Penceramah bebas, Ustazah Asma Harun yang sering mengadakan ceramah agama turut sama terkesan dengan bahaya wabak Covid-19 ini.
Tiada kesusahan melainkan izin tuhan. Begitu juga dengan penularan wabak virus bahaya ini. Malah kita semua perlu berada di rumah untuk memutuskan rantaian virus ini. Malah ia mengakibatkan PKP dilanjutkan sehingga 14 April.
Sebagaimana pesan ustazah ini bahawa kita jangan alpa untuk mendekatkan diri kepada tuhan dalam tenpoh PKP.
Semoga kita ambil prihatin dengan nasihat yang ustazah berikan ini.
Sekarang ini, kita tidak minta tak harap lebih daripada Allah. Cukuplah kita dapat kembali kepada kehidupan yang biasa. Rupanya kehidupan yang kita lalui selama ini begitu nikmat sekali, dah cukup semuanya, walaupun ia kehidupan yang biasa yang tidak ada apa untuk dibanggakan.
Hidup ini, bukan tentang siapa hebat siapa masyhur siapa kaya siapa berkuasa. Ia hanya berkisar tentang diri dan keluarga kita sahaja.
Daripada rumah kita keluar mencari rezeki untuk dibawa pulang ke rumah. Hanya itu dunia sebenar kita, siapa bahagia dirumah dia akan bahagia di Dunia dan Akhirat InsyaAllah.
DEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN
Sekarang, Allah kurung kita dirumah kerana telah lama tersesat mencari bahagia dan kedudukan diluar rumah. Adakah saat ini pasangan dan anak² bahagia dengan kita, dimanakah keududukan kita di hati mereka?
Ukuran bahagia sebenar di Dunia dan Akhirat apabila kita mampu berjemaah, daripada Solat, Zikir, baca Quran, makan minum, berhibur, rehat, kerja rumah dll. SubhanAllah, moga kita semua hidup dalam suasana ini, jika ada yang belum mahu bersama², doakan sungguh² untuknya dengan kasih sayang.
Dah berapa juz alQuran sepanjang PKP ini, sepatutnya kita dah boleh khatam kan?.
Yang dibimbangi, setelah berlalu ujian ini, kita lalai leka semula. Mengejar tanpa henti suatu yang tidak pasti, sehingga datang mati baru mengerti hidup ini adalah tentang mencari bekal untuk kembali. Bekal bawa mati.
Semoga menjadi ingatan bersama.
Sumber: Asma’ Harun