“Tiada Lagi Abah. Tapi Abah Tetap Dalam Hati Kami.” Bapa Achey Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

Share

Khabar duka dikongsi oleh Achey Bocey mengenai berita kematian ayahnya semalam.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 34, berkongsi berita sedih itu menerusi laman sosial Instagramnya dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah.

“Tiada lagi abah… 😭😭😭…. tapi abah tetap dalam diri kami…
..
Innalillahiwainnailaihirojiun….”

Achey sebelum ini ada memuat naik perkongsian mengenai arwah yang dimasukkan ke hospital.

Allahyarham yang berusia 80 tahun dikejarkan ke hospital pada pagi Khamis selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Segamat, Johor.

“Selalu selepas Subuh, abah akan sambung tidur dan dalam pukul 10 pagi dia akan bangun untuk bersarapan… tapi pagi ini adik yang ada di kampung beritahu dalam group Whatsapp keluarga abah tak sedarkan diri.

“Badannya panas, kaki sejuk… adik-beradik yang ada di kampung terus hubungi ambulans dan bawa abah ke Hospital Segamat. Buat masa ini abah masih belum sedar!

“Saya dimaklumkan abah menerima bantuan pernafasan… keadaan kesihatan abah memang kurang baik selepas kemalangan kira-kira lima tahun lalu, semenjak itu dia tak boleh berjalan dan terpaksa guna kerusi roda,” katanya kepada mStar.

Namun ternyata Allah lebih menyayanginya apabila dia dijemput kembali menemui Tuhan Yang Esa.

Achey dalam pada itu mengakui trauma  kerana tahun lepas ketika menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar, ayah mentua nya meninggal. Kini, menerima berita sedih kehilangan bapanya pula ketika menyertai program sama tahun ini.

Al-Fatihah….Semoga alllahyarham bapa Achey ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga Achey & keluarga diberikan kekuatan. Amin 🤲🏻

Sumber: acheykintangkintung

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club