Betul kata orang, wanita diuji saat lelaki tiada apa-apa, lelaki pula diuji ketika memiliki segalanya. Ungkapan ini cukup sesuai menggambarkan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini.
Perit rasanya bila hati dilukai, lebih-lebih lagi oleh insan yang kita sayangi. Sama-sama bersusah payah, namun balasannya kecurangan. Hati wanita mana mampu bertahan, itulah yang berlaku pada ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Biar terpaksa menapak dan bermula dari bawah, namun Susi Rika nekad untuk melaluinya demi anak-anak tersayang.
Tiada lagi khidmatku sebagai seorang isteri dalam hidup mu, aku redha kalau ini ketentuan… Allah tau apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku…
8 tahun kita bersusah payah untuk jalankan hidup, ingat tak dulu gaji kau hanya 600 sebagai pekerja pam minyak…tapi kita ikhtiar sebab kau takde pendidikan…aku suruh kau buat lesen lorry (GDL) dan masa nak test tu kita belajar sama2, aku bantu kau hafal dengan harapan kau boleh lulus lesen tu, alhamdulillah akhirnya kau lulus.
Dan bermula lah kehidupan kita sedikit selesa dengan gaji kau dalam 2 ribu lebih masa tu, aku pun bantu kau dengan bekerja diluar.
kau ingat tak,
lepas aku melahirkan anak kedua aku diuji bila kau ada wanita lain, aku tengah berpantang hari ke 9… dalam pntang tu lah aku merebut kau dari wanita tu tanpa aku hirau kesihatan aku, dan dengan izin Allah kau kembali pada aku.
Kau ingat tak,
Motor yang banyak berkhidmat dengan kita, meredah panas hujan dulu…sebab kita takde kereta masa tu.
Sekarang kau dah tukar kerja dan berjaya, gaji kau dah 7ribu…
kau suruh aku berhenti kerja supaya aku boleh habiskan masa aku dengan anak2 kita… kau pun dah pergi umrah, walaupun tanpa aku…
Betul kata orang,
wanita diuji saat lelaki tiada apa2,
dan lelaki diuji ketika memiliki segalanya.
Masa aku mengandung 7 bulan Allah tunjukkan lagi perilaku kau menduakan aku… aku beranikan diri jumpa perempuan tu dengan harapan tolong lepaskan suami aku, tapi perempuan tu tak nak sebab dia berpegang janji kau pada dia yang kau akan bernikah dengan dia lepas aku bersalin nnti. aku putus harapan masa tu, tapi berkali kali kau yakin kan aku yang kau tak nak kat dia.. kau hanya ada aku dan kau akan lepas kan dia…. aku ingat semua tu betul.
10/08/2018 terbongkar semua bila aku dapat tau kau dah bernikah dengan orang lain, semua adik beradik dan kawan2 kau tau kecuali aku… anak aku yang kecik baru berumur 3 bulan….semua suruh aku bertahan kat rumah tu, dan malah ada yang kata biarlah kau berkahwin asalkan kau adil… ada yang kata jangan bagi tau pada keluarga aku dulu… banyak nasihat dari pada pihak kau untuk aku…
akhirnya aku ambik kekuatan untuk bagi tau keluarga aku, dan reaksi pertama mak aku
MENANGIS….
mak yang melahirkan aku menangis teresak2, dan tak putus2 berkata kau lelaki kejam…
Sekarang aku ada dirumah mak aku, banyak benda yang perlu aku lakukan.. apa yang berlaku biarlah berlaku…
Aku kena ke pejabat agama, aku kena bekerja semula, banyak lagi lah benda aku kena buat.. ibarat aku kena mula dari bawah lagi…
Aku adalah dari keluarga bercerai berai, ayah aku tinggalkan aku dulu masa aku kecik dah akhirnya aku masih hidup sampai sekarang walaupu hanya mak aku yang jaga aku, itulah yang aku pegang sekarang. Walaupun aku dah ada anak tiga yang masih berumur 7tahun, 4 tahun dan 3 bulan aku berharap aku boleh jadi mcm mak aku yang boleh jaga anak2 dia tanpa suaminya dulu…
Aku tak minta simpati atau aku bukan nak aibkan org lain ataupun diri aku sendiri
yang aku minta tolong doakan aku semoga aku kuat teruskan kehidupan aku…
Untuk kau, aku doakan kau bahagia dan berhentilah sakitkan hati wanita berkali2…
Sumber: FB Susi Rika