
Memetik berita perginya seorang permata di dalam dunia kewartawanan yang dilaporkan Sinar Harian bahawa Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia sebentar tadi.
Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.
“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
“Haikal Jalil dalam Facebooknya turut mengesahkan bahawa bapa beliau meninggal dunia 6.32 pagi ini.
Kehilangan Sebuah Bintang
Abd Jalil, 66, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Abd Jalil juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Penulis Tetap Di Majalah Keluarga
Buat pembaca setia Majalah Keluarga juga pasti terkesan dengan perginya insan yang kita sayangi ini.
Membaca setiap kisahnya di ruangan Wanita Di Mata Lelaki, cukup mencuit hati. Ada sahaja kelakarnya dan ayat-ayat serta pesanan sampoi diberikan berkaitan asam garam kehidupan.
Pastinya selepas ini kita akan terus merindui penulisan beliau yang begitu dekat di hati pembaca.
Bersamalah kita doakan agar arwah Datuk Abdul Jalil Ali ditempatkan di dalam golongan orang-orang beriman. Al fatihah, Amin.
Dikongsikan di sini satu artikel yang pernah diterbitkan di Majalah Keluarga untuk tatapan bersama.
Rupanya Ini 7 Rahsia Kejayaan Pengerusi Karangkraf Dan TV Al Hijrah. Inspirasi Perkongsian Ini!

Setiap kejayaan pasti ada kepayahan dan impian yang dicanang dalam diri. Lalu ia menjadi cakna untuk diri menjadi seorang yang berjaya sekali gus memberi kebahagiaan diri dan keluarga.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Taufiq Razif ini sungguh inspirasi setelah menemubual seorang pengerusi Karangkraf Sdn Bhd dan TV Al Hijrah, Dato Dr Hussamuddin Yaacub.
Moga, 7 kunci kejayaan anak kelahiran Kelantan ini akan menjadi inspirasi untuk mengukir kejayaan.
7 ILMU KEJAYAAN
7 Ilmu Mahal Yang Dikongsikan Oleh Chairman Karangkraf & TV Al Hijrah Kepada Saya
Siapa yang tak kenal antara individu paling berpengaruh di Malaysia, Dato’ Dr Hussamuddin Yaacub ni kan?
Dengan jualan tahunan Karangkraf mencecah RM500 Juta setahun dan mampu menjadi syarikat yang sustain selama 40 tahun ni bukan calang calang orang yang boleh buat.
Kebetulan saya baru balik daripada Misi Kemanusiaan di Arakan dua hari lepas. Tiba tiba Ustaz Hakim Mohd Nor Pengurus Besar Serantau Muslim bagitahu ada seorang Dato’ yang buat sedekah rm10 juta setahun nak jumpa. Terus saya stay je di KL sampai keesokan harinya semata mata nak bertemu mata dengan beliau.
Nah. Sekarang saya dah jumpa Dato’ yang bersedekah RM10 Juta setahun tu dan dah berjaya korek sendiri rahsia dan ilmu mahal daripada mulut beliau sendiri semalam. Dah sedia untuk belajar ilmu mahal yang saya dapat daripada Dato’ Dr Hussamuddin ni?
Okey jom baca penulisan saya ni sampai habis.
Ilmu Mahal 1 :
Be A Competitive Dreamer
Dato’ Dr Hussamuddin selalu ulang ayat ni. Saya rasa dalam 4 hingga 5 kali Dato’ ulang ayat ni. “Be a competitive dreamer!”. Maksudnya adalah, boleh bermimpi tapi tolong execute setiap mimpi kita tu dengan cara HARDWORKING & DETERMINATION
Ilmu Mahal 2 :
Mulakan Dengan Kejayaan Kecil Dahulu
Dato’ Dr Hussamuddin bagitahu jangan bermimpi benda yang terlalu susah untuk dicapai dulu. Mulakan dengan kejayaan kejayaan kecil sahaja dahulu. Ini yang akan bawa kita kepada kejayaan yang lebih besar
Ilmu Mahal 3 :
Focus On The Effort, Not The Outcome
Dato’ bercerita macam mana orang Cina selalu ajar anak dia untuk usaha, usaha dan usaha. Melayu pulak banyak ajar anak untuk fikir duit, duit dan duit. Tak salah fikir duit tetapi yang salah adalah we put a very high expectation pada semua benda. Expectations yang terlalu tinggi tu la yang akan bawa kepada frustation.
“Most psychological stress comes from high expectation that does not meet the reality”
Ilmu Mahal 4 :
Tukar Operating Sistem (OS) Kita Dulu
Apa apa kita nak buat, buatlah tapi pastikan OS dalaman kita tu adalah Quranic Based OS dulu. Nak jadi engineer ke doktor ke pastikan kita gunakan Quranic OS dulu.
Caranya adalah tadabbur dan amalkan dengan hati. Tak pandai baca tajwid pun tak apa asalkan pandai apply setiap sistem dan disiplin yang ada dalam Al Quran tu pada mindset dan pemikiran kita. Tu yang Barat lebih berjaya daripada kita sebab mereka ada Quranic OS ni dalam diri mereka walaupun mereka tak beriman padanya.
Ilmu Mahal 5 :
Invest duit extra kita
Beliau bagitahu yang beliau suka invest duit lebihan dia. Bila kami tanya boleh tak buat loan untuk invest? Beliau kata beliau prefer invest dengan extra money, bukan dapat good money after bad money.
Yang saya faham adalah you have to be so good at making money sampai you tak perlu buat apa apa hutang untuk buat investment.
Ilmu Mahal 6 :
Ambil yang perlu sahaja untuk diri sendiri
Dato’ Dr Hussamuddin pesan untuk ambil yang perlu je untuk diri sendiri. Selain itu, sedekah dan agihkan kekayaan tu kembali kepada orang lain.
Ajaibnya, kekayaan tu akan kembali berpatah balik pada kita dengan jumlah yang lebih besar!
Ilmu Mahal 7 :
Senangkan keluarga dan kerabat
Dato’ Dr Hussamuddin pesan kat saya supaya apa apa pun pastikan anak dan keluarga kita bahagia dulu. Kalau isteri mengidam nak makan Musang King sekalipun, bagi je lah kalau mampu.
Selepas itu, pastikan keluarga belah mertua pula bahagia dan jangan sampai ada seorang pun yang menderita dan kesusahan!
Tolong share ilmu ni pada orang lain juga kerana ilmu mahal ni anda takkan dapat di kedai buku dan mungkin ianya mampu mengubah hidup orang yang kita sayang buat selamanya ❤️
Keluarga Tak ‘Lantang Bersuara’, Puteri Sarah – “Mereka Ada Tapi Sebab Kerjaya, Mereka Tidak Boleh Ke Depan”

Krisis rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, pengarah Syamsul Yusof sememangnya menjadi topik utama di media sosial sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Namun yang menjadi persoalan orang ramai apabila tiada seorang pun ahli keluarga Puteri Sarah yang tampil mengulas perihal isu tersebut sedangkan mereka sentiasa menyokong setiap tindakan pelakon itu dalam menegakkan keadilan untuknya dan anak-anak.
Menerusi laporan dari Kosmo! Puteri Sarah memaklumkan keluarganya terutama ibu bapa tidak lantang dalam isu rumah tangganya disebabkan faktor kerjaya yang terlibat dalam bidang profesional.
“Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya.
Dia yang ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam turut memperkenalkan dua orang adik, Puteri Sofia dan Megat Imran yang menemaninya sebelum membuat tuntutan cerai.
“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.
“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.
“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” ujarnya.
Tindakan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati yang menuntut cerai kepada suaminya adalah disebabkan kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak 4 tahun lalu.
Kemuncaknya berlaku apabila Syamsul sendiri memuat naik video mengakui telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan wanita itu, Kazar Saisi.
Sumber: Kosmo!
Suami Kalau Ikhlas Sayang, Tak Ada Anak Pun Dia Akan Sayang Sampai Mati. Deep Perkongsian Wanita Ni!

Memiliki cahaya mata impian setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga. Namun tidak semua memiliki impian tersebut semudah yang disebut. Ada yang perlu melalui pelbagai cara rawatan dan perubatan demi tujuan tersebut.
Bagi mereka yang mudah memiliki anak, itu adalah satu rezeki dan kelebihan. Buat yang masih menanti teruslah berusaha dan berdoa. Suatu hari nanti pasti dimakbulkan.
Bingkisan dari wanita bernama ini mungkin boleh menjadi penguat semangat untuk bakal ibu di luar sana untuk terus berusaha.
Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri² di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika.
Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu.
Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?
Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi.
Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi.
Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.
Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang.
Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.
Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita.
Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?
Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata.
Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita
Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul.
Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya?
Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini.
Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini.
Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak.
Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.
Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka “tak mahu” ada tambahan zuriat.
Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki.
Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka.
Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala “eksiden” pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la..
Merungut sahaja!
Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita.
Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita.
Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri.
Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!
Hidup ini perlu bnyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya.
Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana.
Kata kuncinya, sabar. Janji Allah s.w.t itu pasti…
Kredit Penulisan asal: FB Suffiyah Ramadhani II