Berita

Tiada Lagi Pondok Usang, 11 Beranak Kini Duduk Rumah Baharu

Share

Hati mana yang tidak sedih apabila sebuah keluarga hidup serba daif. Bayangkan dalam sebuah rumah 11 beranak tinggal dalam pondok using. Lebih menguris hati tempat berteduh mereka sudah berusia hampir 20 tahun!

Untuk makluman, sebelum ini tular mengenai kisah 11 beranak yang tinggal di pondok usang tidak berdinding selama hampir dua dekad. Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy selepas menziarahi sepasang suami isteri bersama sembilan orang anak itu di Kampung Rosob, Pitas pada 31 Oktober lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, Edy memaklumkan rumah keluarga ini telah diberi nafas baharu dengan diperbaiki beberapa bahagian rumah yang sudah uzur.

Hadiah daripada Rakyat buat keluarga kakak Vernnah.

Hari air mata, hadiah Rumah Kasih Rakyat daripada Rakyat untuk keluarga kakak Vernnah di Kampung Rosob Pitas, dua minggu lalu kita ada ziarah keluarga kak Vernnah, memang rumah yang mereka duduki 11 beranak sangat sangat uzur, tidur bersempit sempit, tiada dinding, lantai pun ada yang reput sudah. Terdetik di hati untuk bantu serba sedikit dari segi kediaman mereka.

Dan syukur harini, Rumah Kasih Rakyat siap dibina, kita tampal semua bahagian dinding rumah, lantai yang reput kita tukar baru, zink yang rosak kita tukar baru, kita juga buatkan satu lagi bilik buat anak anak kak Vernnah.

10 JAM UBAH SUAI PONDOK JADI RUMAH

Jelas Edy, proses untuk mengubah suai pondok tersebut menjadi sebuah rumah memakan masa dalam 10 jam dan turut dibantu anak-anak kak Vernnah.

Dan kita juga cat sekali dinding rumah mereka, semuanya siap dalam masa 10 jam, edy dan 8 orang team bersama sama dalam misi ini, bergerak daripada Kota Kinabalu jam 2 pagi dan tiba di rumah kak Vernnah jam 6 pagi, masa tu mereka semua sudah pun bangun, terus mulakan kerja kerja baik pulih, team dibahagikan kepada dua, satu team baik pulih dan satu team lagi bina bilik yang baru.

Anak anak kak Vernnah semua pun tolong kemaskan rumah, ada yang tolong cat rumah, semuanya rajin rajin, kata mereka wah cantiknya rumah kami bang, warna merah lagi tu, boleh kami tolong cat?

Boleh bah, kamu cat di bahagian bawah yang rendah ni ya, berebut rebut mereka mahu tolong cat, malam ni kami mahu tidur di bilik yang baru ni abang, mesti sejuk di sini, besok kami mahu bangun lambat sikit lah abang. Melompat lompat mereka di dalam bilik baru, syukur selepas ni mereka lebih selesa sudah tidur, dapat buat kerja sekolah dengan selesa juga, ada lampu juga yang dipasang.

Tidak henti henti mereka ucap terima kasih, semua menunggu di luar rumah sampai ke petang sehingga rumah siap, sempat lagi mereka bermain main di kawasan sekitar, kak Vernnah kata dia tidak pernah sangka akan dapat rezeki sebesar ini, tidak pernah sangka selama 18 tahun mereka di sini, rumah mereka akan berubah bentuk, seperti ada cahaya sudah di rumah mereka, ini semua rezeki daripada Tuhan kakak. Hadiah daripada Tuhan untuk keluarga kakak.

Edy turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan, yang secara langsung membantu meningkatkan keselesaan kehidupan kak Vernnah sekeluarga.

 

Sumber: adrianedy7