut Tengok Bella Dan Suami, Wargamaya Titip Doa

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

KINI BERGELAR ISTERI

Terkenal dengan lagu berjudul ‘Kosong’ dan ‘,Cinta Muka Buku’ Najwa mengumumkan dirinya sudah bergelar isteri kepada pasangannnya Akwa Ariffin yang juga merupakan ahli muzik.

Pada usia 27 tahun, penyanyi bersuara lunak ini berkongsi sekeping gambar di atas pelamin bersama pasangannya.

Bagaikan pinang dibelah dua, penyanyi  yang terkenal dengan lagu ‘Kosong’ dengan kapsyen ringkas.

“Alhamdulillah, kami dah grad.”

 

 

Sesuai dengan kapsyennya ‘Grad’, dirinya bukan calang-calang dalam akademik apabila merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR).

Kemudiannya meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dalam jurusan yang sama di Universiti Malaya (UM). Lebih manis kini, menyambung pengajian di peringkat PhD dalam jurusan TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

WARGAMAYA UCAP TAHNIAH 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan berita gembira itu. Ada juga menitipkan doa dan ucapan tahnia buat pasangan pengantin baru.

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club