Semenjak dua menjak ini, ramai pula antara kita yang mempunyai hobi baharu dengan bercucuk tanam.
Maklumlah banyak masa yang terluang diisi dengan perkara yang bermanfaat. Sekurang-kurangnya bila tiba masa tanaman matang, bolehlah dituai hasilnya untuk dimakan bersama seisi keluarga.
Bahkan jika rezeki lebih, bolehlah disedekahkan pula kepada jiran-jiran. Apa yang pasti tidak rugi berbudi pada tanah.
Pun begitu, ada juga yang ragu-ragu untuk mencuba hobi ini memandangkan sering melebal diri sendiri dengan istilah ‘tangan panas’ dan ditambah pula bila berdepan dengan masalah ruang tanah terhad dan pelabagai masalah lain hingga sekali gus membantutkan niat untuk bercucuk tanam.
Namun menurut perkongsian daripada Khairul Mkah, semua masalah itu boleh diselesaikan dan sesiapa pun sebenarnya boleh bercucuk tanam.
Apa yang penting tepuk dada tanya selera. Untuk itu, ayuh kita baca perkongsian tersebut dan diharapkan tiada lagi keraguan untuk anda mencuba hobi nan satu ini.
Alhamdulilah.. ramai jugak yang nak tahu cara kami bertanam sayur-sayuran. Apa masalah anda buat masa sekarang ni?
a) tangan panas, tanam apa pun mati
b) ruang terhad
c) tiada tanah sebab duduk rumah teres, dah diubahsuai atau di simen
d) tiada masa
kalau ada lagi masalah anda, boleh la komen nanti ye. ok.. kita teruskan,
Tangan panas
mungkin disebabkan oleh biji benih yang kurang elok, penjagaan yang tidak betul atau cara penanaman yang kurang memuaskan. ada orang kata, tabur jer.. tumbuh jugak. betul tapi kalu benih tu elok. kalu benih yang dah expire mmg susah la nak tumbuh. jadi cari benih yang betul dan elok.
Ruang terhad?
ooh yang ni semua mengalami termasuk saya. tapiiiiiii… sekarang ni terdapat pelbagai inovasi pertanian yang menggalakkkan orang suka bertanam dapat memenuhi minat mereka. antaranya hidroponik dan hidroponik ni ada yang automatik dan ada yang manual. jadi pilihan di tangan kita.
Tiada tanah?
kena beli tanah kat nursery pastu tanam dalam pasu. tapiiiiiiiii… kalu nak save bajet lagi, gunalah sabut kelapa. murah dan ringan. berbaloi baloi.. nanti cuba tau.
tiada masa nak siram???!! alaaaaa.. kena la rajin sikit awak. tapiiiiiii… kalu ada bajet lebih buat fertigrasi macam saya. balik kg boleh tinggal dengan senang hati
done share cara saya…
Sumber : Khairul Mkah via Warga Terengganu