Tiada Lagi Nukilan ‘Wanita Di Mata Lelaki’ Dari Datuk Abd Jalil Ali. Semoga Damai Di Sana!

Share

Memetik berita perginya seorang permata di dalam dunia kewartawanan yang dilaporkan Sinar Harian bahawa Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia sebentar tadi.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.

“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.

Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

“Haikal Jalil dalam Facebooknya turut mengesahkan bahawa bapa beliau meninggal dunia 6.32 pagi ini.

Kehilangan Sebuah Bintang

Abd Jalil, 66, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Abd Jalil juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

Penulis Tetap Di Majalah Keluarga

Buat pembaca setia Majalah Keluarga juga pasti terkesan dengan perginya insan yang kita sayangi ini.

Membaca setiap kisahnya di ruangan Wanita Di Mata Lelaki, cukup mencuit hati. Ada sahaja kelakarnya dan ayat-ayat serta pesanan sampoi diberikan berkaitan asam garam kehidupan.

Pastinya selepas ini kita akan terus merindui penulisan beliau yang begitu dekat di hati pembaca.

Bersamalah kita doakan agar arwah Datuk Abdul Jalil Ali ditempatkan di dalam golongan orang-orang beriman. Al fatihah, Amin.

Dikongsikan di sini satu artikel yang pernah diterbitkan di Majalah Keluarga untuk tatapan bersama.

​​​